News!!

Wajib Tahu! Larangan Terkini Kerajaan Saudi Untuk Peserta Umrah

Kami kongsikan maklumat terkini mengenai pekeliling yang  telah dikeluarkan oleh Kementerian Haji Saudi. Ikuti penjelasan dari Tn Haji Shauqi untuk selaku Mutawif Rarecation Umrah untuk penerangan lanjut. Semoga ianya bermanfaat.

BERITA TERKINI – LARANGAN ZIARAH DI MEKAH DAN MADINAH. UNTUK MAKLUMAN SEMUA.

No automatic alt text available.

Pekeliling larangan ini secara rasmi dikeluarkan oleh Kementerian Haji Saudi kerana dikatakan ada jemaah negara-negara tertentu yang melakukan perkara bidaah di tempat-tempat tersebut.

في أماكن كمان ممنوع:
١-زيارة مزرعة التمور في المدينة.
٢-زيارة بني سعد ومسجد كوع ومسجد بن الداس في الطائف
٣-زيارة جبل الثور وجبل النور ومنها غار خراء في مكة

Tempat-tempat lain:

1. Ziarah Ladang kurma di madinah
2. Ziarah Bani Saad, Masjid Kuu’ dan Masjid Ibn Abbas di taif
3. Ziarah Jabal Tsur dan Jabal Nur termasuk Gua Hiraa di Mekah

Image may contain: text

No automatic alt text available.

Sehari dua ni kecoh berita yang mengejutkan para pengendali umrah dan pembimbing jemaah di Tanah Suci. Keadaan dipersulitkan lagi apabila Muassah akan menanggung denda sekiranya berlaku perlanggaran yang telah ditetapkan.

Walaupun beberapa lokasi lawatan masih dibenarkan pergi, tetapi kena buat tasrih (permit) bagi setiap tempat lawatan.
Jika gagal tunjuk tasrih, maka kompaun akan dikeluarkan dan ditanggung oleh pihak Muassasah dan Agensi sebanyak SR5000. Jadi jumlah kompaun yang dikenakan adalah sebanyak SR10000. Banyak tu!

Buat masa ini untuk pergi ziarah ke tempat-tempat tersebut memang perlukan permit. Ziarah ke Kilang kiswah sebagai contoh kena bayar SR400. Nak masuk muzium Haramain kena tempah tasrih SR200. Taif, lagilah perlukan surat untuk masuk buat lawatan kena caj SR1000.

Semua ini sudah termasuk di dalam pakej. Cuma bila ada tempat-tempat ziarah wajib pun akan memerlukan tasrih. Nampak gayanya permit tu nanti juga akan perlukan bayaran tertentu. Kita tunggu perintah seterusnya ya.

LARANG MENDAKI JABAL NUR DAN ZIARAH KE GUA HIRAK

Bermulai dari tarikh yang dikeluarkan dalam pekeliling tersebut, semua jemaah-jemaah umrah yang datang ke Mekah DILARANG untuk pergi mendaki Jabal Nur.

Sebab larangan ada 2 :

Pertama : Banyak berlaku bid’ah dan kurafat
Kedua : Ada orang yang jatuh semasa mendaki bukit.

Kalau jemaah pergi juga dan ditangkap, Muassasah dan travel agensi yang keluarkan visa akan dikenakan hukuman. Pihak kementerian haji memohon supaya travel agensi sentiasa mengingatkan para jemaah supaya tidak memanjat Jabal Nur. Sekiranya berlaku, tindakan dan hukuman akan dikenakan pada travel agensi dan muassasah bukan pada jemaah.

Itulah antara laporan terkini. Larangan dalam surat itu bagitahu kalau pergi panjat saja. Kalau pergi waktu pagi ketika program ziarah tak ada masalah. Larangannya cuma ‘jangan panjat’ je.

Share pemakluman ini kepada kawan-kawan supaya lebih ramai yang tahu.

Begitulah.

Shauqi Hasan
Mutawif Rarecation Umrah

Sumber: https://www.facebook.com/muhamadshauqihasan/posts/2037703246498274
Kredit Foto: Rarecation Umrah

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: