News!!

Universiti Leiden, Tempat Lahirnya Orientalis Belanda

PROPAGANDA PEMESONGAN AQIDAH UMAT ISLAM NUSANTARA – SIRI 9: UNIVERSITI LEIDEN – TEMPAT BERMULANYA ORIENTALISM DI BELANDA 

Image may contain: 1 person, text

Snouck Hurgronje telah berjaya mengumpulkan semua maklumat dan menjalinkan persahabatan dengan orang-orang penting di Mekah terutamanya orang-orang dari Nusantara seperti Raden Abu Bakar Djadiningrat dan Haji Hasan Mustafa. Setelah dia keluar dari Mekah pada tahun 1885 dan kembali ke Belanda, dia dilantik menjadi pensyarah senior di Leiden University pada tahun 1887. Dia mengambil masa beberapa tahun untuk menulis di sana dan berjaya mengeluarkan karya ‘Mekka’ dalam dua siri berlainan pada tahun 1888-1889.

Leiden University yang terletak di Leiden dan The Hague merupakan universiti tertua di Belanda. Ia telah ditubuhkan pada 1575 oleh William, Prince of Orange. Sehingga kini, Leiden University mempunyai hubungan yang rapat dengan Kerabat Di Raja Belanda. Mengikut data terkini, ia menempatkan sekitar 26,900 pelakar, 1352 tenaga pengajar, dan 1142 staff pengurusan. Di sini terdapat tujuh fakulti induk, lebih 50 jabatan lainnya dan lebih 40 pusat penyelidikan dalam pelbagai bidang terutamanya bidang Orientalism dan perbandingan agama.

PENGKAJIAN ORIENTALIS DI BELANDA

Sewaktu dunia Islam berkembang dengan pesat sepanjang pemerintahan Khulafak Ar-Rasyidin yang menyambung kepimpinan Nabi Muhammad pada tahun 632 Masihi sehingga pencapaian peradaban dan teknologi serta perluasan empayar yang mencapai ke Eropah, penulisan dan koleksi buku ilmu kebanyakannya dalam bahasa Arab. Walaupun terdapat buku-buku dalam bahasa Yunani, Rom atau Pesia, kebanyakan buku-buku ini telah dialih bahasa menjadi Arab. Hanya sebahagian buku-buku yang dipegang oleh negara atau bangsa tertentu yang kekal menggunakan bahasa mereka seperti orang Yahudi melalui bahasa Ibrani dan orang eropah yang menggunakan penulisan Latin.

Keperluan mengkaji dan mempelajari bahasa Arab sangat dituntut pada waktu itu untuk memahami penulisan-penulisan Arab ini. Islam telah lama bertapak di bumi Eropah melalui Kerajaan Umayyah di Andalusia serta Granada dan kemudian Islam memasuki Eropah melalui negara-negara Balkan pada zaman Kerajaan Uthmaniyyah . Buku-buku Islam berbentuk keagamaan dan sains telah menjadi rujukan orang-orang Eropah sekian lama. Namun pembelajaran dalam bahasa Arab menyukarkan orang-orang Eropah untuk mengkaji dan mereka terikat dengan kerajaan-kerajaan Islam untuk mendapatkan buku-buku ilmiah. Orang-orang Eropah terpaksa menuntut di universiti dan pusat pengajian Islam seperti di Granada, Mesir, Damaskus dan Baghdad.

Penterjemahan buku-buku arab kepada latin telah bermula hanya sekitar kurun ke 13. Antara buku-buku yang diterjemahkan ialah dalam bidang falsafah, perubatan dan matematik. Maka, penterjemah-penterjemah awal adalah di kalangan ahli matematik, doktor dan pengajar-pengajar kesusasteraan. Dengan perkembangan kerajaan Islam Uthmaniyyah melalui negara Balkan pada tahun 1453, pihak gereja telah mendalami bidang bahasa Arab dengan lebih serius untuk pengkajian agama dan ilmiah.

Image may contain: text

Kejatuhan kerajaan sepanyol di Granada sekitar tahun 1492 membuka peluang kepada orang-orang Eropah untuk menguasai masyarakat Islam dan khazanah ilmu Islam yang dimiliki. Pedro de Alcala ialah seorang tokoh pengkaji bahasa yang hidup pada kurun ke 15. Dia telah menyusun buku pertama berkenaan penggunaan tatabahasa Arab pada tahun 1505 sebagai memudahkan masyarakat Sepanyol memahami penulisan Arab. Buku tersebut telah disiapkan dan diserahkan pada wakil Gereja Granada pada ketika itu yang bernama Fernando de Talavera.

Pengkajian bahasa dan buku-buku Arab menjadi semakin penting kepada masyarakat Eropah terutamanya pihak Gereja untuk tujuan berikut:

– Aktiviti penyebaran agama Kristian dalam dunia Islam
– Pengkajian tentang sains yang tepat
– Pembelajaran dan pengkajian bahasa Ibrani yang banyak persamaan dengan bahasa
Arab
– Perdagangan dengan masyarakat Islam

Buku-buku dalam bahasa Arab mula ditulis oleh pihak Gereja dan orang eropah untuk diberikan kepada orang-orang Islam Granada pada waktu itu. Hernando de Talavero, seorang paderi pada waktu itu telah memberikan pendapat bahawa orang-orang Islam perlu membaca buku-buku Kristian dalam bahasa mereka sendiri iaitu Arab untuk mereka memahami agama Kristian dan mendorong mereka untuk bertukar agama.

Diceritakan, orang-orang Islam ini mencari paderi-paderi yang mahir berbahasa Arab untuk belajar dari mereka setelah mendengar berita agama Kristian adalah lebih baik dari Islam. Hernando telah digelar sebahagai “Al-Fakih yang Suci”.

PERKEMBANGAN PENGKAJIAN DI BELANDA

Leiden University menjadi tempat terawal yang dibangunkan untuk pengkajian Orientalism. Oriental awal merujuk kepada kawasan Arab dan Islam dan pengkajian oriental terkait dengan dunia Arab dan Islam. Ketika penubuhannya pada tahun 1575, antara pengkaji terawalnya ialah Frans van Raphelingen (1539-1597). Dia ialah seorang professor pengkajian bahasa Ibrani (Hebrew), ahli pencetak di Leiden University dan orang pertama yang memulakan percetakan dalam bahasa Arab di Belanda. Pada tahun 1613, kamus Arab-Latinnya menjadi rujukan utama di Leiden.

Josephus Justus Scaliger (1540-1609), seorang lagi pengkaji awal di Leiden dikatakan sebagai seorang yang paling pakar dalam bidang orientalism di zamannya. Dia mahir dalam bahasa Arab, Persia, Ibrani, Afrika dan beberapa lagi bahasa lain. Dia banyak menghasilkan karya-karya berkenaan perbandingan kronologi sejarah.

Image may contain: 1 person, text

Jacobus Galius (1596-1667), adalah seorang pakar bahasa Arab dan matematik di Leiden. Dia telah menghasilkan kumpulan manuskrip pertama di Leiden dan pada tahun 1653 dia telah menghasilkan kamus Arab-Latin yang digunakan sehingga hampir dua abad.

Levinus Warner (1616-1665) telah mengeluarkan sebuah buku pada tahun 1642 bertajuk “Dissertation” yang membincangkan adakah kematian sudah ditetapkan atau tidak. Dia menjadi wakil Kedutaan Belanda di Turki pada tahun 1645-1665. Di sana dia telah mengumpul manuskrip dan penulisan Arab serta Ibrani yang banyak untuk disimpan di Leiden. Dia juga turut mengkaji tentang kedudukan dan pendapat Orang Islam mengenai Jesus dan Kristian.

Antara karya penting Warner ialah kumpulan bahasa, dan kata-kata yang digunakan dalam perbualan harian dalam masyarakat Persia, diterbitkan pada 1644. Pengkajian bahasa dialek dan perbualan ini menjadi rujukan dalam memahami cara hidup dan pemikiran orang lain. Kehidupannya bersama masyarakat Islam memberikan pengalaman dan pengetahuan yang luas berbanding orientalis sebelumnya.

Image may contain: one or more people

Hadrianus Reland (1676-1718) merupakan seorang professor khusus dalam bidang filologi dan sains tepat. Dia mempelopori bidang perbandingan agama antara Kristian dan Islam. Dia turut membincangkan tentang pengertian Islam sebenar berdasarkan penulisan-penulisan Islam. Dia adalah orang pertama yang melukis dan melakarkan gambaran Kaabah dengan tepat pada tahun 1717.

Reinhard Dozy (1820-1883) ialah professor generasi baru di Leiden yang pakar dalam bidang Sejarah Andalusia. Dia telah menyusun dan menghasilkan penulisan berkenaan Andalusia dan Maghribi.

Seorang lagi orientalis di zaman Snouck ialah Arent Jan Wensinck (1882-1939). Dia adalah seorang pakar dalam pengkajian dan perbandingan agama semitik, arabik, Kristian dan Islam. Dia telah memulakan pengumpulan dan penyusunan hadith-hadith dalam versi Belanda yang hanya siap pada tahun 1988.

Dalam bidang Al-Quran pula, Jan Hendrik Kramers (1891-1951) merupakan seorang profesor di Leiden yang telah menterjemah dan menerbitkan Al-Quran buat pertama kalinya dalam bahasa Belanda pada tahun 1956 dan masih digunakan hingga kini.

KESIMPULAN

Pengkajian berkaitan agama Islam dan masyarakatnya telah bermula ratusan tahun yang lalu. Ia mengambil masa berabad lamanya untuk orang-orang Eropah bangkit dan menguasai orang Islam di seluruh dunia. Apabila orang Islam semakin lemah dalam kefahaman dan perlaksanaan yang benar dalam Islam, peluang terbuka kepada orang-orang Eropah dan penjajah ini untuk merosakkan dan menghancurkan Islam dari luar mahupun dalam.

Pengkajian dan penulisan ilmu sememangnya amat penting dalam menerokai dan memahami suatu bangsa dan agama. Para pengkaji oriental barat mengembangkan pengetahuan dan kefahaman mereka mengenai Islam bermula dengan kajian terhadap penulisan-penulisan Islam sendiri. Mereka mempelajari bahasa Arab bukan sahaja untuk memahami malah membolehkan mereka menulis dalam bahasa Arab dan menghasilkan buku-buku arab sebagai alat dakwah mereka.

Al-Quran sebenarnya telah mengajak masyarakat Islam untuk membaca, mengkaji dan menulis melalui wahyu yang pertama-tama sekali diturunkan. Surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5 telah mengajarkan dan menyuruh Nabi Muhammad untuk ‘Iqra’ dan mengkaji kondisi masyarakat ketika itu siapakah ‘Rabb’ yang mengatur serta membentuk (khalaq) mereka. Baginda juga diajak berfikir bagaimanakah sifat manusia itu yang diciptakan dimisalkan dengan tanah dan gumpalan darah. Nabi Muhammad diajak berfikir siapakah ‘Rabb’ sebenar yang bersifat ‘Al-Akram’. Kemudiannya baginda dikhabarkan tentang “pena” dan penulisan sebagai aspek penting dalam penyampaian ilmu.

Wahyu pertama itu menjadi suatu formula penting dalam pengkajian mengenai agama dan masyarakat bermula dengan mengenal pengatur dan penguasa yang sebenar, mengenal sifat manusia dan masyarakat, serta memperkembangkan ilmu melalui pengkajian, pembacaan dan penulisan.

Kelemahan umat Islam sendiri untuk mengkaji kondisi dan keadaan masyarakat Islam serta masyarakat bukan Islam ketika itu mendorong kepada kejatuhan Islam. Ketika umat Islam dibuai oleh kesenangan dan kemewahan, mereka lupa akan musuh-musuh Islam yang sedang berusaha mengkaji untuk menjatuhkan Islam.
.

Semoga bermanfaat,

Sumber:

Jabatan Siasah Sejarah,
AKADEMI INSAN PRIHATIN
.
.

********** DIREKTORI **********

Bagi anda yang baru bersama siri penggalian sejarah ini, wajib baca SIRI KAJIAN PROPAGANDA PEMESONGAN AQIDAH UMAT ISLAM NUSANTARA kami sebelum ini yang akan menjelaskan misi mengapa perkongsian sejarah ini ditulis melalui pautan berikut;

PENGENALAN : KENAPA HASIL KAJIAN SEJARAH INI PERLU DITULIS SEMULA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1558905024203970

SIRI 1: SIAPAKAH DALANGNYA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1559867924107680

SIRI 2: STRATEGI SNOUCK HURGERONJE MEMASUKI MEKKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1560747314019741

SIRI 3: STRATEGI SNOUCK YANG MEMANFAATKAN FOTOGRAFI

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1561678307259975

SIRI 4 : PEMERHATIAN SNOUCK TENTANG ORANG ISLAM DAN MASYARAKAT MEKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1562845483809924

SIRI KE-5: PENGENALAN BEBERAPA ORIENTALIS DI SEKITAR SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1563688290392310

SIRI KE- 6: HABIB ABDURRAHMAN AZ-ZAHIR – PENASIHAT SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1564621770298962

SIRI KE-7: PEMIKIRAN DAN IDEA SNOUCK KEPADA KERAJAAN KOLONIAL BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1565743330186806

SIRI KE-8: STRATEGI PECAH DAN PERINTAH (DEVIDE ET IMPERA) SNOUCK HURGRONJE.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1566524616775344

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: