News!!

Unit CSI Polis Giat Mencari Suspek “Buang Kerusi Pejabat”

POLIS merakam percakapan 31 individu bagi membantu siasatan kejadian seorang remaja lelaki maut selepas dihempap sebuah kerusi pejabat yang dicampak dari tingkat atas pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Ketua  Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata pihaknya menemubual kesemua mereka yang terdiri daripada saksi serta penghuni di PPR setinggi 21 tingkat itu.

“Unit Siasatan Tempat Kejadian (CSI) Polis Kuala Lumpur turut mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada kerusi yang dicampak itu serta lima saksi yang dirakam percakapan untuk dibuat analisa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggangu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira 8.10 malam itu, mangsa S. Sathiswaran, 15, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Sumber: Bernama

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: