Menurut kisah yang dikongsi, Uncle Kuan atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng itu, dia berbuat demikian selepas berdepan pengalaman sedih bertemu dengan sebuah keluarga yang tidak berkemampuan untuk menguruskan penghantaran jenazah dari Kuala Lumpur ke Johor.

Image result for uncle kuan

Uncle Kuan berpendapat, jika seseorang menolong orang yang susah, kemungkinan pada masa akan datang orang akan menolong orang itu jika ditimpa kesusahan.

Rata-rata masyarakat tanpa mengira agama dan kaum telah memuji tindakan lelaki tersebut dan mendoakan kesejahteraan dan dimurahkan rezeki.

Seorang pengguna laman sosial dalam komen yang ditulis telah menyatakan bahawa usaha murni yang dilakukan oleh Uncle Kuan itu sukar untuk dicari dan ia sebenarnya memaparkan sikap sebenar yang harus ada pada masyarakat Malaysia.

Sumber & Foto: Kosmo