News!!

Umat Islam Semakin Kritikal Angkara Wabak Penyakit “Cinta Dunia Dan Benci Akhirat”

Tertarik dengan perkongsian dari laman FB Akademi Insan Prihatin, benarlah seperti apa yang dikongsikan mengenai gambaran masyarakat Islam di zaman ini. Usah pergi jauh, cubalah lihat apa yang sedang berlaku di depan mata dan nilaikanlah sendiri.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan:

“Hampir-hampir ummat-ummat (di dunia) mengerumuni kalian sebagaimana orang-orang yang makan mengerumuni hidangannya.

Ada yang bertanya kepada Nabi, ”Apakah disebabkan jumlah kita sedikit pada saat itu?”.

Rasulullah SAW menjawab, ”Bahkan kalian pada hari itu jumlahnya banyak, akan tetapi hanyalah buih, seperti buih yang dibawa air banjir. Dan sungguh Allah akan mencabut dari dada musuh-musuh kalian rasa takut terhadap kalian dan Allah akan lemparkan ke dalam hati kalian “al-wahn”.

Seseorang bertanya lagi,”Wahai Rasulullah apakah al-wahn itu?”.

Baginda menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.”

(HR Abu Daud. Lihat Sunan Abu Dawud)

***********************************************

Renungi dalam-dalam hadith di atas dan bandingkan dengan masyarakat Islam pada hari ini. Melihat kondisi dunia hari ini:

1. Dunia Islam menjadi hidangan yang dikerumuni orang-orang bukan Islam. Masyarakat Islam dan negara-negara Islam dijadikan satu medan jual beli, mangsa budaya, mangsa perang, dan sumber bahan mentah yang murah.

2. Umat Islam bagaikan buih yang dihanyutkan air banjir. Mereka ramai dan berada di seluruh pelusuk dunia, tetapi hanyut tidak tentu arah mengikut arus politik, ekonomi dan sosial yang pelbagai, baik skala global maupun lokal.

Negara-negara bukan Islam dari Barat mahupun Timur mendominasi Sistem kehidupan umat Islam dari melalui berbagai media massa yang mereka kuasai.

3. Tidak ada lagi rasa takut dan gentar dalam hati musuh-musuh ummat Islam. Melalui gerakan Orientalis dan Missionary, agama Islam diracuni dari luar dan dalam sehingga umat Islam sendiri tidak kenal agama yang mereka anuti.

4. Umat Islam dilanda penyakit “cinta dunia dan benci akhirat”. Padahal setiap Muslim hendaknya “lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya”.

****

Sekadar renungan di petang hari sebelum senja berlabuh.

Semoga bermanfaat.

Sumber:

AKADEMI INSAN PRIHATIN

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: