News!!

Umat Islam Hebat Melagukan Al-Quran Berbanding Perlaksanaanya – Snouck

Bukanlah satu fenomena yang mengejutkan apabila situasi Umat Islam yang jauh dari Al-Quran dinampakkan oleh Snouck. Dari pengkajian dan dapatan Snouck melalui artikel sebelum ini, amat jelas bagaimana Umat Islam itu hanya tinggal rangka atau lebih tepat dipanggil sebagai ZOMBIE. Apapun, bacalah artikel yang terbaru ini untuk kita membuat perbandingan sendiri samada ZOMBIE itu masih lagi wujud sehingga sekarang. 

PROPAGANDA PEMESONGAN AQIDAH UMAT ISLAM NUSANTARA – SIRI KE16: BAGAIMANA SNOUCK MELIHAT PELAKSANAAN AL-QURAN DALAM MASYARAKAT ISLAM NUSANTARA.

Pengkajian Snouck Hurgronje terhadap agama Islam dan masyarakatnya adalah melalui kaedah perbandingan agama. Perbandingan yang dilakukan adalah berdasarkan teori perlaksanaan agama Islam yang tertulis dalam kitab-kitab rujukan. Dia melihat bagaimana Umat Islam berpegang dengan apa yang diajarkan dan sejauh mana pelaksanakannya.

Snouck juga melihat bagaimana situasi umat Islam di pelbagai tempat sama ada melalui pengalaman dirinya sendiri di Jeddah, Mekah, Betawi dan Aceh atau melalui pembacaannya terhadap penulisan-penulisan orientalis lain. Dia telah membaca laporan-laporan mengenai penduduk Mesir dari Edward William Lane dan juga laporan penduduk Tanah Melayu daripada penulis seperti Francis Light dan Stamford Raffles.

Snouck Hurgronje mampu membaca kondisi umat Islam saat itu secara terus dengan membandingkan teori dan praktikal. Dia juga mengelak dari segala persangkaan yang tidak punya asas seperti dilakukan oleh pengkaji sebelumnya.

Snouck telah turun dan duduk di tengah-tengah kehidupan masyarakat Islam, dia dapat melihat betapa jauhnya umat ketika itu dari ajaran Islam sebenar. Dalam pada masa yang sama, dalam penulisannya dia telah mengakui banyak lagi perkara perlu dipelajari dari Al-Quran itu sendiri.

PENDAPAT SNOUCK HURGRONJE MENGENAI AL-QURAN

Al-Quran diakui sebagai sumber utama dalam mengenali perlaksanaan dan hukum-hakam Islam. Ayat-ayat Al-Quran mempunyai asbabnya untuk menyelesaikan masalah yang tertentu berdasarkan sejarah Nabi Muhammad. Di sebalik penceritaan dan sejarah itu, terdapat pelajaran berkenaan prinsip agama dan kod moral.

Snouck melihat penulisan al-Quran agak berlainan dengan tutur kata bahasa manusia seharian namun susunannya masih mampu diterima untuk sesiapa sahaja yang mendengarnya. Dia mempersoalkan sejauhmana tuhan boleh menjelaskan dirinya melalui bahasa manusia biasa (yang boleh berubah dan banyak kelemahan).

No automatic alt text available.

Melalui pemerhatian Snouck, umat Islam dari negara Arab pun tidak mampu memahami keseluruhan Al-Quran, apatah lagi masyarakat Islam bukan berbangsa Arab. Bahasa Arab sememangnya boleh dipelajari tetapi ia bukanlah satu yang mudah. Itulah pandangan Snouck ketika itu.

Pengajian Al-Quran menjadi eksklusif kepada golongan-golongan tertentu yang mampu dan mempunyai peluang untuk mendalami bahasa Arab serta pengkajian Al-Quran. Hasilnya, lebih ramai yang tidak menceburi bidang pengkajian Al-Quran kerana laluan ilmu Islam tidak lagi memerlukan Al-Quran.

Kefahaman Al-Quran diambil dari buku-buku dan kitab-kitab yang dikatakan ditulis berdasarkan Al-Quran, tetapi malangnya, banyak kandungannya tidak berkaitan dengan Al-Quran. Sebahagian yang lain hanya belajar mengenai pendapat-pendapat yang ditulis mengenai ayat-ayat Al-Quran tanpa mengetahui sejarah dan latar belakang pendapat tersebut.

Image may contain: text

Snouck mengakui, Al-Quran yang pernah menjadi kuasa pengubah dunia, kini hanyalah menjadi nyanyian dan alunan guru-guru mahupun orang biasa mengikut aturan tertentu yang sudah ditetapkan kaedah membacanya. Aturan bacaan tersebut adalah sukar malah maksud dan pengertiannya langsung tidak sempat difikirkan.

Al-Quran dibaca dan dilagukan semata-mata kerana hal itu dianggap sebagai amalan yang hanya memberi ganjara pahala. Masyarakat dididik supaya hidup mengejar pahala, tanpa perlu memahami makna Al-Quran.

Pengabaian maksud dan makna Al-Quran mencapai kemuncaknya apabila imam-imam yang membacanya tidak menyedari bahawa ayat yang dibaca mengutuk dosa-dosa yang mereka sendiri selalu lakukan.

Malah ayat Al-Quran dibacakan oleh agamawan dalam majlis-majlis yang dipenuhi maksiat tanpa rasa bersalah. Apatah lagi orang-orang yang langsung tidak memahami ayat-ayat yang dibaca.

Al-Quran yang menjadi sumber inspirasi penakluk Islam sejak 13 kurun yang lalu kini hanyalah sebuah buku teks lagu-lagu mulia yang dialunkan dalam pelbagai bentuk majlis masyarakat. Impaknya kita masih boleh boleh lihat kesannya hingga sekarang.

Masyarakat menjadi buta huruf dan tidak lagi tahu membaca Al-Quran dengan penuh minat untuk mengetahui strategi dan formulanya dalam pembangunan ummat manusia.

Undang-undang dan hukum Islam lainnya bakal menerima nasib yang sama; dipelajari tetapi tidak dapat dilaksanakan walaupun disebutkan dalam hadis bahawa pembelajaran tanpa perlaksanaan hanyalah SIA-SIA.

Bahkan generasi baru semakin jauh dari pembelajaran hal tersebut kerana terlalu sibuk melatih paru-paru mereka hanya untuk melagukan kalimah al-quran sahaja.

Dalam satu fenomena lain, golongan yang mempunyai pengetahuan mendalam dan teliti dengan hukum-hakam ini akan menjadikan agama Islam ini sebagai satu yang eksklusif sehingga golongan ini menjadi pujaan pengikut-pengikutnya.

Malangnya mereka tidak mampu mengajak masyarakat untuk mengikuti apa yang diajarnya. Pengikutnya hanya diajak hidup dengan taklid membuta tuli tanpa asas dan pegangan ilmu yang haq.

KESIMPULAN

Snouck menampakkan sebahagian besar umat Islam semakin jauh dari memahami Al-Quran. Pembelajaran tertumpu kepada hal-ehwal tajwid dan tarannum yang sukar dan merumitkan bagi sesetengah orang.

Image may contain: 3 people, text

Bagi yang mempunyai masalah untuk membaca, Al-Quran akan menjadi satu beban dan menjadikan mereka bertindak menjauhkan diri dari membacanya. Bosan dengan bacaannya lalu hidup tanpa panduan dan kefahaman.

Satu kaedah pembelajaran untuk memahami kandungan Al-Quran perlu diusahakan untuk mendidik masyarakat. Pengetahuan dan kemampuan memahami Al-Quran bukanlah eksklusif kepada golongan tertentu.

Ianya adalah satu petunjuk untuk seluruh manusia. Sepatutnya ia mampu mengubah manusia menjadi sehebat iman para sahabat di zaman Rasulullah.

Maksud dan prinsip Al-Quran perlu disampaikan kepada setiap ahli masyarakat supaya perlaksanaannya adalah menyeluruh di setiap peringkat lapisan masyarakat. Kefahaman ini sepatutnya didahulu dan diutamakan lebih dari pendidikan-pendidikan lain.

Umat Islam telah disogokkan dengan pendidikan barat sehingga terbentuk pemikiran sekularisme di dalam minda mereka memisahkan dunia dan akhirat.

Kita masih melihat ayat-ayat al-Quran dan doa-doa dibacakan di majlis-majlis yang penuh dengan maksiat dan kelalaian. Betapa ramai juga pelajar-pelajar yang belajar membaca dan menghafal Al-Quran tetapi tidak memahami apa yang dibaca.

Mereka ibarat burung tiong yang diajar menghafal tapi langsung tidak tahu bagaimana hendak digunakan ilmu yang ada.

Nabi Muhammad sendiri sebagai Uswah Hasanah dan contoh terbaik bagi umat Islam telah membentuk akhlak dirinya dan para sahabat hanya dengan berpandukan Al-Quran sebagai rujukan utama.

Adalah tanggungjawab kita untuk mendalami Al-Quran dan Sunnah Rasulullah untuk meletakkan Al-Quran kembali di tempatnya yang wajar, tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya sebagai satu sistem hidup manusia.

Allah SWT berfirman:

ذٰ لِكَ الْكِتٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيْهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِيْنَ

“Kitab Al-Quran ini, tidak ada keraguan padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa;” (QS. Al-Baqarah 2: Ayat 2)
.

Sadaqallahul Adzim,

Sumber:

Jabatan Siyasah Sejarah
AKADEMI INSAN PRIHATIN

********** DIREKTORI **********
.

Bagi anda yang baru bersama siri penggalian sejarah ini, WAJIB BACA hasil penggalian sebelum ini yang menjelaskan misi mengapa perkongsian sejarah ini ditulis melalui pautan berikut;

PENGENALAN : KENAPA HASIL KAJIAN SEJARAH INI PERLU DITULIS SEMULA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1558905024203970

SIRI 1: SIAPAKAH DALANGNYA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1559867924107680

SIRI 2: STRATEGI SNOUCK HURGERONJE MEMASUKI MEKKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1560747314019741

SIRI 3: STRATEGI SNOUCK YANG MEMANFAATKAN FOTOGRAFI

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1561678307259975

SIRI 4 : PEMERHATIAN SNOUCK TENTANG ORANG ISLAM DAN MASYARAKAT MEKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1562845483809924

SIRI KE 5: PENGENALAN BEBERAPA ORIENTALIS DI SEKITAR SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1563688290392310

SIRI KE 6: HABIB ABDURRAHMAN AZ-ZAHIR – PENASIHAT SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1564621770298962

SIRI KE 7: PEMIKIRAN DAN IDEA SNOUCK KEPADA KERAJAAN KOLONIAL BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1565743330186806

SIRI KE 8: STRATEGI PECAH DAN PERINTAH (DEVIDE ET IMPERA) SNOUCK HURGRONJE.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1566524616775344

SIRI KE 9: PERANAN BAHASA DAN UNIVERSITI LEIDEN SEBAGAI TEMPAT BERMULANYA ORIENTALISM DI BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1567293980031741

SIRI KE 10: MISI SNOUCK HURGRONJE DI BETAWI SERTA KERJASAMA DARI RAKAN BELANDA DAN PEMIMPIN TEMPATAN
https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1569055403188932

SIRI KE 11: SNOUCK HURGRONJE DI ACEH DAN PEMERHATIANNYA DALAM HAL-EHWAL MASYARAKATNYA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1570052026422603

SIRI 13: AJARAN MISTIK DAN TAHYUL YANG MEROSAKKAN MASYARAKAT ISLAM ACEH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1571730762921396

SIRI KE 14: ‘MUHAMMADANISME’ – PENDAPAT SNOUCK HURGRONJE YANG BERJAYA MEROSAKKAN AQIDAH UMAT ISLAM

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1572834986144307

SIRI KE 15: KENAPA PENJAJAH TAKUT PADA GERAKAN PAN-ISLAMISM DAN APA HUBUNGANNYA DENGAN IBADAH HAJI?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1574077099353429

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: