News!!

Umat Islam Berantakan, Bila Ulama Diperalat Belanda

Umpama api dalam sekam, begitulah liciknya pihak Belanda serta sekutunya mengawal perkembangan Islam di Nusantara. Setiap pergerakan kebangkitan dapat dihidu dan diatasi dengan mudah. Mereka tidak memerlukan ketumbukan yang besar untuk menggagalkan usaha JIHAD tapi cukup sekadar mendekati para ulama melalui persahabatan yang penuh dengan agenda. Ikuti terus artikel ini agar kita sedar betapa hebatnya strategi mereka dalam memastikan Islam terus diam.

PROPAGANDA PEMESONGAN AQIDAH UMAT ISLAM NUSANTARA – SIRI 17: SAYID USMAN – MUFTI DI BETAWI DAN SENJATA BELANDA MELAWAN GERAKAN JIHAD.

Kerajaan Kolonial Belanda di Hindia Timur menerima ancaman jihad dari sekolah-sekolah tarekat seperti Naqsyabandiah dan Qadiriyyah. Sekolah Tarekat ini mempunyai imam-imam yang berpengaruh dari kalangan orang Arab yang bergelar habib dan sayyid dari Hadramawt, Yaman.

Image may contain: 3 people, text

Beberapa surat laporan mengenai gerakan-gerakan Tarekat ini telah dihantar kepada Kerajaan Kolonial Belanda memberikan amaran tentang seruan Jihad mereka untuk menjatuhkan belanda.

Karel Frederick Holle (lihat SIRI 10) yang bimbang dengan golongan fanatik Islam dan seruan jihad oleh orang-orang Arab telah melabelkan kumpulan Tarekat ini sebagai berbahaya kepada Hindia Timur.

Sayyid Usman bin Yahya, seorang alim terpelajar dari Mekah telah menulis buku-buku dan makalah menentang ajaran Tarekat yang dikatakan bertentangan dengan agama Islam. Holle melihat keperluan untuk mendapatkan sokongan Sayyid Usman untuk melemahkan golongan Tarekat.

KEHIDUPAN SAYID USMAN

Sayid Usman lahir di Betawi pada 1822, merupakan seorang yang berketurunan Arab. Ibunya berasal dari Mesir dan ayahnya pula lahir di Mekah. Ayah dan ibunya telah datang dan tinggal beberapa tahun di Betawi sebelum pulang ke Mekah ketika Sayid Usman berumur 3 tahun.

Pada Umur 18 Tahun, Sayid Usman berpindah ke Mekah untuk bertemu semula dengan ayahnya dan menuntut di sana. Selain belajar di Madinah dan Mekah, dia turut mengembara ke banyak tempat terutamanya tempat asal keluarganya di Hadramawt dan juga di Mesir.

Sayid Usman turut melawati Istanbul, Syria dan Palestin sebelum tinggal di Hadramawt selama 7 tahun. Dia kembali ke Betawi pada tahun 1862 setelah lebih 20 tahun tinggal di timur tengah.

Melalui pengembaraannya ke Hadramawt, dia telah mengeluarkan beberapa buku yang memuatkan peta-peta Hadramawt. Melalui buku ini, Sayid Usman telah dikenali oleh orang-orang Belanda seperti M.J. De Goeje di Leiden yang telah memperolehi salinan buku tersebut pada tahun 1880. Bukunya mendapat pujian De Goeje yang menaikkan Sayid Usman sebagai penulis ademik yang dihormati.
.

PENULISAN ANTI-TAREKAT OLEH SAYID USMAN.

Setelah beberapa lama mengajar, Sayid Usman dikatakan telah berhenti mengajar pada tahun 1886 dan menumpukan sepenuh tenaganya kepada penulisan. Dia mempunyai syarikat percetakannya sendiri dan turut bekerjasama dengan kerajaan Kolonial Belanda untuk menerbitkan buku-buku Belanda.

Penasihat pentadbiran Kolonial Belanda ketika itu, L.W.C. van de Berg (1845-1927) sentiasa memuji Sayid Usman yang dikatakan setia kepada kerajaan Belanda.

Sayid Usman mula menampakkan kepentingannya kepada kerajaan Belanda pada tahun 1880 apabila menulis berkenaan nasihat kepada pengamal ajaran Tarekat – ‘Al-Nasiha Al-Aniqa lil-Mutalabbisin bi-Attariqa’.

Dalam penulisannya, Sayid Usman telah mengkritik golongan tarekat yang dikatakan menyalahi rukun Iman dan hukum-hakam agama. Dia turut menasihati golongan ini membuang sufi dan amalan mistik mereka.

Image may contain: outdoor and text

Pada Januari 1886, Sayid Usman telah menemui K.F. Holle di ladangnya di Garut dan kemudiannya telah mengeluarkan 1000 naskhah risalahnya untuk disebarkan di seluruh Betawi. Penyebaran risalah itu telah menimbulkan permusuhan dan ancaman dari kumpulan kelompok Tarekat terhadap dirinya.

Sayid Usman kemudiannya telah meminta sokongan dari dua Ulama besar Jawa di Mekah untuk mengesahkan penulisannya iaitu Syeikh Nawawi Banten dan Syeikh Junaidi Betawi. Dia juga telah mengeluarkan penulisan keduanya – al-Whatiqa al-Wafiyya fi Uluw Sha’n Tariqat al-Suffiya untuk menegaskan lagi kepincangan dan kesesatan ajaran Tarekat.

No automatic alt text available.

Melihat kepada ancaman ini, kerajaan Kolonial Belanda telah berbincang untuk menilai kerja-kerja Sayid Usman dan melihat posisi yang sesuai untuknya membantu Belanda. K.F. Holle telah menghantarkan buku-buku anti-Tarekat yang ditulis oleh Sayid Usman kepada Snouck Hurgronje yang ketika itu masih di Leiden.

Pada Oktober 1886, Snouck telah menulis pujiannya kepada Sayid Usman dan menyatakan kepentingan orang sepertinya untuk bekerjasama dengan Belanda membentuk polisi baru terhadap orang Islam di Hindia Timur. Sayid Usman telah diberitahu tentang pujian Snouck kepadanya melalui Gabenor Belanda.

Sayid Usman sendiri telah menulis surat kepada Snouck dan menghantar penulisan-penulisannya. Sayid Usman telah meminta Snouck untuk menyokong penulisannya dan menyampaikannya kepada Belanda tentang ancaman golongan Tarekat ini. Golongan Tarekat ini dikatakan jahil dan fanatik terhadap agama sehingga tersasar dari Islam sebenar.

SAYID USMAN SEBAGAI MUFTI DI BETAWI DAN PENASIHAT SNOUCK HURGRONJE

Sayid Usman telah dilantik menjadi Mufti di Betawi oleh kerajaan Kolonial Belanda sejak 1871. Apabila Snouck Hurgronje tiba di Betawi, tanpa membuang masa Snouck telah mencadangkan untuk Sayid Usman diberikan posisi dalam kerajaan. Snouck telah menjadikan Sayid Usman sebagai penasihat peribadinya dengan bayaran sebanyak 100 Guldens.

Sayid Usman banyak menasihati Snock tentang urusan fikah berkaitan perkahwinan, kekeluargaan dan hal-ehwal pembahagian harta dalam Islam. Sayid Usman juga banyak mengajarkan bahasa Arab dan dialek Hadramawt dalam suatu penerbitan kamus Arab oleh Snouck.

Pada tahun 1891, Sayid Usman telah dilantik menjadi Penasihat Kehormat Hal-Ehwal Orang Arab. Perlantikan ini memberikan kuasa sepenuhnya kepada Sayid Usman untuk menentang semua ajaran sesat dan bid’ah. Dia terus membantu mengeluarkan fatwa-fatwa dan membuat penulisan menentang kumpulan radikal dan fanatik seperti ajaran sufi, falsafah dan Tarekat.

Sayid Usman telah memasukkan nama Ratu Belanda, Ratu Wilhelmina untuk disebut dan didoakan dalam khutbah Solat Jumaat. Dia turut memuji kerajaan Belanda sebagai sebuah kerajaan yang membenarkan perlaksanaan Islam. Sehingga pada Tahun 1899, Sayid Usman telah dianugerahkan oleh Belanda dengan Bintang Kebesaran Singa Belanda. Sayid Usman meninggal pada 1914.

Image may contain: 1 person, text

KESIMPULAN

Sayid Usman berkawan dengan Holle dan mengenali Snouck Hurgronje, kedua-duanya sebagai seorang Belanda yang beragama Islam. Dalam usahanya menentang ajaran Tarekat yang dianggap sesat, dia telah memilih untuk berpihak kepada Belanda.

Orang Belanda dilihat oleh Sayid Usman sebagai boleh menerima Islam. Dia sendiri tidak sedar akan agenda sebenar Belanda terhadap penduduk Islam di Hindia Timur (Indonesia).

Istilah Jihad sememangnya menimbulkan perdebatan di kalangan orang Islam sendiri. Sayid Usman melihat perkataan Jihad disalah ertikan oleh orang-orang JAHIL dan FANATIK lalu bermusuh dengan golongan Tarekat.

Sayid Usman telah menyebarkan penulisannya untuk mempengaruhi orang ramai untuk menjauhi Tarekat. Dia menganggap jihad tidak perlu dilakukan terhadap kerajaan Belanda yang menghormati Islam.

Kerajaan-kerajaan Kolonial sentiasa mencari peluang yang boleh menguntungkan mereka. Kehadiran Sayid Usman yang bersahabat dengan Belanda diangkat dan dipuji supaya dia giat menjalankan kerja-kerjanya yang menguntungkan Belanda.

Mungkin niat Sayid Usman adalah baik untuk mensucikan Islam, tetapi dia turut menjadi alat bagi Kolonial Belanda mencapai misi mereka. SUKAR sekali kita lihat kumpulan Islam mengambil jalan untuk bersatu menentang musuh melainkan bercakaran sesama sendiri.

Adakah orang-orang Islam masih belum dapat MEMBEZAKAN antara kawan dan lawan?
.

Semoga bermanfaat.

 

Sumber:

Jabatan Siyasah Sejarah
AKADEMI INSAN PRIHATIN

********** DIREKTORI **********
.

Bagi anda yang baru bersama siri penggalian sejarah ini, WAJIB BACA hasil penggalian sebelum ini yang menjelaskan misi mengapa perkongsian sejarah ini ditulis melalui pautan berikut;

PENGENALAN : KENAPA HASIL KAJIAN SEJARAH INI PERLU DITULIS SEMULA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1558905024203970

SIRI 1: SIAPAKAH DALANGNYA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1559867924107680

SIRI 2: STRATEGI SNOUCK HURGERONJE MEMASUKI MEKKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1560747314019741

SIRI 3: STRATEGI SNOUCK YANG MEMANFAATKAN FOTOGRAFI

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1561678307259975

SIRI 4 : PEMERHATIAN SNOUCK TENTANG ORANG ISLAM DAN MASYARAKAT MEKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1562845483809924

SIRI KE 5: PENGENALAN BEBERAPA ORIENTALIS DI SEKITAR SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1563688290392310

SIRI KE 6: HABIB ABDURRAHMAN AZ-ZAHIR – PENASIHAT SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1564621770298962

SIRI KE 7: PEMIKIRAN DAN IDEA SNOUCK KEPADA KERAJAAN KOLONIAL BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1565743330186806

SIRI KE 8: STRATEGI PECAH DAN PERINTAH (DEVIDE ET IMPERA) SNOUCK HURGRONJE.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1566524616775344

SIRI KE 9: PERANAN BAHASA DAN UNIVERSITI LEIDEN SEBAGAI TEMPAT BERMULANYA ORIENTALISM DI BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1567293980031741

SIRI KE 10: MISI SNOUCK HURGRONJE DI BETAWI SERTA KERJASAMA DARI RAKAN BELANDA DAN PEMIMPIN TEMPATAN
https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1569055403188932

SIRI KE 11: SNOUCK HURGRONJE DI ACEH DAN PEMERHATIANNYA DALAM HAL-EHWAL MASYARAKATNYA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1570052026422603

SIRI 13: AJARAN MISTIK DAN TAHYUL YANG MEROSAKKAN MASYARAKAT ISLAM ACEH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1571730762921396

SIRI KE 14: ‘MUHAMMADANISME’ – PENDAPAT SNOUCK HURGRONJE YANG BERJAYA MEROSAKKAN AQIDAH UMAT ISLAM

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1572834986144307

SIRI KE 15: KENAPA PENJAJAH TAKUT PADA GERAKAN PAN-ISLAMISM DAN APA HUBUNGANNYA DENGAN IBADAH HAJI?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1574077099353429

KE16: BAGAIMANA SNOUCK MELIHAT PELAKSANAAN AL-QURAN DALAM MASYARAKAT ISLAM NUSANTARA.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1576291249132014

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: