News!!

Ucapkan ‘Ahlan Wasahlan’ Pada Dugaan Kehidupan

Kehidupan tidak selalunya indah, tidak selamanya melalui jalan highway. Suatu saat anda perlu melintasi lembah yang curam lagi berkerikil.  Tiba-tiba ada kenderaan sedang maju di hadapan. Stop!! Don’t turn back. Hadapi terus jalan itu dan fikir bagaimana cara yang terbaik untuk melaluinya. Begitu juga dengan kesedihan dan kepayahan yang sering kali muncul dalam kehidupan.  Jika anda memandang segala dugaan itu sesuatu yang mengerikan, semakin sukar untuk anda mencapai jalan penyelesaian. Kehidupan bukan selalunya romantis. Adakalanya kehidupan ini semanis kurma dan boleh bertukar menjadi sepahit bakawali. Sentiasa sabar dan berlapang dada dalam menghadapi apa saja dugaan yang mendatang. Get up and never ever give up.

Menjalani kehidupan sebagai seorang insan, kita tidak dapat lari dari diuji oleh Allah SWT.

Allah SWT berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوْكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِفِتْنَةً ۗ وَاِلَيْنَا تُرْجَعُوْنَ

“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami.”
(QS. Al-Anbiya 21: Ayat 35)

Ibnu ‘Abbas menafsirkan ayat ini dengan menyatakan bahawa pada suatu waktu Allah menguji hambanya dengan musibah dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa yang sabar dan siapa yang putus harap.

Sempurnakah solat kita? Bagaimana hubungan kita sesama manusia, orang tua, pasangan dan anak-anak?  Terima dengan hati terbuka. Ucapkan Ahlan Wasahlan kepada setiap dugaan. Ia adalah teguran yang Allah kirimkan agar tidak lupa untuk APA kita dicipta. Manusia mudah lupa. Lupa pada asal usulnya dan lupa kepada Penciptanya. Baru sedikit nikmat yang dikecapi, manusia sudah berjalan mendabik dada. Inilah cara Allah mendidik kita, di suatu sudut dibiarkan kita merasa pedih agar kita kembali kepada Yang Maha Esa. Ingat, jalan kehidupan sentiasa ada u-turn. Kembalilah ke jalan yang diredai.

Tetapkan kompas kehidupan anda mengarah kiblat.

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: