News!!

Tragedi Mac, Sejarah Hitam Umat Islam Yang Semakin Dilupakan?

Sebahagian dari kita yang menyelusuri bulan Mac pada setiap tahun mungkin mengetahui mengenai sejarah hitam yang sangat meninggalkan kesan terhadap seluruh umat Islam. Walaupun sejarah itu sudah berlalu, namun sehingga kini kesannya telah membuatkan Islam tidak lagi mampu berdiri tegak dan hanya dipandang sebelah mata oleh Barat. Bacalah artikel ini agar kita sedar diri!

94 TAHUN BERLALU – 3 MAC 1924 SEJARAH YANG DILUPAKAN UMAT ISLAM. 

Hari ini menandakan sudah 94 tahun umat Islam kehilangan empayar Khilafah Uthmaniyah. Sama ada kita sedar ataupun tidak, 3 MAC 1924 menjadi detik hitam dalam sejarah umat islam.

Image may contain: 1 person, standing, wedding and text

Kehilangan ini bukan sahaja melibatkan kejatuhan empayar Uthmaniyah, tetapi satu perpecahan ke atas keruntuhan empayar Islam secara keseluruhannya. Islam yang mana suatu ketika dahulu pernah menaungi 2/3 dunia. Sudah diracik-racik umatnya.

Seluruh umat mengeji dan mengutuk watak yang bernama Mustafa Kamal Atartuk. Sungguh, beliau adalah dalang segala-galanya. Dia juga adalah orang yang bertanggungjawab dalam merancang kejatuhan khilafah melalui empat teknik rahsia iaitu kaedah:

1. Hutang
2. Revolusi Arab 1916
3. Perjanjian Skyes-Picot
4. Juga melalui kekalahan Jerman dalam perang Dunia Pertama.

Semua faktor ini amat berkait rapat dengan kejatuhan sistem khilafah. Sama ada kita sedar atau pun tidak, semua ini sebuah konspirasi yang terancang.

Image may contain: 1 person, beard

Pada tanggal 31 Mac 1909, pihak zionis melakukan satu konspirasi hebat di mana mereka telah mencetuskan pembunuhan berdarah di kota Istanbul, Turki. Rentetan daripada peristiwa tersebut, Sultan Abdul Hamid II telah dituduh sebagai dalang.

Media massa juga telah memainkan peranan penting memburukkan kerajaan Uthmaniah Turki terutama kecacatan peribadi Khilafah yang bergelumang dengan keseronokan. Di Turki, telah ditubuhkan “The Young Turks” pada tahun 1908 gerakan Yahudi ini digerakkan dengan bantuan Freemason.


Golongan ini sangat agresif untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid II. Akhirnya, beliau telah dilucutkan jawatan sebagai seorang khalifah, pemegang tampuk pemerintahan Turki pada ketika itu.

Orang-orang Yahudi telah menjadikan hari perlucutan sultan tersebut sebagai HARI PENTING DALAM SEJARAH MEREKA. Tidak lama selepas perlucutan jawatan tersebut, jelas lagi nyata hakikat sebenar yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam.

Golongan Yahudi juga telah menduduki jawatan-jawatan penting dalam kerajaan Turki. Kemuncak perancangan mereka golongan Yahudi merancang untuk menghancurkan Khilafah Islam. Golongan Yahudi antarabangsa melalui gerakan Freemason yang menguasai media massa telah menonjolkan Mustafa Kamal.

Kemenangan di dalam beberapa siri peperangan yang diketuai oleh Atartuk telah dirancang rapi. Semasa pemerintahan Atartuk, dia telah mengusulkan kepada anggota Zionis Antarabangsa untuk melaksanakan projek pembubaran khalifah.
.

Di negara-negara Arab lain pula semangat Nasionalisme Arab telah ditiupkan dengan menganggap kerajaan Turki sebagai penjajah. Negara Barat berusaha meniupkan semangat negara bangsa kepada negara-negara Arab, melalui semangat Nasionalisme Arab inilah Turki mahu dipisahkan daripada saudara-saudara Islam lainnya di seluruh dunia.

MUSUH DALAM SELIMUT

Perancangan keji Yahudi ini akhirnya berjaya meruntuhkan khilafah secara rasmi pada 3 Mac 1924.

No automatic alt text available.

Mulai hari itu, maka bermulalah usaha Atartuk dalam melaksanakan misi pihak Yahudi. Seluruh dasar kerajaan telah dipisahkan daripada Syariat Islam di antaranya menurut Ahmadi Al-Aziz (1998):

1. Tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai dasar perlembagaan dan pemerintahan negara.

2. Golongan pemerintah (atasan) dan konco-konconya hinggalah ke menteri-menteri dan wakil-wakil rakyatnya, adalah perompak-perompak terhormat yang mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka kaya-raya hasil menyertai politik.

3. Kebanyakan siaran-siaran radio dan televisyen serta isi kandung majalah, 95% adalah maksiat. Memang ada yang baiknya tetapi cuma sekadar 5% sahaja.

4. Terdapat binaan tugu-tugu dan patung-patung dalam negara, yang mana tugu-tugu dan patung-patung tersebut dibesar-besarkan.

5. Muzik-muzik haram, tari-menari, bergaul bebas, panggung-panggung wayang lucah, mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan lain-lain lagi dibenarkan berleluasa.

6. Waktu-waktu sembahyang, masjid kosong. Majoriti manusia berkeliaran di luar masjid dengan segala bentuk urusan duniawi.

7. Peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan.

8. Banyak projek yang sia-sia atau membazir, dengan menggunakan wang berjuta-juta seperti membesarkan tempat-tempat peleseran yang digunakan untuk orang-orang besar sahaja.

9. Polis dan tentera yang sepatutnya bertugas menjaga keamanan tetapi merekalah yang banyak membuat rakyat berasa tidak aman.

10. Para pemimpin apabila ditegur, mereka melenting dan marah-marah. Maka mereka pun berdendam dan mencari peluang mendedahkan pihak yang menegur untuk diambil tindakan.

Image may contain: 1 person

11. Di satu Bandar bernama Balikesir, Mustafa Kamal berucap bahawa agama terpisah dengan urusan harian dan mendakwa Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berbuat demikian. Ini jelas menentang Al-Quran dan Sunnah.

12. Dalam satu ceramahnya Mustafa Kamal pernah menegaskan bahawa mana mungkin sebuah Negara maju jika orangnya tidak berpakaian secara moden (mendedahkan aurat). Akibatnya ramai yang telah dibunuh hanya kerana enggan berpakaian secara barat dan mematuhi arahan negara Turki moden.

13. Mustafa Kamal tidak membenarkan kuasa talak pada suami (seperti yang ada dalam ajaran Islam) kerana mengikut undang-undang sivil dari Sweeden. Ironisnya, undang-undang ini diperkenalkan beberapa bulan selepas dia menceraikan isterinya.

Image may contain: 1 person, sitting and text

Kejatuhan Islam yang telah memayungi umat selama 600 tahun lebih ini akhirnya telah mewajahkan dunia Islam yang baru, kemunculan negara bangsa akibat pemetaan baru dunia Islam dengan arkitek utamanya ialah empayar Pax Britanica dan Peranchis.

Melalui dasar pecah dan perintah, seluruh negara umat Islam telah difaraidkan. Paling parah disumbat dengan doktrin faham sekularisme. Umat Islam dijajah. Semua sudut kehidupan umat dipastikan berkiblatkan ke hegemoni Barat.

Melihat mereka sebagai RAJA. Sultan yang menggantikan khalifah umat Islam. Lalu rosaklah generasi mendatang bila semua kepala mendongak ke langit Barat. Segala corak hidup dan mati kita bernafsukan dunia yang disajikan mereka. Kita pula rakus. Langsung tidak mampu hidup tanpa mereka.

Lalu Islamnya hilang. Nilai agama dalam jiwa, raga dan diri anak-anak kita terhapus dengan sendiri. Tanpa PAKSAAN, TANPA PERLU BERPERANG, TANPA PERTUMPAHAN DARAH DAN HANYA DENGAN HIBURAN – umat Islam lalai dan menjauhi Islam. Hingga ia kembali menjadi PELIK.

Sekarang sudah tiba masanya untuk kita bangkit dan membentuk perpaduan Islam yang syumul dalam usaha mengembalikan semula sistem khilafah yang telah lama hilang.

رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا

Rasulullah saw, beliau bersabda;

“Sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk umat ini di setiap awal 100 tahun, seseorang yang akan memperbaharui agama ini.”

Jika dilihat kejatuhan khalifah Islam pada tahun 1924, maka tidak mustahil 100 tahun selepas itu (tahun 2024) akan muncul pembaharu yang akan meluruskan kembali agamanya yang telah hilang ini. (Islam).

Rasulullah saw bersabda:

بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاء

قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ الْغُرَبَاءُ قَالَ الَّذِينَ يُصْلِحُونَ إِذَا فَسَدَ النَّاسُ

“Islam muncul dalam keadaan PELIK, dan ia akan kembali dalam keadaan PELIK, maka beruntunglah orang-orang yang PELIK (mengasingkan diri) itu.” (HR. Muslim no. 208)

“Ada yang bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang asing itu?” Beliau menjawab, “Orang-orang yang berbuat baik jika manusia telah rosak.”

Dalam lafaz yang lain;

هم الذين يصلحون ما أفسد الناس من سنتي


“Mereka adalah orang-orang yang MEMPERBAIKI SUNNAHKU YANG DIROSAK MANUSIA”

Semoga kita bakal menjadi khalifah yang akan kembalikan darjat Islam ke tempatnya yang paling tinggi, amin.

Sebarkan. Share dan tag agar umat Islam sedar asal usul kejatuhan agama kita.

Sumber:

Ustaz Shauqi Hasan
Mengkaji sejarah untuk membangunkan ummah.


Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: