News!!

Ingin Beli Action Camera ?, Pastikan Anda Ikuti 9 Tips Wajib Ini

BACA 9 TIPS PENTING INI BUATKAN ANDA RASA BERBALOI SEBELUM BELI ACTION KAMERA 
.
Action kamera semakin menjadi trend dan jika anda termasuk peminat tegar hal-hal ekstrem seperti menerokai keindahan bawah laut, mendaki gunung-ganang, meredah hutan belantara, ataupun olahraga ekstrem, “action camera” adalah kamera pilihan terbaik anda!

Image may contain: one or more people, sky, mountain, text, outdoor and nature
.
Lagi menarik, action camera ni mampu menghasilkan view yang lebih ‘real’ seperti apa yang dilihat oleh mata fotografer. Ini yang membezakan action camera dan juga camera video handheld biasa.
.
Dengan kepelbagaian features yang disediakan, pastinya membuatkan korang sangat teringin memilikinya. Tetapi kena tahu juga, apa tips-tips penting sebelum nak membeli Action Kamera apa yang sesuai dan best? Sebab ada berlambak-lambak di pasaran. Oleh itu, Abang Sar nak kongsikan dengan anda 9 TIPS SEBELUM MEMBELI ACTION KAMERA!

No automatic alt text available.

 

1. Semak frame rate kamera

Frame rate adalah jumlah frame yang dapat dirakam per detik. Semakin besar angka ini, semakin halus dan kemas gambar yang dirakam. Frame rate yang umum digunakan adalah 30 fps (pada beberapa pengeluar menggunakan 30p). Akan tetapi, ada juga produk dengan frame rate tinggi seperti 120 fps dan 240 fps yang biasanya digunakan terutama untuk olahraga dan yang melibatkan pergerakan. Hasilnya lebih cantik dan smooth. Siap boleh buat efek SLOW MOTION lagi.
.
Cuma semakin tinggi nilai frame rate, maka saiz file juga akan semakin besar. Jika dalam mode travel, pastikan anda sediakan memory card yang cukup untuk menampung storage rakaman anda.
No automatic alt text available.

2. Kualiti gambar 4K atau full high definition?

Terkini ada dua pilihan kualiti gambar yang paling popular yaitu 4K dan full high definition.
.
Jika anda memilih action camera dengan kualiti gambar 4K, anda harus memastikan bahwa layar TV atau komputer yang digunakan untuk memainkan rakaman menyokong kualiti gambar 4K.
.
Namun ianya bergantung kepada media apa yang anda akan gunakan untuk anda display video. Kalau sekadar untuk kegunaan youtube dan facebook cukup sekadar high definition.
Image may contain: text

3. Selidik sudut pandangnya
.
Sudut pandang adalah indikator sejauh mana pemandangan dapat dicapai oleh action camera dalam gambar ataupun video. Pada umumnya, action camera yang berada di pasaran ketika ini memiliki sudut pandang 130° hingga 150°.
.
Namun, ada beberapa produk yang memiliki sudut pandang sebesar 200° atau lebih yang dapat mengambil gambar pemandangan yang lebih dinamik. Jika anda mampu mendapatkan action camera dengan sudut pandang sekitar 180°, hasilnya tentu akan lebih memuaskan.
No automatic alt text available.

4. Ciri penstabilan imej (image stabilizer)
.
Action camera memang diciptakan untuk digunakan pada kondisi yang ekstrem namun tetap mampu menghasilkan gambar yang jelas dan berkualiti. Karena itu, sebaiknya anda memilih action camera yang memiliki features penstabilan imej (image stabilization).
.
Secara umum digunakan oleh sebagian besar pengeluar action camera adalah tipe optical stabilizer. Namun, evolusi teknologi image stabilizer ‘Balanced Optical SteadyShot’ yang ditanamkan pada beberapa model kamera milik Sony, memiliki kelebihan yang sangat tinggi dan dapat dikatakan berada selangkah di depan.
Image may contain: text

5. Fungsi kalis air
.
Fungsi kalis air dan habuk sangat penting untuk melindungi kamera dari mengalami kerosakan bila berhadapan cuaca atau kondisi yang ekstrem. Contohnya merakam aksi menyelam atau berenang di dalam air, merakam aksi motor scrambler yang berhadapan dengan lecak dan pelbagai lagi.
.
Ada di antara action camera yang tahan air hanya dengan body nya saja dan ada juga jenis action camera yang harus menggunakan housing (tempat meletakkan kamera) saat akan bersentuhan dengan air.
.
Prestasi kalis air disimbolkan dengan standard IPX, dan ditentukan bahwa IPX 1 adalah yang paling sederhana hingga IPX 8 yang dapat bertahan di ke dalaman air. Pilihlah action camera dengan IPX 3 jika anda bercadang menggunakannya di dalam kondisi hujan, sementara IPX 8 jika menggunakannya untuk menyelam di bawah air.
No automatic alt text available.

6. Fungsi kalis habuk
.
Tujuan utama dari penciptaan action camera adalah menggunakannya dalam aktiviti bebas dan pelbagai. Anda harus memilih action camera yang mampu melindungi kamera anda dari partikel halus seperti debu dan pasir. Kalau anda kaki travel ke tempat-tempat gurun ataupun berpasir, wajib kena pilih action kamera yang memiliki fungsi kalis habuk.
.
Anda dapat memilih produk berdasarkan peringkat tertinggi IP 6X (debu tidak dapat masuk ke dalam kamera) atau IP 5X (debu tidak masuk ke dalam interior, meski sedikit mengganggu, namun tidaklah sampai merosak fungsi kamera).

No automatic alt text available.

7. Pilih mounting yang sesuai untuk kegunaan anda
.
Disebabkan action camera digunakan pada tempat dan situasi yang pelbagai, ada pelbagai jenis mount yang disediakan dan dikeluarkan oleh pengeluar produk mahupun pihak ketiga untuk memudahkan pengguna.
.
Saat berbasikal misalnya, anda akan memerlukan mount tertentu tergantung untuk anda pasang kamera. Apakah di topi, di handle bar basikal itu sendiri, atau bahkan di tempat lain. Jadi Anda harus bijak memilih produk yang menawarkan banyak pilihan mount yang mampu memenuhi kemudahan pemasangan action camera.

Image may contain: phone and screen

8. Apakah memiliki layar paparan sedia ada atau tidak?
.
Ada banyak jenis action camera yang tidak memiliki tampilan layar / screen agar ukurannya mampu dihasilkan lebih kecil. Namun, ada juga type action camera yang mampu menampilkan rakaman pada layar smartphone atau lainnya yang tersedia sebagai pilihan.
.
Jika built-in screen adalah hal yang penting bagi anda, sebaiknya kena abaikan isu berat dan ukuran action camera. Namun, ada kekurangan bila memiliki screen kerana usage bateri anda lebih cepat habis.

Image may contain: text

9. Memiliki wi-fi
.
Sekarang, jenis action camera yang dapat berhubung secara langsung menerusi wi-fi dengan smartphone dan tablet terus meningkat.
.
Jika Anda memilih action camera yang memiliki connection Wi-Fi, Anda tidak perlu lagi pulang ke rumah dahulu semata-mata nak simpan video atau foto dengan menghubungkanya ke komputer menggunakan cable. 
.
Terus dipindahkan dan terus boleh dimuat naik di laman sosial. Mudahkan?
.
p/s : Like page ini dan SHARE post ini kepada yang lain. Tag rakan-rakan korang. Semoga perkongsian ini bermanfaat
Sumber: https://www.facebook.com/sarcmenswear/posts/2096864390557806

Kredit Foto: https://sarc.my/store/


 

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: