News!!

Tips Wajib Tahu Kaedah Pengendalian Traktor Untuk Elak Kecelakaan

Pengendalian sebuah jentera sama ada kenderaan ringan mahupun jentera berat mempunyai “Seni”nya yang tersendiri. Sering kita dengar berlakunya kerosakan harta benda malahan kehilangan nyawa akibat dari kelalaian pemandu itu sendiri. Ikuti pesanan ringkas dari pemandu ini yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam pengendalian jentera berat untuk manfaat bersama.

NASIHAT YANG WAJIB  DIIKUTI DARI “OTAI TRAKTOR” UNTUK ELAKKAN KEROSAKAN HARTA DAN KEHILANGAN NYAWA

Assalaamu ‘Alaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk segmen minggu ini, kami telah berpeluang menemu bual “Pilot Traktor” dari Syarikat Abang Adik Etp. yang sangat berpengalaman dalam pengendalian jentera berat terutama sekali traktor.

Dengan pengalaman selama 20 tahun hidup bersama isteri keduanya iaitu “Traktor”, banyak perkara yang di pelajari mengenai pantang larang, penjagaan serta teknik pemanduan yang perlu di amalkan agar jangka hayat jentera dan juga pemandu berpanjangan.

Pastinya anda tidak mahu kejadian rempuhan tanpa niat ke atas dapur rumah jiran atau kehilangan nyawa insan yang tercinta menjadi mimpi ngeri setiap kali anda tidur.

Bagi mengelakkan perkara sedemikian berlaku, seruan kepada mereka yang bercita-cita untuk menjadi pilot traktor professional atau curi-curi belajar bawa traktor milik bapa tanpa pengawasan, tontonlah video ini dan kongsikan pada saudara mara dan rakan taulan agar sama-sama mendapat manfaat.

Akhir kata dari kami…KERETA SIHAT, DUIT SELAMAT!
Pesanan Ikhlas,

Cif Pomen
Produksi : www.candidsyndrome.com
Terbitan : Warna Asia
Kredit : Sykt Abang Adik Etp
Tajaan pakaian : sarc.my/store/

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: