News!!

Tips Untuk Pelabur Hartanah Agar Tidak Tersungkur Sewaktu Ekonomi Tak Menentu

Segmen pelaburan hartanah sememangnya menjanjikan pulangan yang lumayan. Namun begitu, ianya juga berisiko ketika ekonomi berada pada situasi yang tidak menentu sehingga menyebabkan rumah yang dibeli tidak dapat dijual. Kepada pelabur hartanah, ikuti perkongsian ini agar anda mampu membuat keputusan yang lebih bijak.

KUALA LUMPUR: Membeli hartanah untuk dijual semula tidak lagi membawa keuntungan tinggi seperti dulu akibat lebihan hartanah dan sentimen pembeli yang perlahan, kata penganalisis.

Penganalisis berkata keadaan ini dijangka berlarutan sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun lagi.

Seorang pemain industri memberitahu The Malaysian Reserve (TMR) bahawa pelabur kecil dengan bajet bawah RM500,000 mungkin tidak akan peroleh keuntungan daripada kegiatan itu.

“Tiada jaminan bagi pembeli meraih pulangan besar daripada hartanah dibeli hari ini. Sebarang aktiviti membeli untuk dijual semula akan sukar dilihat dalam 2 hingga 5 tahun akan datang. Hanya mereka berpendapatan tinggi dalam segmen hartanah mewah akan mampu meraih sedikit pulangan atas pembelian mereka,” kata sumber yang tidak mahu dinamakan.

Menurut laporan Bank Negara baru-baru ini bertajuk “Perkembangan Ekonomi dan Kewangan dalam Ekonomi Malaysia pada Suku Ke-4 2017 (4Q17)”, terdapat 146,497 rumah tidak dibeli pada 2Q17, berbanding 130,690 unit pada 1Q17.

Related image

TMR memetik pengerusi eksekutif di firma perunding Rahim & Co International Sdn Bhd, Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman yang berkata sentimen pasaran sekarang tidak memihak kepada sebarang aktiviti menjual semula aset dengan segera, melainkan pada harga yang sangat rendah.

“Jika anda beli sekarang, anda tidak boleh menjual semula dan mengharapkan keuntungan serta merta, kerana sektor hartanah bukan seperti pasaran saham di mana anda boleh beli beberapa syer hari ini dan menjualnya esok,” katanya kepada TMR.

“Ia pelaburan jangka panjang yang memerlukan tempoh pencernaan lebih lama untuk mendapatkan keuntungan. Jadi, pelabur kali pertama tidak boleh mengharapkan kejayaan sekelip mata.”

Abdul Rahim berkata tahun ini masa terbaik untuk pembelian jangka panjang terutamanya dalam segmen perumahan.

“Saya pasti dalam tempoh 3 hingga 4 tahun akan datang, pembeli boleh menjangka 10% hingga 20% keuntungan daripada unit yang dibeli hari ini,” katanya menurut laporan itu.

Abdul Rahim berkata hartanah bawah RM1 juta yang terletak di pinggir Kuala Lumpur, terutamanya unit atas tanah, kekal menjadi pilihan.

Menurut data terbaru Rahim & Co, harga bagi hartanah mewah berdekatan KLCC, iaitu alamat perumahan paling dimahukan di Kuala Lumpur yang sebelum ini meningkat sehingga RM2,500 per segi, sudah menurun kepada bawah RM1,800.

Sumber: FMT

 

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: