News!!

Tips Persediaan Diri Sebelum Menunaikan Umrah.

Seluruh jemaah umrah musim cuti sekolah penghujung tahun ini kini sedang berkira-kira masa membilang hari yang berbaki kurang 30 hari saja lagi. Ini adalah waktu terbaik untuk mula buat aktiviti regangan badan. Pastikan mental dan fizikal kita bersedia untuk menerima ujian sebagai tetamu Allah nanti.

Dah kena mula uji stamina badan masing-masing untuk biasakan diri berjalan jauh sebab rata-rata aktiviti kita di sana nanti akan banyak menggunakan kaki dan tenaga untuk mengerjakan rukun umrah dan melakukan ziarah. Boleh cari balik kasut sukan kita yang dah tergantung tu.

Satu perkara yang kita kena sentiasa ingat adalah rukun yang wajib. Tawaf dan sa’ie sudah tentu rukun umrah yang paling banyak memerlukan tenaga. Sa’ie dari Safa ke Marwah lebih kurang 420 meter, ulang alik 7 kali dah jadi 2940 meter kita berjalan. Dah nak dekat 3km, itu saie sahaja.

14859724_1782478112020790_1700971858928346959_o

Dengan masa yang berbaki tak berapa hari lagi ni, manfaatkan waktu ni dengan aktiviti menguatkan fizikal badan supaya tubuh kita sihat dan fit untuk mengerjakan ibadah umrah. Insha Allah kita akan selesa, bila dah jadi habit.

Pakat sama-sama jaga makan minum, pastikan kesihatan menjadi keutamaan kita semua ketika ini. Kesihatan ni mahkota mujahid. Kita ke Mekah ni nak berjihad di jalan Allah, jadi menjaga fungsi seluruh pancaindera supaya kekal cergas dan sihat satu tuntutan yang wajib kita utamakan.

Latih diri kita mendekati masjid ditempat kita tinggal. Ini juga satu latihan untuk menjadikan disiplin diri supaya selesa dengan suasana masjid. Sekiranya dahulu kita sering solat dirumah, biasa-biasakanlah solat berjemaah di masjid. Bagus juga untuk merapatkan silaturrahim sesama ahli qariah.

Sekiranya terdapatnya majlis-majlis ilmu, rajin-rajinkanlah langkah kaki kita hadir di majlis yang dihadiri para malaikat ini kerana majlis-majlis ini akan melembutkan hati kita. Tanpa sedar inilah latihan untuk kita beriktiqaf di masjid dan merasai taman raudhah.

Raudah sendiri adalah taman syurga. Majlis ilmu itu adalah salah satu dari taman-taman syurga.

DEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH MELALUI SOLAT SUNAT

Solat sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat dan solat sunat tahajud adalah bertujuan untuk membersihkan diri kita dari dosa-dosa lampau yang banyak telah kita lakukan. Ia juga membantu kita bermunajat kepadaNya dan memohon keampunan dan taubat diatas perbuatan-perbuatan kita yang lalu dan moga-moga Allah mengampuni kita. Zikirkan sebagai satu simbolik penyucian diri untuk kita bersihkan diri dari segala kekotoran yang ada dalam jiwa dan harta kita.

Inilah masa yang paling terbaik untuk memohon perlindungan agar dipermudahkan perjalanan pergi dan balik mengerjakan ibadah malah memohon keselamatan kepada ahli keluarga yang bakal kita tinggalkan sepanjang perjalanan.

IMG_1027

PERBANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN BESERTA TERJEMAHAN

Selain daripada pahala yang kita perolehi dari membacanya, ia amat bermanafaat kerana apabila kita berada di tanah suci selain dari ibadah umrah, pembacaan al-Quran adalah sesuatu yang amat digalakkan dan sekiranya dapat kita mengkhatamnya dalam masa ibadah tersebut adalah menjadi satu kebaikan kepada kita.

Paling penting, masa inilah kita nak baca dan FAHAM sebagaimana rasulullah mendapat kefahaman wahyu yang disampaikan kepada baginda. Tak guna jika sehingga hari ini kita membaca al-quran tapi langsung tak faham apa yang kita baca.

Kita membaca al-Quran tetapi kita sebenarnya BUTA HURUF! Sepatah pun kita tak tahu bahasa arab, tetapi malas nak ambil tahu maknanya. Menonong kita membaca dengan harapan mendapat ganjaran dan syafaatnya. Bagaimana al-Quran nak membantu kita kalau kita tak kenal Dia? Tak faham perintahnya?

Tanamkan azam, untuk baca dan faham isi kandungan kitab al-Quran bermula dari sekarang supaya kita akan merasai nikmat ibadah umrah kerana kita sendiri sudah jelas segala perintahnya.

Bacalah buku-buku berkenaan umrah, Madinah dan Mekah. Pembacaan ini akan membantu kita apabila kita menjalani ibadah tersebut. Buka minda dan naluri kita sebelum kita berada di tanah suci dengan menghayati sirah perjalanan Rasulullah dan para sahabat.

Perkemaskan kefahaman tentang ibadah umrah untuk mendapat penyucian diri yang sempurna. Biarlah kita lakukan yang terbaik sepanjang umrah di sana bermula dari langkah yang pertama!

photo_2017-11-03_15-23-43

UMRAH JANUARI 2018 BERSAMA TUAN HAJI SAIFUL NANG

Bagi puan/tuan yang masih mencari trip umrah yang memastikan kebajikan ibadah diutamakan ditambah dengan pengisian ilmu syariat dan hakikat, kami menjemput jemaah bersama kami untuk satu perjalanan ibadah umrah yang lain dari yang lain.

Rarecation Umrah merupakan satu pengalaman unik untuk kita adaptasikan ibadah ritual kita kepada kefahaman aktual yang akan menjelas sanis di sebalik ibadah umrah dan haji. Kupasan dan penjelasan inilah yang menambahkan lagi keyakinan kita di dalam beribadah dan mendalami ilmu agama.

Tambah pula dengan penglibatan anak-anak yatim dan asnaf sebagai tetamu VVIP Allah untuk bersama kita di sana nanti. Mereka juga bakal menjadi sahabat, teman dan pembantu kita di sana untuk sama-sama mempermudahkan urusan ibadah kita. Jadi jika tuan/puan ada sebarang masalah kesihatan yang memerlukan bantuan kami, maklumkan sahaja untuk kami hulurkan tangan membimbing ke arah umrah yang mabrur.

Jurugambar profesional yang akan merakamkan momen penting sepanjang kita mengerjakan ibadah umrah turut kami sediakan. (Saiful Nang lah siapa lagi kan) Semuanya sudah termasuk di dalam pakej kami, insha Allah hasilnya tuan/puan akan berasa lebih tenang untuk beribadah dan ziarah di dalam masa yang sama tidak terlepas untuk menyimpan kenangan berharga selama berada di bumi anbiyak.

SHAUQI
Mutawwif Umrah Rarecation 2 -23 Disember 2017
019-253 6474
#rarecation

POSTER3 2017

 

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: