News!!

Tips Berguna Untuk Menghindari Penipuan Dalam Talian!!

KUALA LUMPUR: Percaya atau tidak, pengguna internet di negara ini lebih terdedah kepada penipuan dalam talian berbanding negara lain di rantau ini.

Kajian yang dilaksanakan oleh Telenor Group (sebuah syarikat telekomunikasi berpusat di Norway) pada Mac tahun lalu merumuskan tiga jenis dan skema penipuan — kerja dari rumah, lelongan dan pencariah jodoh —  paling banyak dikesan di Malaysia.

Setiap kes membabitkan purata kerugian RM7,050 (seorang mangsa).

Sejumlah 46% responden dari Malaysia juga mengakui ada rakan atau saudara mereka yang mengalami penipuan dalam talian. Kajian tersebut melibatkan 400 responden di Malaysia, India, Singapura dan Thailand.

Sementara itu, statistik daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menunjukkan 3,921 insiden penipuan dalam talian dilaporkan tahun lalu membabitkan pelbagai kes seperti curi data, skim penipuan, pembelian barangan dalam talian serta perbankan internet.

Jumlah itu adalah peningkatan kira-kira 20.4% berbanding tahun 2015.

Berikut adalah tips bagi membantu anda menghindari risiko penipuan dalam talian:

1. Padam semua email yang meragukan.
2. Jangan pedulukan iklan tawaran yang tidak masuk akal.
3. Kemaskini perisian anti-malware.
4. Buat kajian mengenai kes penipuan lain.
5. Kongsikan informasi dan tips pencegahan penipuan kepada rakan dan saudara anda
.

Sumber: Astro Awani

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: