News!!

Tiada Kompromi Untuk Golongan Pondan Di Aceh

Aceh memang dikenali sebagai sebuah bandar yang menerapkan hukum agama Islam dengan ketat. Menyedari golongan ini lebih banyak mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat setempat, pihak berkuasa telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membenteras gejala “Waria” (wanita dan pria) ini. Adakah tindakan ini wajar? Sama-sama kita nilaikan.

BEBERAPA
buah salon kecantikan di Aceh yang mengambil wanita transeksual atau ‘pondan’ sebagai pekerja telah diserbu oleh pihak polis.

Susulan serbuan itu, kesemua 12 individu ‘pondan’ tersebut dipaksa memakai pakaian lelaki dan dipotong rambutnya untuk berkelakuan seperti lelaki.

Aceh merupakan satu-satunya bandar di Indonesia yang menerapkan hukum agama Islam dengan ketat.

'Pondan' Aceh dipaksa botak dan berkelakuan seperti lelaki selepas ditahan

Tambahnya, serbuan yang dilakukan merupakan sebahagian daripada operasi membanteras aktiviti tidak bermoral selepas menerima aduan dari jiran sekeliling yang menganggap mereka sebagai pengaruh negatif kepada anak-anak mereka.

Namun, serbuan itu mendapat tentangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia kerana pihak polis dikatakan bertindak di luar batasan dan tidak berperkemanusiaan.

Pesuruhjayanya, Beka Ulung Hapsara berkata, semua penduduk negara itu sepatutnya dilindungi dan diberi layanan yang sama rata.

“Selepas menerima gambar serangan yang dilakukan pihak polis dan informasi yang telah dikumpul, ia jelas menunjukkan pihak polis telah menyalah guna kuasa mereka. Polis sepatutnya melindungi mereka dari ancaman,” tegasnya.

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: