News!!

Tiada Istilah Mustahil Bagi Mereka Yang Menggunakan Akal – Pomen Bawah Pokok

Tiada yang “Mustahil” sekiranya kita menggunakan akal. Itulah istilah yang terpacul dari mulut pemilik Syarikat Abang Adik Etp  yang berpusat di Parit 2 Sungai Burung Ban 4 Sekinchan. Ikuti video pendek ini dan dikongsikan agar kerja buat mereka menjadi inspirasi kepada yang lain.

POMEN HILANG AKAL BILA NAIKKAN EXCAVATOR DAN JCB ATAS SATU LOADER?

Assalaamu ‘Alaikum dan Salam Sejahtera,

Sebelum ini pihak Rumah Pengasih Warga Prihatin telah ke Ijok untuk “membalak” kayu getah yang telah disedekahkan oleh individu atas tujuan untuk dijadikan kayu papan bagi pembinaan rumah.

Sebaik saja mendengar berita mengenai aktiviti ini, sekumpulan “Sukarelawan” Sekinchan yang terdiri dari team pomen dan pengusaha perkhidmatan jentera berat telah mengambil inisiatif untuk datang sama-sama membantu membalak dan menghantar kayu getah ke Kajang tanpa sebarang Upah!

Ikuti VIDEO HIGHLIGHT ini untuk melihat sendiri “kegilaan” mereka semasa menaikkan excavator dan JCB yang tanggal satu tayar serta aktiviti membalak pokok getah bersama-sama RPWP.

Semoga kita terinspirasi dari kerjasama  yang ditunjukkan oleh pasukan sukarelawan dari Syarikat Abang Adik Etp. & RPWP . Kongsikanlah video ini untuk manfaat bersama.

Akhir kata dari kami…KERETA SIHAT, DUIT SELAMAT!

Pesanan Ikhlas,
Cif Pomen
Produksi: candidsyndrome.com
Terbitan: Warna Asia
Tajaan Pakaian: sarc.my
Kredit : Syarikat Abang Adik Etp & Rumah Pengasih Warga Prihatin

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: