News!!

Tangani Tangisan Anak Segera Mampu Elakkan Mereka Jadi Degil

Father holding crying baby boy

Melalui perkongsian sebelum ini, telah dinampakkan bagaimana pentingnya kawalan emosi oleh ibu agar tidak berlaku sembarang komplikasi di dalam proses tumbesaran bayi di dalam kandungan. Kali ini kami kongsikan sebuah video bagaimana pula pri pentingnya memahami dan mengawal emosi bayi yang ditunjukkan melalui bahasa tangisannya. Semoga kita beroleh manfaat.

KESILAPAN MERAWAT TANGISAN BAYI BOLEH MENJADIKAN ANAK DEGIL, LEMAH DAN DUNGU

Inilah yang menjadi penekanan dalam isu yang ingin kami ketengahkan. Hasil kajian kami menunjukkan ramai ibu bapa yang tidak kreatif dalam mengenal tangisan dan gerak tubuh bayi mereka, biarpun sudah ramai melahir dan membesarkan anak.

Sebelum anak mampu berkata-kata dan menggunakan komunikasi melalui kalam, ia belajar melalui alam. Tangisan dan jeritan anak adalah ‘Universal Language’, satu-satunya cara mereka menyampaikan mesej kepada ibu bapa. Secepat mana kita menyahut seruan atau doa mereka melalui tangisan itulah yang akan mendidik mereka untuk menyahut seruan dan panggilan kita secepat itu juga kemudian nanti. Itulah pendidikan awal yang sangat berbentuk alami bagi mereka. Tindakbalas kita sedang mengajar mereka tanpa kita sedar.

Kami menetapkan di RPWP jika boleh kita didik bayi kita dengan menyahut panggilan mereka melalui tangisan itu dengan kadar segera. Sebaiknya jangan sampai melebihi 10 saat. Rasakanlah kekesalan dan berdosa yang mendalam jika kita tidak dapat hadirkan diri untuk menenangkan anak yang diamanahkan kepada kita itu melebihi 30 saat setelah mendengar tangisannya.

Pada peringkat awal tangisan itu, anak masih dalam keadaan tenang dan sedar. Tangisan hanyalah merupakan bahasa mereka sahaja. Namun apabila anda gagal menghadirkan diri, maka intensiti tangisan itu akan bertambah. Akhirnya anda akan dapati anak anda akan seolah-olah marah kepada anda. Waktu ini minda anak akan jadi bercelaru, sangat beremosi dan penuh dendam. Inilah punca penyakit hati yang mula anda tanamkan ke jiwa mereka tanpa sedar.

Para saintis sepakat merumus bahawa habit membiarkan bayi menangis yang berpanjangan tanpa rawatan akan menyebabkan bayi mengalami berbagai bentuk tekanan (stress). Ini juga menjadi antara punca terhasilnya habit anak yang dungu, degil, emosional, pemarah dan sebagainya.

Hormon stress yang dipanggil cortisol ini boleh terhasil dan terhimpun di otak bayi. Ia boleh merosak dan membantutkan pembangunan struktur penting otak mereka. Membiarkan anak terus menerus menangis juga akan merosak sistem saraf bayi. Ia boleh menjadikan mereka terlalu sensitif dan mudah mengalami trauma hanya dengan cabaran yang kecil. Ia juga memberi kesan yang besar kepada kemampuan anak untuk menerima maklumat pembelajaran dan berdarah gemuruh (nervous).

Kesan dari segi kesihatan pula akan menjadikan bayi ini anak yang mudah stress. Peningkatan tekanan darah dan nadi akan menyebabkan ketidak-stabilan bekalan oksigen, nutrisi, hormon dan antibodi dalam darah. Ini secara langsung menyebabkan anak menjadi kurang daya tahan dan mudah berpenyakit. Bahkan saintis telah menetapkan bahawa ia boleh memberikan kesan yang berat terhadap penyakit otak yang dipanggil ‘meningitis’. Mungkin ada kes terpencil yang tidak menepati ketetapan ini dan terserah samada kita mahu perjudikan nasib anak kita atau mahu mengikuti ketetapan dan petunjuk yang ada.

Hasil kajian kami menunjukkan sesetengah ibu sengaja membiarkan anak mereka menangis begitu lama. Mungkin mereka sedang masak, membasuh, bergayut di talian atau bermuka buku. Mereka tidak sedar kesan dan bahaya yang terlalu parah dari segi kesihatan rohani dan jasmani yang bersifat kekal pada anak itu. SANG SUAMI yang sedar akan keadaan itu juga seperti tidak merasa bimbang dan tidak menegur isteri untuk berbuat sewajarnya terhadap anak mereka.

Baca artikel penuh yang pernah kami keluarkan pada tahun 2014 dahulu;

http://prihatin.net.my/blog/2014/01/07/2585/

Semoga bermanfaat
WARGA PRIHATIN

Sumber: FB Warga Prihatin

 

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: