News!!

Tahukah Anda Sejumlah 58,847 Kg Sampah Dikutip Dari Sungai Sekitar Lembah Klang?

SEBANYAK 58,847 kg sampah dikutip dari sungai sekitar Lembah Klang sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata ia dilakukan di bawah program pembersihan sungai melalui projek Sungai Nadi Kehidupan (ROL).

“Melalui data yang dikumpulkan oleh JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran), sampah yang dikutip pada 2015 ialah 59,316 kg bagi tempoh masa sama manakala pada 2016 peningkatan lebih sekali ganda iaitu 123,154 kg dicatatkan.

‘’Kerajaan memandang serius isu ini kerana bimbang dengan trend peningkatan sampah yang dikutip dari sungai setiap tahun,” katanya pada perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2017 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini.

Tengku Adnan berkata bagi mengatasi isu itu, program penguatkuasaan untuk mengawal aktiviti pembuangan sampah secara haram dan usaha meningkatkan program kesedaran awam perlu dipergiat.

Sumber: Bernama

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: