News!!

Tahniah PH Selaku Pemerintah, Tahniah BN Selaku Pembangkang

Bernarlah apa yang diungkapkan oleh penulis ini, 10 May 2018 bakal dikenang sebagai hari yang sangat bermakna untuk seluruh rakyat Malaysia apabila PH berjaya membawa suara rakyat menumbangkan BN melalui wadah GE14. Walaupun terdapat pelbagai cerita suka duka sepanjang berlangsungnya pilihan raya, namun ketetapan dari Allah itu adalah satu yang pasti dan tiada siapa yang mampu merubahnya.

Harapan besar kepada Tun M dan PH, berkhidmatlah untuk rakyat sebaiknya. Sama-sama kita berdoa agar segalanya berjalan lancar dan keamanan negara kita terjamin.

Tahniah PH dan takziah buat BN.

Image result for pakatan harapan

Hari ini sejarah tercipta setelah 13 penggal memerintah Malaysia, Barisan Nasional gagal mempertahankan undi majoriti untuk terus kekal memerintah bagi 1 penggal seterusnya.

Benarlah bahawa sistem demokrasi di Malaysia masih utuh dan suara serta kehendak rakyat masih berkuasa untuk memilih pemimpin yang akan memimpin negara kita.

Buat Pakatan Harapan, tahniah diucapkan atas kemenangan pihak anda. Dengan mandat yang diberikan oleh rakyat ini, tunaikanlah tanggungjawab, amanah, janji-janji dan manifesto anda untuk berkhidmat kepada rakyat.

Buat Barisan Nasional, PRU-14 menyingkap sejarah baru buat anda. Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan juga keringat anda dalam berkhidmat untuk rakyat selama anda semua berada di atas tampuk pemerintahan. Teruskanlah berkhidmat untuk rakyat dengan menjadi pembangkang yang sebaiknya.

Nukilan,
Mohamad Iznul Mua’zim

Sumber: https://www.facebook.com/wargaprihatin/posts/10157298432497786
Kredit Foto: Star TV

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: