News!!

Syabas! Bekalan Air Semakin Pulih

Semoga berita ini akan memberi sedikit keceriaan kepada sebahagian penduduk Lembah Klang dan Selangor kerana diuji dengan ketiadaan air. Diharapkan proses baik pulih akan berjalan lancar dan sekaligus bekalan air akan kembali seperti sediakala.


KUALA LUMPUR
: Proses pemulihan bekalan air di kawasan sekitar Lembah Klang sejak semalam berjalan lancar dan pulih secara berperingkat, dengan Petaling, Kuala Lumpur dan Kuala Langat masih mencatatkan kadar pemulihan rendah.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), setakat 7 pagi tadi, peratusan pemulihan berdasarkan jumlah keseluruhan akaun yang terjejas sebanyak 73%.

Dalam tempoh itu, peratusan pemulihan di kawasan Petaling, Kuala Lumpur dan Kuala Langat masing-masing pada kadar 47.5%, 30.4% dan 17.8%.

Bagi daerah Hulu Selangor, Klang dan Gombak, peratusan pemulihan masing-masing adalah 98.8%, 85.5% dan 77.8%.

“Bantuan bekalan melalui lori tangki air digerakkan secara berterusan ke kawasan masih dalam proses pemulihan dan Pusat Khidmat Setempat diaktifkan sehingga bekalan air pulih sepenuhnya,” kata Syabas dalam satu kenyataan.

Pelanggan boleh mendapat maklumat terkini dengan menghubungi pusat panggilan talian 15300 atau 1800-88-5252 dan mendapatkan status terkini mengenai ganggunan bekalan air melalui aplikasi telefon bimbit pintar “mySYABAS”, www.syabas.com.my dan Facebook Air Selangor.

Sumber: Bernama

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: