News!!

Sungguh Enak Kopi Durian Sehingga Boleh Buat “Pitam”

Mendengar akan nama kopi durian saja sudah menyelerakan, apatah lagi bila dapat menghirupnya. Namun lain pula jadinya apabila perisa “durian tiruan”  ini terhasil dari gabungan bahan kimia yang terlarang. Apapun, berhati-hatilah apabila ingin mencuba produk baru sebelum kejadian buruk berlaku.

Pulau Pinang : Gabungan pelbagai bahan kimia daripada bahan tambahan dan perisa dalam produk makanan boleh memberi kesan kesihatan, kata Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP),  Hatijah Hashim susulan kes lima orang yang dimasukkan ke hospital selepas minum kopi pra campuran durian.

Kopi berkenaan katanya, tidak menggunakan durian asli sebaliknya menggunakan perisa durian hasil adunan pelbagai bahan kimia yang akhirnya akan memberi kesan kepada badan manusia.

”Durian yang terdapat dalam kopi tersebut bukannya asli. Kebiasannya, durian itu hasil daripada perisa dan penambah makanan yang digabungkan supaya mempunyai bau dan rasa seperti durian yang asli,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Selasa lalu, lima individu termasuk dua wanita dimasukkan ke hospital selepas mengalami gejala letih dan lemah dipercayai selepas meminum kopi pra campuran durian.

Mangsa yang berusia antara 19 hingga 62 tahun itu kini dirawat Hospital Pulau Pinang.

Setakat ini, tiga daripadanya sudah dibenarkan pulang selepas keadaan mereka semakin stabil.

Sampel kopi berkenaan kini sedang diuji Kementerian Kesihatan bagi memastikan gejala yang dialami mangsa benar-benar berpunca daripada minuman berkenaan atau sebaliknya

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam sebelum ini memaklumkan akan mendedahkan jenama kopi tersebut dan menariknya daripada pasaran jika terbukti ia mempunyai bahan terlarang.

Sumber: Astro Awani

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: