News!!

Suka Makan Buah Tanpa Dibasuh, Habit Anda Boleh Membawa Padah!

Buah-buahan adalah merupakan salah satu sumber pemakanan di dalam kehidupan seharian kita. Tidak kira samada buah tempatan atau import, masing-masing mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Namun, adakah kita sedar, setiap pelekat (PLU Codes) yang ditampal pada buah itu mempunyai maklumat yang tersendiri dan perlu kita ketahui. Ikutilah perkongsian ini untuk lebih memahaminya.

Image result for plu codes

Apakah itu PLU Codes?

Price Look Up Codes, adalah nombor pengenalan yang digunakan pada setiap produk atas tujuan untuk membuat pemeriksaan dan kawalan inventori menjadi lebih mudah, cepat, dan tempat

Adakah kita sedar, setiap kali  kita berbelanja di pasaraya, terdapat label-label yang tertulis dengan PLU Code dilekatkan pada buah-buahan import tanpa kita menghiraukan maksud bar code tersebut. Kebiasaannya,  kita lebih tertarik kepada buah-buahan yag kelihatan segar dan bersih.

PLU Codes
Sumber Imej: myselffood.com

Sistem label ini sebenarnya ringkas sahaja, iaitu buah-buahan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu konvensional, organik dan yang sudah diubahsuai genetiknya.

Image result for 4 digit plu codes fruits

1) Jika hanya ada 4 digit nombor pada pelekat dan dimulai dengan angka 3 atau 4, itu bermakna buah tersebut ditanam secara konvensional atau tradisional, dengan penggunaan racun serangga. Jadi pastikan buah-buahan atau sayuran dicuci bersih sebelum dimakan.

Image result for 4 digit plu codes fruits

2) Sekiranya ada 5 digit pada pelekat dan angka itu bermula dengan 9, itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO) jadi ia lebih selamat dimakan.

Image result for fruits with GMO

3) Terakhir, jika ada 5 digit nombor pada pelekat dan dimulai dengan angka 8, itu bermakna produk itu sudah diubah secara genetik (GMO).

Semoga selepas ini kita lebih bijak berbelanja demi keselamatan dan kesejahteraan keluarga kita.

Warna Asia

 

 

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: