News!!

Strategi Snouck Memantau Melalui Hal Perkahwinan dan Institusi Masjid

yang Kita masih lagi meneruskan misi pembongkaran sejarah yang berkisar tentang peranan Snouck Hurgronje dalam memecahkan kekuatan Masyarakat Islam Aceh. Ikuti artikel terkini yang menyentuh tentang “strategi” ciptaan Snouck dalam mengawasi perjalanan pola kehidupan masyarakat pribumi.

SIRI 19: NASIHAT-NASIHAT SNOUCK HURGRONJE DALAM HAL-EHWAL AGAMA (BAHAGIAN I) – NIKAH KAHWIN DAN PENGAWALAN MASJID

Sepanjang Snouck Hurgronje menjadi Penasihat Hal-Ehwal Agama di Hindia Timur (Indonesia), dia telah mengeluarkan banyak nasihat-nasihat berkaitan agama kepada Penjajah Kolonial di Belanda.

Sebahagian dari nasihat-nasihatnya tidak dilaksanakan oleh Gabenor Belanda ketika itu berdasarkan perbezaan pendapat di antara Gabenor dan Snouck.

Namun begitu, semua nasihat-nasihatnya telah dibukukan dan dijadikan rujukan kepada para orientalis di Eropah.

Perkongsian ini akan dihidangkan dalam beberapa bahagian untuk membincangkan tindakan-tindakan Snouck Hurgronje dalam pelbagai aspek Agama Islam.

MENGAWAL PERKAHWINAN DENGAN PENCATATAN 

Menurut Snouck, pembinaan keluarga merupakan asas dalam masyarakat Islam yang tidak boleh diganggu perlaksanaannya. Mencampuri urusan keluarga terutamanya yang berkaitan keagamaan, adat dan budaya akan menimbulkan penentangan dan kebencian.

Image may contain: 3 people, text

Snouck mengambil jalan dengan menambahkan urusan dokumentasi dan pencatitan dalam hal-ehwal perkahwinan. Perkahwinan yang tiada catitan atau rekod yang disahkan oleh Pemerintah dianggap tidak sah dan terbatal.

Snouck telah menyebarkan pemikiran bahawa urusan agama Islam adalah amat penting dalam urusan keluarga, tetapi tidak menekankan urusan agama dalam hal-hal lain.

Melalui perlaksanaan ini, masyarakat Islam akan mula bergantung kepada pegawai Pemerintah dan terkawal di bawah peraturan Pemerintah.

Urusan ini juga akan menyukarkan urusan perkahwinan dan masyarakat Islam sendiri disibukkan dengan hal-hal pengurusan.

Kadi, penghulu atau naib dilantik sebagai pegawai Pemerintah Belanda untuk mempunyai kuasa dalam hal-ehwal keluarga. Kadi merupakan jawatan paling utama dalam pengurusan perkahwinan. Mereka diwajibkan menjalankan prosedur-prosedur perkahwinan yang ditetapkan oleh penjajah.

Bayaran yang dikenakan untuk pencatatan nikah kahwin dan penceraian juga sangat tinggi. Masyarakat terpaksa mematuhi aturan yang dikenakan kerana mahukan perkahwinan atau penceraian mendapat pengesahan.

Melalui sistem ini, Penjajah Belanda dapat mengumpulkan data-data penduduk melalui rekod perkahwinan untuk meneliti perkembangan masyarakat di Indonesia.

Penambahan rekod perkahwinan merupakan tanda semakin ramai ahli masyarakat yang tunduk kepada pemerintahan Belanda. Penjajah Belanda juga dapat mengenal-pasti kawasan-kawasan yang masih wujud penentangan.

PEMBAHAGIAN MASYARAKAT MENGIKUT BLOK KAWASAN 

Masyarakat di Hindia Timur (Indonesia) di bahagi-bahagikan mengikut blok negara asal masing-masing iaitu blok Eropah, Asing Timur dan Pribumi.

Orang-orang Belanda, Inggeris atau mana-mana Kristian di kelaskan dalam blok Eropah. Orang Timur lainnya di luar Hindia Timur seperti China, Jepun dan lainnya adalah dalam blok Asing Timur. Orang Hindia Timur sendiri adalah penduduk Pribumi.

Pemecahan blok-blok masyarakat ini adalah untuk mengawal pergaulan antara penduduk Pribumi dengan masyarakat luar. Undangan perkahwinan diterapkan dengan syarat-syarat yang menyukarkan perkahwinan antara penduduk Pribumi dengan orang luar.

Penetapan hukum Islam pula hanya dikenakan kepada blok Pribumi. Sementara blok lainnya tidak tertaluk atas hukum Islam.

Orang-orang Kristian pula akan mendapat status setaraf dengan orang Belanda. Orang-orang Cina dan bukan Islam lain nya digalakkan untuk memasuki Kristian yang menaikkan status sosial mereka.

Dengan cara ini, orang Cina berpisah secara status dan agama lalu tidak bergabung dengan orang Pribumi.

PENGAWALAN QARYAH MASJID MELALUI PENGHULU 

Image may contain: text

Masjid-masjid dikawal dengan perlantikan penghulu-penghulu pilihan penjajah. Mereka dilantik walaupun tidak memiliki kualiti atau kefahaman yang baik dalam hal-ehwal agama Islam.

Mereka akan membawa tugas-tugasan mengikut kehendak penjajah dengan menerima surat-surat arahan dari pusat lalu melaksanakannya terhadap masyarakat.

Pengurusan Masjid juga dimasukkan di bawah pentadbiran pejabat bupati (kedaerahan) yang dikawal oleh Pemerintahan Penjajah.

Image may contain: 1 person, text

Penghulu ini diberikan gaji dan upah oleh penjajah. Mereka menjalankan tugasan seperti mengawal keluar masuk duit Masjid supaya tidak pergi ke pejuang Islam melawan Belanda, mengendalikan urusan perkahwinan dan pengumpulan maklumat.

Duit-duit Masjid hasil zakat, infaq dan sedekah digunakan pula untuk membiayai rumah-rumah sakit, membina dewan orang ramai dan juga rumah-rumah sewa untuk penjajah. Namun begitu, pengelolaan begini hanya dilaporkan di beberapa tempat di Jawa dan Madura.

Penghulu memainkan peranan sebagai orang tengah di antara penduduk Islam terutamanya kiai-kiai dan Belanda. Melalui hubungan ini, maklumat-maklumat berkenaan kehendak masyarakat, pola gerakan dan unsur penentangan masyarakat Islam dapat disalurkan kepada Belanda.

Penghulu dari kalangan orang tempatan mengelakkan kecurigaan dan penyelindungan maklumat.

PENYEBARAN IDEA DAN DOKTRIN OLEH PENGHULU TAJAAN BELANDA 

Penghulu-penghulu ini akan menyebarkan tuduhan-tuduhan sesat ke atas pemimpin-pemimpin tertentu atas nasihat Snouck Hurgronje, antaranya ialah Syeikh Ahmad Rifa’i di Jawa Tengah.

Ajaran pemimpin agama ini dinasihatkan supaya dijauhi oleh masyarakat untuk keamanan dan mengelakkan kekacauan.

Kiyai Haji Syeikh Ahmad Rifai adalah tokoh pejuang menentang Belanda yang hidup sekitar tahun 1786 – 1870. Walaupun beliau telah meninggal, tetapi penulisan-penulisannya masih di pegang oleh pemimpin-pemimpin selepasnya dan menjadi sumber motivasi pejuangan menentang Belanda.

Snouck menghalang penulisan-penulisan Syeikh Ahmad Rifa’i dan membuat fitnah bahawa ajarannya sesat serta melanggar hukum adat masyarakat. Ahmad Rifa’i dituduh pengkhianat terhadap bangsanya sendiri.

Penjajah Belanda sendiri telah diangkat oleh Snouck sebagai sebahagian daripada sejarah pembangunan di Hindia Timur. Melalui pengiktirafan ini, masyarakat ditarik untuk mengakui bahawa kerajaan Belanda telah menjadi sebahagian daripada penduduk dan pemerintah di Hindia Timur.

Atas kaitan sejarah ini, penentangan terhadap Belanda di anggap sebagai melanggar hukum adat dan budaya. Pemimpin-pemimpin penentang dianggap sebagai menentang adat tempatan dan menimbulkan kekacauan.

Image may contain: 3 people, text

Penghulu-penghulu penjajah menjadi ejen kepada Belanda untuk menyebarkan maklumat-maklumat ini kepada masyarakat. Secara tidak langsung, pemikiran masyarakat mula dibentuk mengikut kehendak penjajah dan Snouck Hurgronje.

KESIMPULAN 

* Urusan kekeluargaan menjadi sasaran utama Snouck Hurgronje kerana mahu memadamkan api penentangan terhadap Belanda dari akar umbinya. Memasukkan sistem perkahwinan dalam pengurusan pemerintahan penjajah membawa masyarakat ke dalam sistem penjajah secara tidak sedar.

* Urusan nikah kahwin yang sepatutnya mudah menjadi sukar dan membebankan.

* Penjajah hanya mengambil keuntungan dalam hal ini kerana perkahwinan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Masyarakat diajar untuk mematuhi sistem pemerintah dan mengganggap ia lebih penting dari sistem sebenar Agama Islam.

* Pemerintah adalah pengurus agama Islam dan agama Islam ialah mengikut pemerintah.

* Masyarakat hanya mengikut tanpa usul periksa. Apatah lagi pemimpin-pemimpin sebenar ditahan, dituduh sesat dan mengganggu ketenteraman. Malah dituduh juga sebagai pengkhianat bangsa.

* Hukum adat menjadi sesuatu yang suci yang tidak dapat dilawan setaraf dengan hukum Islam yang sebenar. Malah hukum adat dibela sekuat-kuatnya lebih dari hukum Islam kerana dianggap sejarah bangsa yang tidak boleh dihapuskan. Semua yang buruk dalam adat akhirnya kekal tanpa boleh disentuh dan diubah.

* Penghulu-penghulu yang dilantik oleh penjajah hanyalah menjadi alat untuk melaksanakan aturan penjajah.

* Mereka tidak mempunyai ilmu sewajarnya dalam agama Islam dan mudah dipergunakan. Dengan kemewahan gaji, pangkat, dan perlindungan dari penjajah, mereka sanggup menjalankan agenda-agenda penjajah.

Nasihat-nasihat Snouck Hurgronje akan dibincangkan lagi dalam bahagian ke dua.

Semoga bermanfaat,

Jabatan Siyasah Sejarah
AKADEMI INSAN PRIHATIN

********** DIREKTORI **********
.

Bagi anda yang baru bersama siri penggalian sejarah ini, WAJIB BACA hasil penggalian sebelum ini yang menjelaskan misi mengapa perkongsian sejarah ini ditulis melalui pautan berikut;

PENGENALAN : KENAPA HASIL KAJIAN SEJARAH INI PERLU DITULIS SEMULA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1558905024203970

SIRI 1: SIAPAKAH DALANGNYA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1559867924107680

SIRI 2: STRATEGI SNOUCK HURGERONJE MEMASUKI MEKKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1560747314019741

SIRI 3: STRATEGI SNOUCK YANG MEMANFAATKAN FOTOGRAFI

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1561678307259975

SIRI 4 : PEMERHATIAN SNOUCK TENTANG ORANG ISLAM DAN MASYARAKAT MEKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1562845483809924

SIRI KE 5: PENGENALAN BEBERAPA ORIENTALIS DI SEKITAR SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1563688290392310

SIRI KE 6: HABIB ABDURRAHMAN AZ-ZAHIR – PENASIHAT SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1564621770298962

SIRI KE 7: PEMIKIRAN DAN IDEA SNOUCK KEPADA KERAJAAN KOLONIAL BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1565743330186806

SIRI KE 8: STRATEGI PECAH DAN PERINTAH (DEVIDE ET IMPERA) SNOUCK HURGRONJE.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1566524616775344

SIRI KE 9: PERANAN BAHASA DAN UNIVERSITI LEIDEN SEBAGAI TEMPAT BERMULANYA ORIENTALISM DI BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1567293980031741

SIRI KE 10: MISI SNOUCK HURGRONJE DI BETAWI SERTA KERJASAMA DARI RAKAN BELANDA DAN PEMIMPIN TEMPATAN

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1569055403188932

SIRI KE 11: SNOUCK HURGRONJE DI ACEH DAN PEMERHATIANNYA DALAM HAL-EHWAL MASYARAKATNYA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1570052026422603

SIRI KE 12: KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM MASYARAKAT ACEH DI MATA SNOUCK

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1571012949659844

SIRI KE 13: AJARAN MISTIK DAN TAHYUL YANG MEROSAKKAN MASYARAKAT ISLAM ACEH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1571730762921396

SIRI KE 14: ‘MUHAMMADANISME’ – PENDAPAT SNOUCK HURGRONJE YANG BERJAYA MEROSAKKAN AQIDAH UMAT ISLAM

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1572834986144307

SIRI KE 15: KENAPA PENJAJAH TAKUT PADA GERAKAN PAN-ISLAMISM DAN APA HUBUNGANNYA DENGAN IBADAH HAJI?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1574077099353429

SIRI KE 16: BAGAIMANA SNOUCK MELIHAT PELAKSANAAN AL-QURAN DALAM MASYARAKAT ISLAM NUSANTARA.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1576291249132014

SIRI KE 17: SAYID USMAN – MUFTI DI BETAWI DAN SENJATA BELANDA MELAWAN GERAKAN JIHAD.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1583931228368016

SIRI 18: PENGLIBATAN SNOUCK HURGRONJE DALAM GERAKAN KETENTERAAN DI ACEH

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1590068861087586

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: