News!!

Strategi “Reverse Psychology” Snouck Berjaya Ubah Persepsi Umat Islam

Kebencian Umat Islam Nusantara terhadap penjajah adalah sangat tinggi pada ketika itu sehingga pihak Belanda hampir putus asa untuk melakukan penjajahan. Namun kebijaksanaan Snouck telah merubah situasi itu dengan tekniknya yang tersendiri. Bacalah artikel ini dan lihat sendiri apakah  strategi yang dimaksudkan.

PROPAGANDA PEMESONGAN AQIDAH UMAT ISLAM NUSANTARA – SIRI KE15: KENAPA PENJAJAH TAKUT PADA GERAKAN PAN-ISLAMISM DAN HUBUNGANNYA DENGAN IBADAH HAJI.

Image may contain: text

Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini tentang pengkajian Snouck Hurgronje di Jeddah dan Mekah, Snouck Hurgronje melihat Ibadah Haji  dan permergian orang Islam Indonesia ke Mekah adalah tidak membahayakan.

Sebelum ini, Kerajaan Kolonial Belanda mempunyai kebimbangan terhadap jemaah-jemaah haji yang ke Mekah. Mekah sebagai sebuah tempat perkumpulan umat Islam terbesar dunia ditakuti akan membawa idea-idea penyatuan pan-Islamism dan perjuangan.

PAN-ISLAMISM – IDEA PENYATUAN UMAT ISLAM

Pan-Islamism adalah terma barat bagi merujuk kepada satu idea politik yang menggalakkan gerakan penyatuan seluruh Umat Islam untuk bernaung di bawah satu kerajaan Islam iaitu Khalifah. Ia juga disebut ‘Al-Wahidah Al-Islamiyyah ‘. Idea ini juga membentuk suatu gagasan antarabangsa yang mengamalkan prinsip Islam.

Pan-Islam atau kekhalifahan memecahkan tembok perbezaan bangsa dan keturunan melainkan atas kesatuan akidah terhadap Allah dan perlaksanaan sistem Islam semata-mata. Gerakan ini dilihat sebagai satu ancaman besar terhadap aktiviti penjajahan Eropah terhadap negara-negara timur yang diketuai oleh Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada ketika itu.

Walaupun Kerajaan Turki Uthmaniyyah merupakan Empayar Islam terbesar pada ketika itu, namun Turki dilihat tidak mempunyai cengkaman yang kuat terhadap kerajaan-kerajaan Islam lain di Asia Tengah dan Asiat Timur. Turki sendiri menghadapi kesukaran untuk menyatukan kerajaan-kerajaan Islam di Eropah dan Asia Barat.

Khalifah Uthmaniyyah Sultan Abdul Hamid II (1842-1918) merupakan tokoh utama dalam menyeru kesatuan kerajaan-kerajaan Islam di seluruh dunia dan melaungkan panggilan Jihad menentang orang kafir dan penjajah. Idea Pan-Islamism, sekiranya berkembang dan berhasil, ia akan mewujudkan blok kerajaan Islam yang sangat kuat terbentang dari Eropah, Afrika, Asia Barat sehingga ke Asia Timur.

Hubungan yang terjalin antara kerajaan Turki dengan negara Islam Asia Tenggara seperti Kerajaan Aceh, Kerajaan Johor, Kerajaan Patani, Kerajaan Samba (Brunei) dan Kerajaan Sulu dilihat sebagai satu ancaman besar yang menghalang penjajahan. Turki turut menjalinkan hubungan dengan Kerajaan Jepun, sebuah negara bukan Islam.

Perkembangan ini dilihat sangat berbahaya dan perlu dihalang segera.
.

POLISI PENJAJAH BELANDA MENGHALANG JEMAAH HAJI

Image may contain: text and outdoor

Pemberontakan terhadap penjajah sebelum kedatangan Snouck seperti Perang Padri di Minangkabau sekitar tahun 1803-1838, telah menimbulkan kebimbangan tentang pemikiran yang dibawa pulang dari Mekah. Ditambah pula dengan peristiwa Perang Padri yang diketuai oleh orang-orang yang bergelar Haji dan menentang Hukum Adat orang tempatan bagi menegakkan Islam berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Sebelum tahun 1850, lebih kurang 100 orang jemaah dari Indonesia menunaikan haji ke Mekah. Namun jumlah ini telah meningkat dengan mendadak di sekitar tahun 1858-1859 sehingga mencapai ribuan orang. Peningkatan ini menjadi tanda tanya dan menimbulkan kebimbangan kepada kerajaan penjajah dan pemerhati Eropah yang tidak tahu keadaan di Mekah pada waktu itu.

Kerajaan Penjajah sama ada Belanda mahupun British mula mengenakan peraturan-peraturan yang ketat kepada orang-orang tempatan yang ingin mengerjakan haji. Seawal tahun 1825, Kerajaan Penjajah Belanda telah mengenakan bayaran sebanyak 100 florins untuk pas Haji. Bayaran ini sangat mahal ketika itu sehingga menyusahkan orang tempatan. Bayaran ini dinaikkan kepada 200 guilders pada tahun 1873.

Jemaah Haji perlu melalui pejabat-pejabat wakil penjajah di Jeddah atau Mekah untuk mendapatkan cop yang mengesahkan keluar masuk mereka ke Mekah. Ini merupakan satu kawalan untuk memastikan yang mereka benar-benar melakukan Haji dan bukan untuk aktiviti lain. Semua ini adalah misi mereka secara halus mengawal pergerakan jemaah.

Pegawai penjajah akan merekodkan dengan teliti nama-nama jemaah haji serta jumlah wang yang dibawa. Selain daripada memastikan mereka tidak membawa duit yang banyak untuk disumbangkan kepada Jihad Islam, penjajah juga berjaya mengumpulkan data dan maklumat dari pelbagai tempat di seluruh Indonesia dan Nusantara.

Jemaah Haji mula diwajibkan untuk memiliki tiket pergi dan balik pada tahun 1897 untuk memastikan mereka pergi dan pulang dalam tempoh yang ditetapkan. Tempoh yang diberikan pula hanya cukup sekadar untuk mengerjakan ibadah haji. Pada tahun 1898, semua jemaah haji wajib menaiki kapal wap milik penjajah dan orang Eropah. Dalam menjajah sempat lagi menekan umat Islam.

Ujian-ujian bertulis juga dikenakan kepada jemaah-jemaah haji sebelum lulus untuk mendapatkan pas haji. Malah, ujian bertulis turut dikenakan sekembalinya mereka pulang sebelum mendapat gelaran ‘Haji’. Semua ini dilakukan untuk mengurangkan dan menyusahkan orang Islam untuk menunaikan Ibadah haji. Zaman sekarang pun tak kurang banyak sekatannya.
.

NASIHAT SNOUCK HURGRONJE KEPADA PEMERINTAH

Image may contain: one or more people, crowd, outdoor and text

Snouck Hurgronje mempunyai pendapat yang berbeda mengenai Ibadah Haji. Melalui pengalamannya sendiri diri Mekah, dia mendapati orang Islam sememangnya disibukkan dengan Ibadah Haji sehingga tidak sempat dengan agenda lain. Begitu juga di luar musim Haji, penduduk Mekah masing-masing disibukkan dengan urusan-urusan kehidupan masing-masing yang tidak bersangkutan dengan ideologi pan-islamism mahupun Jihad.

Snouck memberikan amaran-amaran keras kepada kerajaan penjajah berkenaan polisi-polisi yang menyusahkan seperti kewajipan mempunyai tiket pergi dan balik. Dia juga menghalang amaran-amaran penjajah yang mencegah orang tempatan untuk keluar menunaikan haji. Tindakan penjajah ini akan menimbulkan kebencian orang Islam kepada penjajah.

Snouck mewujudkan satu gerakan baru untuk membentuk pemikiran penduduk tempatan untuk menyokong dan bersahabat dengan penjajah. Dalam SIRI 7, telah dibincangkan bagaimana Snouck telah memisahkan Islam kepada tiga kategori iaitu keagamaan, sosial/kemasyarakatan dan propaganda politik.

Melalui pemisahan aspek agama ini, Snouck menggalakkan kerajaan penjajah untuk membantu memudahkan dan menyokong Ibadah Haji sebagai satu elemen keagamaan orang Islam di Indonesia. Selagi mana doktrin politik Islam tidak mempengaruhi mereka, maka Ibadah Haji adalah tidak membahayakan.

Dengan pemberian kebebasan dalam melaksanakan ibadah Haji, menurut Snouck, “akan meyakinkan para Ulama tentang niat baik pemerintah Belanda, dan akan menyedarkan pula bahawa mereka tidak perlu takut pada pemerintah kolonial, selama tidak mencampuri urusan politik”.

Image may contain: outdoor and text

Dengan hubungan yang baik, Snouck berpendapat bahawa Belanda akan mampu mendekati golongan tempatan dan mencipta generasi baru yang menyokong Belanda. Generasi ini perlu dididik dan ditaja dengan doktrin dan pemikiran Belanda supaya kembali di tengah-tengah rakyat untuk menjadi pemimpin mereka.

KESIMPULAN

Sistem Islam perlu dikembalikan kepada fungsi sebenar iaitu mengaturkan kehidupan manusia dalam setiap aspek kehidupan dan merahmatkan sekalian alam. Islam yang telah dipecah-pecahkan oleh Snouck Hurgronje perlu disusun dan disatukan semula. Islam bukan semata-mata ibadah, malah merangkumi hal-ehwal masyarakat dan juga politik.

Mekah sebagai tempat perkumpulan umat Islam terbesar juga harus dikembalikan fungsinya. Mekah saat ini hanya berfungsi sebagai tempat ibadah dan ekonomi. Sedangkan Mekah suatu masa dahulu sangat ditakuti sebagai pusat pendidikan dan penyebaran ilmu di kalangan umat Islam. Penyatuan umat Islam di Mekah sangat digeruni kerana dikhuatiri menghidupkan gelombang besar dalam penyatuan dan perjuangan umat.

Hakikatnya, Islam hanya tertumpu banyak kepada hal-ehwal ritual dan aktiviti keduniaan. Hal-ehwal sosial dan politik telah dikuasai sepenuhnya oleh ideologi barat dan bukan Islam. Pemikiran ini perlu diluruskan semula dan pengetahuan sebenar perlu diajarkan terutamanya kepada generasi baru Muslim.
.

Semoga bermanfaat,

Jabatan Siyasah Sejarah
AKADEMI INSAN PRIHATIN

********** DIREKTORI **********
.

Bagi anda yang baru bersama siri penggalian sejarah ini, WAJIB BACA hasil penggalian sebelum ini yang menjelaskan misi mengapa perkongsian sejarah ini ditulis melalui pautan berikut;

PENGENALAN : KENAPA HASIL KAJIAN SEJARAH INI PERLU DITULIS SEMULA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1558905024203970

SIRI 1: SIAPAKAH DALANGNYA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1559867924107680

SIRI 2: STRATEGI SNOUCK HURGERONJE MEMASUKI MEKKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1560747314019741

SIRI 3: STRATEGI SNOUCK YANG MEMANFAATKAN FOTOGRAFI

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1561678307259975

SIRI 4 : PEMERHATIAN SNOUCK TENTANG ORANG ISLAM DAN MASYARAKAT MEKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1562845483809924

SIRI KE 5: PENGENALAN BEBERAPA ORIENTALIS DI SEKITAR SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1563688290392310

SIRI KE 6: HABIB ABDURRAHMAN AZ-ZAHIR – PENASIHAT SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1564621770298962

SIRI KE 7: PEMIKIRAN DAN IDEA SNOUCK KEPADA KERAJAAN KOLONIAL BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1565743330186806

SIRI KE 8: STRATEGI PECAH DAN PERINTAH (DEVIDE ET IMPERA) SNOUCK HURGRONJE.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1566524616775344

SIRI KE 9: PERANAN BAHASA DAN UNIVERSITI LEIDEN SEBAGAI TEMPAT BERMULANYA ORIENTALISM DI BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1567293980031741

SIRI KE 10: MISI SNOUCK HURGRONJE DI BETAWI SERTA KERJASAMA DARI RAKAN BELANDA DAN PEMIMPIN TEMPATAN
https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1569055403188932

SIRI KE 11: SNOUCK HURGRONJE DI ACEH DAN PEMERHATIANNYA DALAM HAL-EHWAL MASYARAKATNYA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1570052026422603

SIRI 13: AJARAN MISTIK DAN TAHYUL YANG MEROSAKKAN MASYARAKAT ISLAM ACEH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1571730762921396

SIRI KE 14: ‘MUHAMMADANISME’ – PENDAPAT SNOUCK HURGRONJE YANG BERJAYA MEROSAKKAN AQIDAH UMAT ISLAM

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1572834986144307

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: