News!!

Snouck & Sekutu Berjaya Meletakkan Islam Sekadar Nama di IC

A picture taken on June 29, 2017, shows the destroyed Al-Nuri Mosque in the Old City of Mosul, during the ongoing offensive to retake the area from Islamic State (IS) group fighters. / AFP PHOTO / AHMAD AL-RUBAYE (Photo credit should read AHMAD AL-RUBAYE/AFP/Getty Images)

PROPAGANDA PEMESONGAN AQIDAH UMAT ISLAM NUSANTARA – SIRI KE-8: PERKEMBANGAN IDEA DAN STRATEGI PECAH DAN PERINTAH (DEVIDE ET IMPERA) SNOUCK HURGRONJE.
.

Kebencian terhadap Islam semakin meningkat, ketika musuh-musuh Islam mengeksploitasi isu keganasan (terrorisme) untuk menghilangkan simbol-simbol Islam yang dianggap berpotensi mewujudkan keganasan. Perang terhadap pengganas telah berubah menjadi perang melawan Islam. PERISIK telah tersebar masuk ke dalam wilayah Islam, penyebaran propaganda diatur, umat dipecah-belah, jihad dikaburkan dan gerakan Islam dicantas sekerasnya.

Secara sistematik, mereka mula-mula menjejaki pesantren (madrasah) yang disyakki sebagai sarang pengganas. Segala bentuk sunnah dinampakkan sebagai satu ancaman, janggut, jubah, tudung, baju, dilabel sebagai wahabi yang menjadi ideologi kepada gerakan pengganas. Bukan itu sahaja, semua ajaran jihad dalam Islam disyaki sebagai satu fahaman yang menanam benih radikalisme.

Untuk menghapuskan radikalisme, mereka mencari cara untuk melemahkan Islam melalui pelbagai cara. Pesantren diberikan pembiayaan oleh negara-negara Barat, seperti Amerika, British, Australia dengan tujuan mengubah bentuk pendidikan dan kurikulum pesantren. Atas nama kerjasama budaya dan ilmu, mereka menawarkan program biasiswa untuk pelajar, kiyai dan pensyarah universiti Islam untuk membuat kajian Islam di pusat kajian orientalisme di Eropah dan Amerika. Termasuk, memberikan buku propaganda di bawah nama tamadun dengan tujuan menyebarkan virus pemikiran liberal pada pembagunan pesantren dan institusi pendidikan Islam.

Penyebaran Islamphobia dirasakan oleh umat Islam, bukan hanya dari luar tetapi dari dalam tubuh umat Islam sendiri. Mereka tidak mahu melihat Islam berkembang di Nusantara khususnya dan dunia umum. Tesis Samuel Huntington tentang Clash of Civilization antara Barat (Kristian) dan Timur (Islam dan China), kini terbukti benar. Sasaran semua itu adalah untuk MENGHAPUSKAN Islam secara menyeluruh melalui politik, ekonomi, budaya dan sebagainya.
.

MENYEBAR JARINGAN PERISIK (SPIONASE)

Musuh Islam sentiasa mencari ruang bagaimana untuk membunuh umat Islam tanpa melibatkan peperangan. Hari ini sudah berjaya melaksanakan strategi pembunuhan umat Islam melalui pelbagai cara, makanan, hiburan, sukan, sains, teknologi maklumat, media sosial, sistem perbankan, pendidikan dan banyak lagi adalah antara kaedah HALUS mereka masuk ke dalam rumah kita dan MEMBUNUH KITA DENGAN SENYAP.

Image may contain: 1 person, text

Untuk merealisasikan strategi pemusnahan Islam, mereka telah menghantar perisik (spionase) yang menjadi rakan sekutu Barat ke semua negara Muslim, termasuk dari Nusantara. Sekiranya pada masa itu, Belanda telah menjadikan Snouck Hurgronje sebagai pengintip mereka, British pula merekrut Thomas Edward Lawrence atau dikenali sejarah sebagai Lawrence of Arabia.

Image may contain: 3 people, text

Israel pula mempunyai Johann Wolfgang Lotz antara nama yang sangat signifikan dalam menjadi arkitek kepada agenda pemusnahan agama Islam. Agensi-agensi perisik kerajaan yang rasmi, seperti CIA (AS), Mossad (Israel), M16 (UK), NAZI dan agen-agen persendirian yang lain mempunyai kepentingan untuk menghancurkan Islam. Malah mubaligh Kristian turut dijadikan sebagai aset untuk masuk ke dalam negara-negara Islam sebagai pengintip.

Sebagai contoh, Lawrence Arabia telah diutus untuk menaja provokasi di kalangan masayarakat, bangsa dan kabilah lalu melancarkan pemberontakan terhadap Monarki Turki, dan kemudian Revolusi Arab pun tercetus. Semua ini sudah termasuk di dalam ‘masterplan’ besar mereka untuk menguasai dunia Islam.

Sementara itu di Nusantara, Snouck Hurgronje menjadi ‘mata-mata’ pihak Belanda yang berperanan mengkaji Islam, mengumpulkan maklumat secara teori dan mengujinya secara praktis melalui penyebaran fitnah, dakyah dan propaganda dalam masyarakat Islam. Dengan menggunakan pengetahuannya mengenai Islam dan sejarahnya, Snouck melaksanakan tugasnya untuk mencari kelemahan umat Islam dari dalam. Di sebalik “penyelidikan saintifik” dia melakukan aktiviti mengintip, demi kepentingan kolonial dan mengatur bagaimana untuk mengekalkan posisi kuasa penjajah.

Image may contain: 4 people, people standing and text

Politik ‘Devide et impera’, atau pecah dan perintah yang dilancarkan oleh Snouck Hurgronje menjadi inspirasi dan sentiasa dikemaskini oleh musuh-musuh Islam dalam era globalisasi sekarang. Jelas sekali, semua aktiviti pengintipan dan perisik Barat kini sudah berjaya ditanam dalam setiap organisasi pergerakan Islam, dengan menyebarkan virus sekular-liberalisme ke dalam pemikiran para intelektual Muslim, menyebar kebencian dalam bentuk stigma dan dogma yang salah, termasuk menunggang mujahid yang ingin jihad dengan cara yang salah.
.

KESIMPULAN

Kita jangan terkejut bila hari ini kita mempunyai ramai ILMUAN, AGAMAWAN dan ULAMAK tetapi semua mereka tidak MAMPU BERSATU. Sebaliknya saling berpecah belah, bermusuhan dan hanya mementingkan aspek ritual semata-mata. Tidak mampu untuk mengolah syariat sebagai satu method untuk menyeru umat Islam kembali MEMAHAMI HAKIKAT DAN TUJUAN HIDUP BERAGAMA.

Nak dibandingkan bagaimana ‘bersatunya’ musuh Islam, jauh beza dengan peranan umat Islam dan masyarakat kita pada hari ini. Kita sudah berjaya dipecah belahkan sehingga Islam hanya layak untuk dibincangkan oleh para agamawan. Islam menjadi milik esklusif golongan tertentu.

Image may contain: 1 person, smiling, sitting and text

Islam kini hanya membicarakan tentang solat, puasa, zakat dan haji. Tidak lebih dari itu. Al-quran tidak boleh ditafsir, difahami dan dilarang untuk umat Islam membaca terjemahannya. Hanya dijadikan bacaan semata-mata untuk mengejar pahala akhirat. Umat Islam benar-benar telah berjaya DIKUNCI MATI SEHINGGA TIDAK LAGI TAHU BAGAIMANA UNTUK MENGGUNAKAN AKAL, PETUNJUK DAN WAHYU. AL-QURAN HANYA TINGGAL TULISAN.

Agama dilihat sebagai satu cara hidup yang penuh toleransi, idealogi liberaslime dan hedonisme berjaya masuk ke dalam agama Islam kerana PENDIDIKAN ISLAM YANG BERMULA DI SEKOLAH SUDAH DILUMPUHKAN. GAGAL MELAHIRKAN UMAT ISLAM YANG SEJATI. Yang lahir daripada aliran pesentran, sekolah, pondok, maktab, universiti dan pusat tahfiz hanyalah umat yang mengejar AKADEMIK, SIJIL, IJAZAH dan HAFAZAN AL-QURAN semata-mata.

Tetapi dari segi HAKIKAT, semuanya telah hancur. AKHLAK umat Islam sudah serupa seperti perangai Yahudi dan Nasrani. Apa mereka makan, pakai, cara hidup, budaya dan sebagainya semuanya sudah serupa seperti mereka. Itulah kejayaan Snouck dan sekutunya pada hari ini, bila mereka tidak perlu membunuh kita melalui pertumpahan darah. Cukuplah umat Islam yang membunuh jiwa anak bangsa dan keturunan mereka sendiri melalui KEJAHILAN mereka atas AGAMA MEREKA SENDIRI.

Islam hari ini hanya tinggal nama di atas sekeping kad pengenalan diri! Mereka benar-benar sudah berjaya memesongkan aqidah kita tanpa kita sedari.

Semoga bermanfaat,

Sumber:

Jabatan Siasah Sejarah,
AKADEMI INSAN PRIHATIN
.

********** DIREKTORI **********

Bagi anda yang baru bersama siri penggalian sejarah ini, WAJIB BACA hasil penggalian kami sebelum ini yang akan menjelaskan misi mengapa perkongsian sejarah ini ditulis melalui pautan berikut;

KENAPA HASIL KAJIAN SEJARAH INI PERLU DITULIS SEMULA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1558905024203970

PROPAGANDA PEMESONGAN AQIDAH UMAT ISLAM NUSANTARA – SIRI 1: SIAPAKAH DALANGNYA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1559867924107680

PROPAGANDA PEMESONGAN AQIDAH UMAT ISLAM NUSANTARA – SIRI 2: STRATEGI SNOUCK HURGERONJE MEMASUKI MEKKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1560747314019741

PROPAGANDA PEMESONGAN AQIDAH UMAT ISLAM NUSANTARA – SIRI 3: STRATEGI SNOUCK YANG MEMANFAATKAN FOTOGRAFI

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1561678307259975

PROPAGANDA PEMESONGAN AQIDAH UMAT ISLAM NUSANTARA – SIRI 4 : PEMERHATIAN SNOUCK TENTANG ORANG ISLAM DAN MASYARAKAT MEKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1562845483809924

PROPAGANDA PEMESONGAN AQIDAH UMAT ISLAM NUSANTARA – SIRI KE-5: PENGENALAN BEBERAPA ORIENTALIS DI SEKITAR SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1563688290392310

PROPAGANDA PEMESONGAN AQIDAH UMAT ISLAM NUSANTARA – SIRI KE- 6: HABIB ABDURRAHMAN AZ-ZAHIR – TOKOH PERANG PENASIHAT SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1564621770298962

PROPAGANDA PEMESONGAN AQIDAH UMAT ISLAM NUSANTARA – SIRI KE-7: PEMIKIRAN DAN IDEA SNOUCK KEPADA KERAJAAN KOLONIAL BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1565743330186806

Terima kasih.

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: