News!!

Snouck Melihat Islam Di Aceh Sudah Hilang Cahayanya.

Snouck Hurgronje melihat masyarakat Islam Aceh bukanlah satu ancaman besar buat Belanda sebenarnya. Aplikasi Islam di sana hanyalah berkaitan dengan hukum adat dan langsung tiada pengembangan sehingga boleh menjadikan rakyat Aceh hebat. Kesan dari ketidak sefahaman dari golongan Ulama dan Penghulu serta pemerintah  telah menjadikan Aceh semakin longgar dan mudah bagi Belanda merelaikan ikatan penyatuan mereka. Pastinya pembaca boleh menilai sendiri kondisi ini dengan apa yang berlaku sekarang samada situasinya sama atau sebaliknya. Selamat membaca.

PROPAGANDA PEMESONGAN AQIDAH UMAT ISLAM NUSANTARA – SIRI 12: KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM MASYARAKAT ACEH DI MATA SNOUCK

Snouck Hurgronje melihat aspek pendidikan di kalangan orang Islam di Aceh adalah ketinggalan dan menghalang kemajuan. Pendidikan Islam yang menjadi asas pendidikan orang Aceh sangat terhad kepada perkara-perkara asas ibadah tetapi tidak membantu dalam perkembangan ilmu-ilmu lain.

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini (lihat SIRI 11), polisi dan fokus utama pentadbiran Istana hanyalah pada kekuasaan dan perdagangan. Sementara urusan pendidikan banyak diserahkan kepada golongan agama tanpa pemantauan, penyatuan sistem atau sebarang perlaksanaan pembaharuan.

PENDIDIKAN AWAL DALAM MASYARAKAT

Pendidikan awal tertumpu di sekolah-sekolah pondok dan pesantren. Anak-anak akan diajar oleh guru-guru tempatan yang digelar ‘tengku’ untuk mengajar asas Islam, ibadah dan Al-Quran. Al-Quran lebih banyak ditekankan kepada pembacaan yang baik mengikut tajwid, makhraj dan lagunya.

Image may contain: 2 people, people sitting and text

Kefahaman tentang kandungan Al-Quran tidak ditekankan. Hafalan Al-Quran hanyalah tertumpu kepada ayat-ayat yang perlu dibaca dalam doa, zikir dan solat. Pendidikan agama hanya dilihat dari sudut ritual semata-mata.

Pelajar yang baik akan mampu membaca Al-Quran dengan kaedah yang betul dan melaksanakan ibadah asas seperti solat dan puasa tetapi pendidikan awal hanya terhad setakat itu. Kefahaman agama hanya pada permukaan dan tidak mendasar.

Anak-anak yang tidak menyambung pelajaran mereka tidak akan mampu membaca buku-buku dalam bahasa Melayu apatah lagi Arab. Selepas mahir membaca al-Quran, pelajar kemudiannya didedahkan dengan ibadah asas seperti solat dan puasa.

Pelajar diajarkan juga dengan cerita-cerita Islam berbentuk puisi. Hanya sebahagian pelajar yang mempunyai kemahuan untuk membaca lebih banyak akan mula belajar membaca buku-buku Melayu. Buku berbahasa Melayu menjadi rujukan utama orang-orang Aceh terutamanya buku-buku terjemahan dari Kitab Arab.

Penulisan juga bukan suatu bidang yang diwajibkan. Seseorang yang pandai menulis akan menjadi tumpuan orang untuk membantu menulis surat atau dokumen-dokumen dan ini dilihat membebankan. Penulisan banyak dilakukan oleh golongan guru dan ulama tetapi kurang sekali dari orang kebiasaan.

Pembelajaran bidang-bidang lain dalam agama seperti ilmu tauhid, hadis, fiqah, tatabahasa melayu dan arab diajarkan di pesantren yang lebih besar melalui guru yang lebih berpengalaman.

Guru ini digelar ‘Malem’ (dari perkataan asal Muallim) atau Ulamak. Ulamak merupakan gelaran tertinggi yang memberikan kuasa kepada seorang itu untuk menetapkan hukum agama.

PERANAN GOLONGAN AGAMA DALAM MASYARAKAT

Golongan agama dilihat tidak sehaluan dengan penghulu dalam urusan masyarakat. Golongan agamawan dari kalangan kiyai, tengku, malem atau ulama dilihat sebagai orang yang banyak bersuara, mengganggu urusan pentadbiran, sombong dan menyusahkan. Sementara golongan penghulu dilihat sebagai jahil agama, korup, mementingkan keduniaan dan sesat.

Golongan agama masih dilihat tinggi kedudukannya dalam masyarakat kerana menjadi pengurus dalam hal-ehwal masyarakat seperti imam masjid, tok kadi dan penasihat hukum agama.

Golongan agama ini menjadi tempat untuk meminta doa terutamanya ketika ditimpa musibah dan dianggap mempunyai keramat serta kelebihan. Orang-orang kaya akan berbangga menjadikan mereka sebagai menantu.

Tidak seperti golongan penghulu dan pembesar yang dibayar gaji oleh pihak Istana, golongan agama diberikan hadiah atau sedekah dari orang ramai atas usaha-usaha mereka.

Image may contain: text and outdoor

Kehadiran mereka dalam majlis-majlis perayaan dan perkahwinan sangat diperlukan untuk mendapat keberkatan dari kemuliaan dan doa mereka. Begitulah sehingga ke hari ini, agamawan mahupun kalangan anak tahfiz hanya berfungsi untuk urusan selawat dan doa.

Doa orang-orang agama ini dianggap sangat makbul untuk mengelakkan mudarat malah boleh juga mendatangkan mala petaka. Pemikiran ini sudah melekat di dalam fahaman dan pendidikan dahulu kala menjadikan golongan agamawan ini satu elit sehingga Islam menjadi eksklusif hanya untuk mereka.

Selain berjumpa tabib untuk perubatan, orang sakit dibawa berjumpa tengku atau malem ini untuk dibacakan doa supaya sembuh dari penyakit. Orang yang berilmu ini dianggap nafasnya saja sudah mengandungi kekuatan untuk menyembuh penyakit. Hebat betulkan tahyul yang tumbuh di dalam pemikiran kita?

KESIMPULAN

Ilmu Al-Quran perlu menjadi asas dalam pendidikan terutamanya dalam pembentukan akhlak, akidah, disiplin dan prinsip sebelum perkara lebih besar seperti pengurusan, pekerjaan, kehakiman dan pemerintahan.

Image may contain: text

Islam bukanlah terhad kepada sebahagian urusan atau yang fardhu ain sahaja. Islam bukan juga untuk jampi dan serapah. Tapi itulah yang menjadi modal Snouck, jumudkan Islam sehingga menjadi ‘agama adat’.

Golongan-golongan agama perlu lebih kehadapan dalam membentuk ideologi masyarakat, merintis penyatuan dan melaksanakan sistem kehidupan yang boleh dicontohi. Bukan hanya menggunakan ilmu agama dan al-quran untuk kepentingan peribadi dan mengaut keuntungan duniawi semata-mata.

Image may contain: sky, text and outdoor

Peranan dan fungsi Istana Aceh juga menampakkan pentadbiran yang lemah dalam hal-ehwal pendidikan Islam dan perkembangan ilmu di Aceh. Pemerintahnya tidak memainkan peranan dalam perlaksanaan Islam secara menyeluruh. Inilah antara punca dan sebab kenapa Islam dilihat sebagai sistem yang sudah ‘lemah’ dan mula hilang ‘cahayanya’.

Bagaimana polisi negara kini yang berasaskan barat dan sekular mampu untuk menegakkan Islam sebagai cara hidup?

Snouck melihat agama Islam secara amalan tidak membahayakan dan menganggu penjajahan belanda. Yang berbahaya ialah Idea-idea politik dan radikal Islam seperti panggilan jihad dan kesatuan Islam (pan-Islamism) yang perlu dibendung dalam masyarakat. Hingga kini, kita tidak mampu bersatu kerana Islam dan politik dilihat tidak ‘seagama’!

Siri akan datang akan membincangkan lagi budaya dan adat masyarakat yang bertentangan dengan agama Islam tetapi masih menjadi amalan.

Semoga bermanfaat.

Sumber:

Jabatan Siyasah Sejarah
AKADEMI INSAN PRIHATIN

.

********** DIREKTORI **********

Bagi anda yang baru bersama siri penggalian sejarah ini, WAJIB BACA hasil penggalian sebelum ini yang menjelaskan misi mengapa perkongsian sejarah ini ditulis melalui pautan berikut;

PENGENALAN : KENAPA HASIL KAJIAN SEJARAH INI PERLU DITULIS SEMULA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1558905024203970

SIRI 1: SIAPAKAH DALANGNYA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1559867924107680

SIRI 2: STRATEGI SNOUCK HURGERONJE MEMASUKI MEKKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1560747314019741

SIRI 3: STRATEGI SNOUCK YANG MEMANFAATKAN FOTOGRAFI

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1561678307259975

SIRI 4 : PEMERHATIAN SNOUCK TENTANG ORANG ISLAM DAN MASYARAKAT MEKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1562845483809924

SIRI KE 5: PENGENALAN BEBERAPA ORIENTALIS DI SEKITAR SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1563688290392310

SIRI KE 6: HABIB ABDURRAHMAN AZ-ZAHIR – PENASIHAT SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1564621770298962

SIRI KE 7: PEMIKIRAN DAN IDEA SNOUCK KEPADA KERAJAAN KOLONIAL BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1565743330186806

SIRI KE 8: STRATEGI PECAH DAN PERINTAH (DEVIDE ET IMPERA) SNOUCK HURGRONJE.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1566524616775344

SIRI KE 9: PERANAN BAHASA DAN UNIVERSITI LEIDEN SEBAGAI TEMPAT BERMULANYA ORIENTALISM DI BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1567293980031741

SIRI KE 10: MISI SNOUCK HURGRONJE DI BETAWI SERTA KERJASAMA DARI RAKAN BELANDA DAN PEMIMPIN TEMPATAN
https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1569055403188932

SIRI KE 11: SNOUCK HURGRONJE DI ACEH DAN PEMERHATIANNYA DALAM HAL-EHWAL MASYARAKATNYA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1570052026422603

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: