News!!

Snouck Melabelkan Islam Sebagai Agama Celupan Yahudi & Kristian.

Di dalam artikel ini menampakkan bagaimana usaha Snouck Hurgronje berjaya mencipta dakyah mengenai Islam apabila beliau telah menggelarkan Islam adalah agama ciptaan Nabi Muhammad SAW dan melabelkannya sebagai agama celupan Yahudi dan Kristian. Dalam kondisi hari ini, kita lebih jelas akan kemuliaan Agama Islam namun kesannya pada pandangan Barat sehingga ke hari ini, Islam membawa jenama “Terrorist”. Sama-sama kita hayati artikel ini agama Islam terus bersemadi di dalam diri kita sehingga ke akhir hayat.

PROPAGANDA PEMESONGAN AQIDAH UMAT ISLAM NUSANTARA – SIRI KE 14: ‘MUHAMMADANISME’ – PENDAPAT SNOUCK HURGRONJE YANG BERJAYA MEROSAKKAN AQIDAH UMAT ISLAM
.

Selepas Snouck Hurgronje pulang daripada ekspedisinya ke Jeddah dan Mekah, dia seterusnya menuju ke Nusantara untuk menyambung misi dan peranannya sebagai penasihat agama di bawah pemerintahan kolonial Belanda di Indonesia.

Dia telah menuliskan pendapatnya mengenai Islam dan Nabi Muhammad mengikut versinya sendiri dalam bukunya ‘Mohammedanism’ (1914-1915). Snouck telah membawa ilmuwan-ilmuwan barat dan para orientalis ke arah satu idea iaitu ‘ISLAM ADALAH AGAMA REKAAN’.

MUHAMMAD DAN PENGARUHNYA

Image may contain: 1 person, text

Snouck Hurgronje telah menamakan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad sebagai ‘Mohammadenism’ atau ‘Muhammadanisme’ dan pengikutnya digelar sebagai ‘Muhammadan’. Dia melihat bagaimana Muhammad memberi kesan yang sangat besar kepada orang Islam kerana nama ‘Muhammad’ sendiri dipilih menjadi nama jutaan orang Islam.

Sebagai seorang orientalis yang kurang percaya kepada tuhan, Snouck melihat Muhammad sebagai seorang yang bijak mengambil peluang dan bijak menyusun ajarannya sebagai ikutan sepanjang zaman. Dia menganggap Muhammad telah mencedok sejarah-sejarah dan ajaran dalam kitab Kristian dan Yahudi sebelum di susun dalam bahasa Arab dan digelar sebagai agama samawi yang baru.

Image may contain: text

Melalui susur galur Islam yang mengakui Nabi Ibrahim sebagai asal ajaran itu, Snouck menganggap Muhammad sengaja mengada-adakan kaitan itu supaya Islam diletakkan setaraf dengan agama Yahudi dan Kristian. Pengesahan dari pendeta Kristian iaitu bapa saudara kepada Siti Khadijah, Waraqah bin Naufal, dikatakan sebagai manipulasi maklumat dari injil yang digunakan oleh Muhammad untuk meletakkannya sebagai Rasul dan utusan Allah yang terakhir.
.

KESAN PEMIKIRAN ‘MUHAMMADANISME’

Snouck Hurgronje telah menghidupkan satu gelombang baru dalam dunia orientalism dan kolonialism bahawa Islam hanyalah agama rekaan yang dicipta Muhammad. Islam bukanlah agama yang turun dari tuhan dan ia terdedah kepada banyak kelemahan yang boleh dikalahkan.

Idea Snouck yang mudah ini tanpa hujah yang kuat secara tidak langsung telah menghilangkan ketakutan dan rasa hormat kepada Islam terutama mereka yang berpegang kepada agama Kristian dan Yahudi. Pengkajian-pengkajian Islam pula dikaitkan dengan pengaruh budaya-budaya Jahiliyyah yang menjadi amalan orang Arab. Di nusantara pula dikatakan Islam tidak memberi kesan yang kuat melainkan dipengaruhi oleh budaya Hindu dan Buddha.

Image may contain: one or more people, crowd, text and outdoor

Istilah ‘Muhammadanisme’ dan ‘Muhammadan’ digunakan secara meluas oleh golongan orientalis dari Belanda, Inggeris malah seluruh eropah dalam penulisan dan kajian mereka menggantikan perkataan Islam itu sendiri. Penulis-penulis Inggeris di Tanah Melayu seperti R. O. Winstedt, William O Sullivan dan Stamford Raffles turut menggunakan istilah-istilah ini. Nama ‘Islam’ dan ‘Muslim’ masih digunakan dalam penyebaran risalah dakwah mereka kepada orang Melayu.
.

KESALAHAN SNOUCK DAN PEMBETULAN FAKTA ISLAM

Snouck menganggap bahawa agama Islam hanyalah hasil dari celupan agama Yahudi dan Kristian. Dia hanya mengaitkan Muhammad dengan apa yang dibawanya hanyalah sebagai satu susunan pemikiran yang boleh disusun secara logik berdasarkan peluang yang ada ketika itu. Muhammad dikatakan mengambil kesempatan atas kejahilan orang Mekah saat itu.

Sejak dari awal sejarah Islam, agama Yahudi dan Kristian bukanlah agama yang diturunkan oleh Allah dan bukan dari agama samawi. Walaupun Snouck menyatakan bahawa Muhammad turut mengambil Ibrahim sebagai bapa agama Islam seperti Yahudi dan Kristian, tetapi Al-Quran telah menafikan kenyataan ini. Dalam surah Ali Imran ayat ke 67, Allah berfirman yang maksudnya:

“Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus, seorang MUSLIM dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik” (Al-Quran 3:67).

Dalam surah Al-Baqarah ayat 132, Allah telah jelas menerangkan:

“Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’qub telah berkata ‘Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam ‘Islam’.” (Al-Quran – 2:132)

Jadi jelas, Nabi Muhammad bukanlah meniru-niru agama Kristian atau Yahudi lalu mengatakan Islam adalah agama samawi seperti agama-agama itu. Misi baginda tidak lain adalah untuk menafikan agama lain selain Islam dan menegakkan satu-satunya ad-Din yang diredhai Allah.

Telah disebutkan dalam Surah Ali Imran ayat ke-19 yang maksudnya:

“Sesungguhnya ad-Din disisi Allah hanyalah Islam. Tidak berselisih orang-orang yang telah diberi al-kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka kerana kedengkian di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.” (Al-Quran – 3:19)

Pembacaan lanjut mengenai kekeliruan dalam agama Samawi ini boleh dirujuk dalam artikel oleh Warga Prihatin berikut:

“KITA TERTIPU: YAHUDI DAN NASRANI BUKANLAH AGAMA SAMAWI, TETAPI ISLAM YANG TELAH DISELEWENGKAN!”

https://www.facebook.com/wargaprihatin/posts/10156642637672786

KESIMPULAN

Snouck Hurgronje telah membentuk satu pemikiran dalam dirinya dan mengunci kefahamannya tentang Islam dan Muhammad. Dia bukan sahaja menulis sesuatu yang baru malah disebarkan menjadi satu idea ke dalam pemikian orang eropah ketika itu.

Image may contain: text

Orang Islam sendiri telah terperangkap dengan kefahaman bahawa agama Yahudi dan Kristian itu adalah agama dari Allah sedangkan Allah berkali-kali menerangkan dalam Al-Quran bahawa agama disisinya ialah Islam. Nabi-nabi terdahulu dari Adam sehinggalah Muhammad membawa misi yang sama iaitu untuk menegakkan agama Islam.

Ajaran Nabi Muhammad tidak pernah terputus dan menyalahi ajaran yang disampaikan oleh para Rasul sebelumnya. Ini menunjukkan ajaran Nabi Muhammad sememangnya lurus mengikut kehendak Allah dan bukan rekaan semata-mata.

Fakta-fakta logik juga boleh diketengahkan untuk membidas hujah Snouck. Bagaimana Nabi Muhammad boleh mengarang Al-Quran yang penuh hikmah dan sarat dengan ilmu dalam pelbagai bidang, sedangkan dalam pada masa yang sama Nabi sendiri terpaksa berdakwah, berjuang dan berperang?

Nabi Muhammad hanyalah penerima berita, penyampai dan pelaksana perintah. Baginda sendiri tidak sempat untuk menelaah Injil dan Taurat lalu menulis Al-Quran! Mari sama-sama kita fikirkan.
.

Semoga bermanfaat.

Sumber:

Jabatan Siyasah Sejarah
AKADEMI INSAN PRIHATIN

********** DIREKTORI **********
.

Bagi anda yang baru bersama siri penggalian sejarah ini, WAJIB BACA hasil penggalian sebelum ini yang menjelaskan misi mengapa perkongsian sejarah ini ditulis melalui pautan berikut;

PENGENALAN : KENAPA HASIL KAJIAN SEJARAH INI PERLU DITULIS SEMULA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1558905024203970

SIRI 1: SIAPAKAH DALANGNYA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1559867924107680

SIRI 2: STRATEGI SNOUCK HURGERONJE MEMASUKI MEKKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1560747314019741

SIRI 3: STRATEGI SNOUCK YANG MEMANFAATKAN FOTOGRAFI

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1561678307259975

SIRI 4 : PEMERHATIAN SNOUCK TENTANG ORANG ISLAM DAN MASYARAKAT MEKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1562845483809924

SIRI KE 5: PENGENALAN BEBERAPA ORIENTALIS DI SEKITAR SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1563688290392310

SIRI KE 6: HABIB ABDURRAHMAN AZ-ZAHIR – PENASIHAT SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1564621770298962

SIRI KE 7: PEMIKIRAN DAN IDEA SNOUCK KEPADA KERAJAAN KOLONIAL BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1565743330186806

SIRI KE 8: STRATEGI PECAH DAN PERINTAH (DEVIDE ET IMPERA) SNOUCK HURGRONJE.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1566524616775344

SIRI KE 9: PERANAN BAHASA DAN UNIVERSITI LEIDEN SEBAGAI TEMPAT BERMULANYA ORIENTALISM DI BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1567293980031741

SIRI KE 10: MISI SNOUCK HURGRONJE DI BETAWI SERTA KERJASAMA DARI RAKAN BELANDA DAN PEMIMPIN TEMPATAN
https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1569055403188932

SIRI KE 11: SNOUCK HURGRONJE DI ACEH DAN PEMERHATIANNYA DALAM HAL-EHWAL MASYARAKATNYA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1570052026422603

SIRI 13: AJARAN MISTIK DAN TAHYUL YANG MEROSAKKAN MASYARAKAT ISLAM ACEH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1571730762921396

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: