News!!

Snouck Hurgronje Berjaya Meletakkan Hukum Adat Lebih Tinggi Dari Islam

Berkesinambungan dari perkongsian terdahulu, Snouck berjaya merubah sedikit demi sedikit corak kehidupan umat Islam Indonesia tanpa mereka sedari. Bacalah artikel ini untuk memahami sendiri apakah strategi yang digunakan oleh beliau sehingga kehidupan masyarakat Islam semakin jauh dari Al-Quran.

SIRI 20: NASIHAT-NASIHAT SNOUCK HURGRONJE DALAM HAL-EHWAL AGAMA (BAHAGIAN II) – PENGGANTIAN SISTEM WARISAN ISLAM DENGAN WARISAN ADAT DAN PENCELAAN TERHADAP POLIGAMI

Snouck Hurgronje berusaha untuk menghapuskan sistem Islam dalam masyarakat Indonesia sedikit demi sedikit.

Selain menyusahkan urusan-urusan yang berkaitan Islam seperti yang dijelaskan dalam Siri 19, dia juga turut menggantikan sistem Islam sama ada dengan sistem adat atau sistem kolonial/eropah.

Dengan penggantian atau penghapusan sistem Islam, maka masyarakat Islam semakin tidak mengenali undang-undang islam dan hanya mengetahui Islam sekadar ibadah ritual semata-mata seperti agama-agama lain. Selain itu, agama Kristian dinampakkan lebih maju dan lengkap dari Islam.

PENGHAPUSAN SISTEM PEWARISAN ISLAM

Masyarakat Indonesia seperti masyarakat Minangkabau ketika itu telah mempunyai hukum Adat yang berjalan seiring dengan hukum Islam, khususnya dalam pengaturan sistem perwarisan harta. Namun begitu, hukum Islam sentiasa didahulukan berbanding hukum Adat.

Snouck mengambil peluang ini untuk menggunakan hukum Adat sebagai hukum utama dalam sistem perwarisan bagi masyarakat Minangkabau. Hukum Adat dinampakkan sudah memadai kerana ia telah dibentuk oleh masyarakat Islam, maka ia dikatakan setaraf dengan hukum Islam.

Hukum Adat malah dikatakan lebih dekat dan sesuai dijalankan oleh masyarakat Islam berbanding hukum Islam. Kedua-duanya juga dikatakan TIDAK boleh berjalan seiring. Hanya satu hukum harus dilaksanakan dalam sesuatu masa dan hukum Adat patut ditegakkan.

PEMISAHAN PENGADILAN UMUM DAN PENGADILAN AGAMA.

Hal-ehwal kehakiman dan pengadilan dibahagikan kepada dua untuk memisahkan urusan agama dan hal-ehwal lainnya. Pengadilan Agama (PA) diwujudkan untuk menguruskan beberapa hal agama seperti nikah kahwin, urusan haji, pengurusan Masjid, urusan zakat dan hal-hal ritual Islam yang terhad.

Pengadilan Umum (PU) pula diwujudkan untuk menguruskan lebih banyak perkara berkaitan sosial, ekonomi dan politik masyarakat yang mengikut undang-undang dan aturan Kolonial. Sistem perwarisan dan hukum adat turut dimasukkan ke dalam PU untuk dilaksanakan dalam masyarakat.

Pengurangan pengaruh hukum-hakam Islam dalam masyarakat menjadikan orang Islam Indonesia bersatu dalam budaya dan sistem hukum penjajah.

Image may contain: 7 people, text

Sistem ini bukan sahaja dilakukan di Indonesia, malah menjadi sampel kepada banyak penjajah-penjajah lain seperti British, Perancis, Itali dan Amerika. Melalui perlaksanaan dua jenis kehakiman, hukum-hakam Islam nampak masih dikekalkan walaupun hakikatnya perundangan Islam telah dirosakkan.

Penentangan orang Islam juga dapat dikurangkan dengan memperlihatkan kerjasama penjajah untuk mengekalkan Islam. Ditambah lagi dengan sokongan dari guru-guru serta ulama’ terhadap kerajaan penjajah yang dianggap mencari perdamaian dengan Islam.

PENCELAAN KEPADA SISTEM PERKAHWINAN POLIGAMI

Image may contain: 3 people, text

Satu perkara yang dibangkitkan oleh Snouck Hurgronje ialah berkenaan perkahwinan Poligami (berkahwin lebih dari seorang) yang dianggap tidak mulia dan bersifat mundur.

Dia telah menekankan perkahwinan Monogami (berkahwin seorang) sebagai sesuatu kemestian dan menampakkannya sebagai budaya negara maju.

Pencelaan Poligami ini merupakan cara halus pencemaran budaya Kristian dan budaya Barat ke dalam masyarakat Islam. Walaupun Islam masih membenarkan Poligami walaupun dengan syarat tertentu, namun Poligami dinampakkan sebagai sesuatu yang buruk dan wajar ditinggalkan.

Image may contain: text

Dalam kenyataan Snouck – “Meskipun tujuan mengkristiankan seluruh penduduk jajahan tidak tercapai, setidak-tidaknya ajaran-ajaran Kristian diamalkan dalam masyarakat Muslim Hindia Belanda (i.e. Indonesia).

Dengan secara tidak formal, Muslim Indonesia ialah sangat Kristian dalam ajaran Islamnya. Sekaligus Muslim menjadi pengikut tertib hukum keluarga yang mirip Kristian”.

PENYEBARAN IDEA MODENISASI DAN BUDAYA EROPAH YANG MAJU

Pendapat Snouck ini tidak terlaksana secara formal dan tidak termaktub dalam undang-undang untuk mengharamkan Poligami. Tetapi matlamat utamanya untuk merosakkan kebudayaan Islam secara tidak formal terus dilakukan.

Idea-idea Eropah dan Kristian yang dianggap maju terus disebarkan ke dalam masyarakat secara separa sedar melalui perpindahan budaya. Perkembangan majalah dan media cetak oleh penjajah sangat membantu penyebaran idea ini.

Snouck turut mengumpulkan orang-orang Indonesia untuk dihantar ke pusat-pusat pendidikan dan latihan barat seperti di Australia dan Belanda. Orang-orang pribumi ini akan pulang semula ke tanah air dengan budaya barat yang telah diserapkan serta akan diambil berkerja untuk penjajah.

Mereka ini dilihat sebagai orang-orang moden dan maju sehingga menjadi ikutan generasi muda. Secara “tidak formal”, pengaruh barat menular ke dalam masyarakat Islam.

KESIMPULAN 

Usaha-usaha dan pendapat Snouck Hurgronje dapat dilihat melalui sistem perundangan dan kebudayaan hari ini, bukan sahaja di Indonesia, malah di banyak negara-negara lain. Idea yang sama dilaksanakan oleh penjajah-penjajah lain seperti British di tanah jajahannya termasuk Malaysia dengan corak yang tersendiri.

Image may contain: 5 people, text

Secara halus mahupun terang-terangan, serangan demi serangan dilakukan oleh pihak penjajah untuk melemahkan sistem dan perlaksanaan Islam. Mereka tidak dapat menghapuskan Islam secara langsung, tetapi cukup dengan meletakkan Islam duduk diam di bawah.

Dengan menyukarkan urusan agama dan memberatkan pendidikan Islam, umat Islam semakin jauh dari mengenal Islam sebenar.

Ilmu Islam dan Al-Quran dijadikan sangat selektif dan ekslusif kepada golongan tertentu sahaja. Majoriti anggota masyarakat yang lainnya disumbat dengan keperluan duniawi yang berpaksikan barat.

Semoga Bermanfaat,

Sumber:

AKADEMI INSAN PRIHATIN
Jabatan Siyasah Syar’iyyah

********** DIREKTORI **********
.

Bagi anda yang baru bersama siri penggalian sejarah ini, WAJIB BACA hasil penggalian sebelum ini yang menjelaskan misi mengapa perkongsian sejarah ini ditulis melalui pautan berikut;

PENGENALAN : KENAPA HASIL KAJIAN SEJARAH INI PERLU DITULIS SEMULA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1558905024203970

SIRI 1: SIAPAKAH DALANGNYA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1559867924107680

SIRI 2: STRATEGI SNOUCK HURGERONJE MEMASUKI MEKKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1560747314019741

SIRI 3: STRATEGI SNOUCK YANG MEMANFAATKAN FOTOGRAFI

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1561678307259975

SIRI 4 : PEMERHATIAN SNOUCK TENTANG ORANG ISLAM DAN MASYARAKAT MEKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1562845483809924

SIRI KE 5: PENGENALAN BEBERAPA ORIENTALIS DI SEKITAR SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1563688290392310

SIRI KE 6: HABIB ABDURRAHMAN AZ-ZAHIR – PENASIHAT SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1564621770298962

SIRI KE 7: PEMIKIRAN DAN IDEA SNOUCK KEPADA KERAJAAN KOLONIAL BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1565743330186806

SIRI KE 8: STRATEGI PECAH DAN PERINTAH (DEVIDE ET IMPERA) SNOUCK HURGRONJE.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1566524616775344

SIRI KE 9: PERANAN BAHASA DAN UNIVERSITI LEIDEN SEBAGAI TEMPAT BERMULANYA ORIENTALISM DI BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1567293980031741

SIRI KE 10: MISI SNOUCK HURGRONJE DI BETAWI SERTA KERJASAMA DARI RAKAN BELANDA DAN PEMIMPIN TEMPATAN

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1569055403188932

SIRI KE 11: SNOUCK HURGRONJE DI ACEH DAN PEMERHATIANNYA DALAM HAL-EHWAL MASYARAKATNYA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1570052026422603

SIRI KE 12: KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM MASYARAKAT ACEH DI MATA SNOUCK

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1571012949659844

SIRI KE 13: AJARAN MISTIK DAN TAHYUL YANG MEROSAKKAN MASYARAKAT ISLAM ACEH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1571730762921396

SIRI KE 14: ‘MUHAMMADANISME’ – PENDAPAT SNOUCK HURGRONJE YANG BERJAYA MEROSAKKAN AQIDAH UMAT ISLAM

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1572834986144307

SIRI KE 15: KENAPA PENJAJAH TAKUT PADA GERAKAN PAN-ISLAMISM DAN APA HUBUNGANNYA DENGAN IBADAH HAJI?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1574077099353429

SIRI KE 16: BAGAIMANA SNOUCK MELIHAT PELAKSANAAN AL-QURAN DALAM MASYARAKAT ISLAM NUSANTARA.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1576291249132014

SIRI KE 17: SAYID USMAN – MUFTI DI BETAWI DAN SENJATA BELANDA MELAWAN GERAKAN JIHAD.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1583931228368016

SIRI 18: PENGLIBATAN SNOUCK HURGRONJE DALAM GERAKAN KETENTERAAN DI ACEH

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1590068861087586

SIRI 19: NASIHAT-NASIHAT SNOUCK HURGRONJE DALAM HAL-EHWAL AGAMA (BAHAGIAN I) – NIKAH KAHWIN DAN PENGAWALAN MASJID

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1615880345173104

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: