News!!

Snouck Hurgronje Berjaya Jenamakan Islam Sebagai Pendokong “Terrorism”.

Tidak dapat dinafikan betapa besarnya peranan Snouck Hurgronje terhadap kejatuhan Kerajaan Islam di Nusantara. Kebijaksanaanya dalam mengatur strategi benar-benar melumpuhkan sistem pendidikan Islam. Bacalah artikel ini untuk mengenal pasti mengapa Islam masih lagi belum mampu bangkit seperti di zaman Rasulullah SAW dahulu.

SIRI 22: SNOUCK HURGRONJE KEMBALI KE LEIDEN DAN PERANANNYA DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Snouck Hurgronje telah menjadi tulang belakang kepada kerajaan kolonial Belanda untuk menjatuhkan kerajaan dan pejuang Islam di Acheh dari tahun 1898 sehingga 1903. Dia menjadi penasihat utama kepada J.B. van Heutsz, Jeneral Tentera Belanda di Acheh.

Acheh telah diistiyharkan tewas oleh Belanda pada tahun 1903 apabila kubu utama pejuang Islam berjaya di kalahkan dengan jumlah kematian sebanyak 2,900 orang tempatan, 1,150 orang terdiri dari wanita dan anak-anak.

Dalam kempen gerila di bawah pimpinan van Heutsz, hanya 26 kematian tentera Belanda dilaporkan. Namun begitu, perjuangan rakyat Acheh terus berlangsung sehingga 1917 menerusi kumpulan-kumpulan kecil yang masih tinggal.

Tidak semua nasihat-nasihat Snouck dapat diterima oleh van Heutsz sehingga berlaku perselisihan faham. Kerana kecewa, Snouck berundur dari kempen ketenteraan di Acheh dan kembali ke Jakarta. Di Jakarta, dia meneruskan kerja-kerja penterjamahan buku-bukunya ke dalam Bahasa Inggeris melalui kerjasama dengan penjajah British di Tanah Melayu yang diwakili oleh William O Sullivan.

SNOUCK HURGRONJE MENJADI PROFESOR ARAB DAN ISLAM

Snouck Hugronje kembali ke Leiden, Belanda pada 29 Mac, 1906 setelah dia mendapat tawaran mengajar di Universiti Leiden. Dia dilantik sebagai Professor dalam pengajian Arab dan Islam di Universiti Leiden di samping kekal sebagai Penasihat Kolonial Belanda di Indonesia.

Snouck telah menggantikan gurunya, Michael Jan De Goeje yang bersara pada tahun tersebut. Dia telah meninggalkan isterinya, Siti Sadijah dan anak-anaknya di Indonesia lalu berkahwin dengan seorang wanita Belanda, Ida Maria Oort pada tahun 1910.

Melalui perkahwinan ini, jelas Snouck Hurgronje hanya berpura-pura memasuki Islam untuk memenuhi agenda peribadi dan kerajaan Belanda.

PENULISAN-PENULISAN SNOUCK HURGRONJE DI LEIDEN

Snouck Hurgronje terus aktif dalam pengkajian dan penulisan tentang Islam. Dia telah mengeluarkan beberapa penulisan berkenaan konflik yang berlaku dalam dunia Islam ketika itu seperti krisis kekhalifahan Uthmaniyyah dan pemberontakan di Tanah Arab.

No automatic alt text available.

Dia telah menulis buku “Heilige Oorlog Made in Germany/ Holy War Made in Germany” pada tahun 1913 yang membincangkan pengisytiharan Jihad oleh Khalifah Uthmaniyyah ketika itu. Soal-soal Jihad, kelemahan umat Islam, pergolakan kuasa Islam, kegagalan Pan-Islamisma dan isu-isu berkaitan kejatuhan Khalifah Turki Uthmaniyyah.

Snouck Hurgonje turut menulis berkenaan pemberontakan di Tanah Arab dalam bukunya “The Revolt in Arabia”. Snouck telah membuat kajian berkaitan kebangkitan penentangan Amir di Mekah terhadap pemerintahan Turki Uthmaniyyah pada 22 Jun 1916, dan mengeluarkan bukunya pada tahun 1917.

SNOUCK HURGRONJE SEBAGAI PENSYARAH DAN PENASIHAT

Snouck Hurgronje turut aktif menerima jemputan-jemputan pusat-pusat pendidikan, pihak ketenteraan dan kerajaan-kerajaan kolonial yang lain seperti Amerika Syarikat, Jerman dan British.

Image may contain: one or more people and text

Pada tahun 1911, Snouck telah memberikan ceramah kepada pelajar-pelajar di Akademi Ketenteraan di The Hague. Dalam ceramahnya, dia menekankan supaya tidak mengganggu urusan ritual orang Islam termasuk urusan Haji, sentiasa memerhatikan idea-idea yang berlegar di kalangan orang islam dan menentang Pan-Islamisme (kesatuan Islam).

Pada tahun 1914, Snouck Hurgronje telah menyampaikan beberapa siri ceramah tentang Islam dan penganutnya di beberapa Universiti di Amerika Syarikat. Dalam ceramahnya, Snouck menampakkan sistem barat yang lebih maju akan menyebabkan orang Islam membentuk agama dan diri mereka sendiri mengikut acuan barat.

Image may contain: 2 people

Snouck Hurgronje turut berkenalan dengan ramai orang-orang penting di serata dunia. Mereka bukan sahaja berkawan, malah mendapatkan khidmat nasihat Snouck dalam urusan agama Islam. Snouck Hurgronje pernah dilawati oleh Putera Saudi dan kumpulannya pada tahun 1935 di Leiden.

Pada tahun 11 May 1923, Snouck turut dijemput untuk menemui Albert Einstein yang diaturkan oleh Profesor Ehrenfest, seorang pensyarah Yahudi yang mengajar Fizik di Leiden dan kawan kepada Einsten.

Nama Snouck Hurgronje terus dikenali di Eropah sehingga ke Amerika Syarikat. Sumbangan dan idea Snouck berkenaan Islam ternyata diiktiraf.

PENUTUP
Snouck Hurgronje terus aktif dalam aktivitnya mendidik dunia Eropah sehingga ke Amerika berkenaan Islam. Dia sentiasa melahirkan sifat superioriti negara-negara barat ke atas Islam dan tugas mereka untuk menerapkan budaya barat dan membawa mereka ke arah kemajuan.

Image may contain: one or more people, wedding and text

Snouck Hurgronje menolak penaklukan mutlak ke atas negara-negara Islam, tetapi menggalakkan asosiasi dan asimilasi secara berperingkat di antara orang Islam dan sistem barat. Mereka mestilah dibentuk melalui sistem pendidikan dan diajak untuk bekerjasama dengan negara barat dan penjajah.

Melalui kaedah ini, kobaran Jihad dan penentangan secara kekerasan dapat dielakkan. Sedangkan orang Islam sendiri terus dilabel dengan agama yang penuh dengan kebencian dan peperangan.

Mengambil pelajaran dari pendapat Snouck juga, orang islam perlu sedar peperangan utama dalam Islam bukanlah melalui senjata dan pembunuhan. Peperangan yang lebih dituntut ialah peperangan pendidikan dan perlaksanaan ilmu Al-Quran itu sendiri secara berhikmah serta bijaksana.

Orang Islam ternyata hilang arah apabila meninggalkan pesanan-pesanan dan peringatan dari Allah di dalam Al-Quran sehingga umat Islam lalai, leka dan mundur sehingga mudah diperbudakkan oleh kuasa lain.

Sikap Umat Islam sendiri yang menjadikan Islam rendah di mata mereka. Sementara orang Islam pula melihat tingginya peradaban orang-orang bukan Islam di barat dan eropah.

Artikel ini diharapkan dapat membuka mata atas kelemahan umat Islam dan membangkitkan orang Islam yang masih tidur.

Semoga bermanfaat.

Sumber

Jabatan Siyasah Sejarah
AKADEMI INSAN PRIHATIN

.
** DIREKTORI **
.

Bagi anda yang baru bersama siri penggalian sejarah ini, WAJIB BACA hasil penggalian sebelum ini yang menjelaskan misi mengapa perkongsian sejarah ini ditulis melalui pautan berikut;

PENGENALAN : KENAPA HASIL KAJIAN SEJARAH INI PERLU DITULIS SEMULA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1558905024203970

SIRI 1: SIAPAKAH DALANGNYA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1559867924107680

SIRI 2: STRATEGI SNOUCK HURGERONJE MEMASUKI MEKKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1560747314019741

SIRI 3: STRATEGI SNOUCK YANG MEMANFAATKAN FOTOGRAFI

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1561678307259975

SIRI 4 : PEMERHATIAN SNOUCK TENTANG ORANG ISLAM DAN MASYARAKAT MEKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1562845483809924

SIRI KE 5: PENGENALAN BEBERAPA ORIENTALIS DI SEKITAR SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1563688290392310

SIRI KE 6: HABIB ABDURRAHMAN AZ-ZAHIR – PENASIHAT SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1564621770298962

SIRI KE 7: PEMIKIRAN DAN IDEA SNOUCK KEPADA KERAJAAN KOLONIAL BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1565743330186806

SIRI KE 8: STRATEGI PECAH DAN PERINTAH (DEVIDE ET IMPERA) SNOUCK HURGRONJE.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1566524616775344

SIRI KE 9: PERANAN BAHASA DAN UNIVERSITI LEIDEN SEBAGAI TEMPAT BERMULANYA ORIENTALISM DI BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1567293980031741

SIRI KE 10: MISI SNOUCK HURGRONJE DI BETAWI SERTA KERJASAMA DARI RAKAN BELANDA DAN PEMIMPIN TEMPATAN

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1569055403188932

SIRI KE 11: SNOUCK HURGRONJE DI ACEH DAN PEMERHATIANNYA DALAM HAL-EHWAL MASYARAKATNYA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1570052026422603

SIRI KE 12: KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM MASYARAKAT ACEH DI MATA SNOUCK

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1571012949659844

SIRI KE 13: AJARAN MISTIK DAN TAHYUL YANG MEROSAKKAN MASYARAKAT ISLAM ACEH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1571730762921396

SIRI KE 14: ‘MUHAMMADANISME’ – PENDAPAT SNOUCK HURGRONJE YANG BERJAYA MEROSAKKAN AQIDAH UMAT ISLAM

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1572834986144307

SIRI KE 15: KENAPA PENJAJAH TAKUT PADA GERAKAN PAN-ISLAMISM DAN APA HUBUNGANNYA DENGAN IBADAH HAJI?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1574077099353429

SIRI KE 16: BAGAIMANA SNOUCK MELIHAT PELAKSANAAN AL-QURAN DALAM MASYARAKAT ISLAM NUSANTARA.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1576291249132014

SIRI KE 17: SAYID USMAN – MUFTI DI BETAWI DAN SENJATA BELANDA MELAWAN GERAKAN JIHAD.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1583931228368016

SIRI 18: PENGLIBATAN SNOUCK HURGRONJE DALAM GERAKAN KETENTERAAN DI ACEH

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1590068861087586

SIRI 19: NASIHAT-NASIHAT SNOUCK HURGRONJE DALAM HAL-EHWAL AGAMA (BAHAGIAN I) – NIKAH KAHWIN DAN PENGAWALAN MASJID

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1615880345173104

SIRI 20: NASIHAT-NASIHAT SNOUCK HURGRONJE DALAM HAL-EHWAL AGAMA (BAHAGIAN II) – PENGGANTIAN SISTEM WARISAN ISLAM DENGAN WARISAN ADAT DAN PENCELAAN TERHADAP POLIGAMI

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1627965183964620

SIRI 21: NASIHAT-NASIHAT SNOUCK HURGRONJE DALAM HAL-EHWAL AGAMA (BAHAGIAN III) – ASOSIASI PENDIDIKAN DAN PENGATURAN GURU ISLAM.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1640248992736239

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: