News!!

Sila Ke Penjara Kerana Buka Tudung Di Khalayak Ramai!

Menutupi aurat adalah satu kewajipan bagi umat Islam. Sepatutnya tidak perlu ada banyak persoalan apabila ianya telah menjadi satu ketetapan di dalam Al-Quran. Kita sepatutnya sudah jelas di mana letaknya rasional pemakaian tudung yang mematuhi syarak. Mungkin kerana jahil dan merasakan memakai tudung itu hanya sekadar budaya, mereka berani bertindak sedemikian. Sekiranya hukum Al-Quran berani ditolak apatah lagi hukum ciptaan manusia?

TEHRAN: Seorang wanita yang membuka tudung di khalayak sebagai bantahan terhadap undang-undang wajib bertudung di Iran dijatuhi hukuman penjara 24 bulan dan 3 bulan tanpa parol, kata badan kehakiman pada Rabu.

Ketua Pendakwa Raya Tehran, Abbas Jafari Dolatabadi, yang mengumumkan hukuman itu, tidak mendedahkan identiti wanita terbabit tetapi berkata wanita itu berhasrat merayu keputusan tersebut, lapor agensi berita badan kehakiman, Mizan Online.

Wanita itu “menggalakkan korupsi moral” di khalayak ramai, katanya mengkritik hukuman ringan itu dan berkata beliau akan mendesak hukuman penuh 2 tahun.

Lebih 30 wanita Iran ditahan sejak akhir Disember lalu kerana membuka tudung di khalayak sebagai membantah undang-undang tersebut.

Undang-undang itu berkuat kuasa sejak Revolusi Islam 1979 yang menetapkan semua wanita sama ada warga Iran atau asing, Islam atau bukan Islam, mesti bertudung penuh di khalayak ramai.

Image result for tehran take off hijab

Tetapi semangat polis moral di negara itu merosot sejak 2 dekad lalu menyebabkan semakin ramai wanita Iran di Tehran dan bandar-bandar besar lain memakai tudung longgar yang mendedahkan rambut.

Di sesetengah kawasan di Tehran, wanita sering dilihat memandu kereta dengan melilitkan tudung di bahu.

Dolatabadi berkata beliau tidak lagi dapat menerima tingkah laku sedemikian dan mengarahkan pihak berkuasa menunda kereta-kereta wanita yang memberontak.

Pendakwa raya berkata pihaknya boleh sedikit bertolak ansur sekiranya wanita memakai tudung longgar, “tetapi kita mesti bertindak tegas terhadap mereka yang sengaja mempersoalkan peraturan bertudung menurut Islam,” kata Mizan Online.

Sumber: FMT

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: