Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, dunia kini melihat Malaysia sebagai sebuah negara peneraju kepada industri halal.

Terbaharu katanya, negara Brazil yang mahu memasarkan daging ke pasaran Asia Barat telah diminta untuk mendapatkan pensijilan halal dari Malaysia.

“Negara Asia Barat membenarkan Brazil untuk memasarkan daging di negara mereka dengan syarat negara itu perlulah mendapatkan pensijilan halal daripada kita.

“Sebab itulah, kita kena kekalkan tahap profesionalisme dan piawaian kita di peringkat antarabangsa,” katanya dalam ucapan pada majlis penyampaian sijil Profesional Eksekutif Halal (PHEP) di sini, hari ini.

Sumber: Bernama