News!!

Siapakah Yang Lebih Layak Jadi Ketua Keluarga,Ibu Atau Bapa?

Membuka lembaran baru 2018, WarnaAsia bakal berkongsi dengan para pembaca dengan pelbagai isu, artikel dan pelbagai maklumat yang menarik dan berguna. Sebagai permulaan, kami hidangkan koleksi artikel dari Dr Hj Masjuki Hj. Mohd Musuri (Pengasas Akademi Insan Prihatin) berkaitan dengan TIPS PARENTING yang bakal menyentuh dari pelbagai sudut institusi kekeluargaan. Sama-sama kita ambil pelajaran dan laksanakan.

PENGARUH LINGKUNGAN DAN PACK LEADER TERHADAP SAHSIAH ANAK-ANAK

Anak dilahirkan sebagai kain putih. Ia akan dicorakkan oleh pengaruh manusia dalam lingkungannya.

Anak membesar dengan pengaruh ‘pack’ mereka. Sekecil kecil pack yang akan mempengaruhi pembentukan akhlak anak-anak ialah sebuah unit keluarga.

Inilah pack awal dalam kehidupan manusia sebelum mereka dipengaruhi oleh pack luar. Jika pembentukan sahsiah melalui pack di rumah sudah kental, InsyaAllah mereka tidak akan mudah-mudah boleh terpengaruh dengan gelagat pack mereka di luar sana.

Penting sekali untuk kita wujudkan leadership yang mantap dalam pack keluarga. Itulah leader yang mampu menentukan rules and regulation, boundary and limitation dengan sepenuh energy.

Sebaik-baik PACK LEADER (MUROBBI/PENGATUR) dalam sebuah keluarga ialah seorang bapa. Jika bapa tiada, atau tidak mampu mainkan peranannya, maka ibu tiada pilihan melainkan wajib bangkit untuk ambil alih peranan sebagai pack leader untuk anak-anaknya.

Adalah pantang sama sekali untuk ada dua peranan pengatur dalam keluarga, kerana ia sering akan menyebabkan berlaku konflik dan adu domba. Itu akan membuatkan anak jadi keliru dan tenggelam punca.

Tips santai baiti jannati,

DrMas Mohd Satu

Sumber: https://www.facebook.com/DrMasjuki/posts/1377906108980402

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: