News!!

Saidina Umar R.A Khuatir Tergolong Sebagai Munafiq

Bayangkan bagaimana hebatnya Saidina Umar R.A. selaku sahabat Nabi Muhammad SAW dan juga Khalifah Islam tapi masih mempunyai perasaan takut dan khuatir tergolong bersama-sama orang yang munafiq. Siapa pula kita kalau hendak dibandingkan dengan Saidina Umar R.A. dan pernahkah kita bertanyakan pada diri sendiri adakah kita “bebas” dari tergolong bersama dengan orang yang munafiq?

SIAPAKAH HUZAIFAH BIN AL-YAMANI SEHINGGA DIA SENTIASA DIIKUTI RAPAT OLEH SAIDINA UMAR R.A.?

Dalam satu riwayat menceritakan, Saidina Umar R.A. sangat khuatir sekiranya dia tergolong dalam golongan munafiq.

Ketika ada seseorang bertanya kepada Saidina Ali bin Abi Thalib K.W. tentang Huzaifah bin Al-Yamani R.A., beliau menjawab, “Dia (Hudzaifah) adalah sahabat Rasulullah yang paling mengetahui tentang orang-orang orang munafik.” 

Rasulullah S.A.W menyebutkan daftar nama-nama orang munafik tersebut hanya kepada Hudzaifah bin al Yaman R.A., dan Rasulullah S.A.W berpesan untuk tidak mengkhabarkannya kepada sesiapa pun.

Akhirnya Saidina Umar bin Khattab R.A. memberanikan diri untuk bertanya kepada Huzaifah “Wahai Huzaifah , adakah aku termasuk dalam daftar orang-orang munafik yang disebutkan oleh Rasulullah?”

Hudzaifah R.A. menjawab, “Tidak, dan aku tidak akan menyebutkan kesucian orang lain setelahmu ini.”

Namun, Saidina Umar R.A. memiliki helah untuk mengetahui hal itu, iaitu apabila ada seorang yang meninggal dunia dari kalangan kaum muslimin, maka beliau bertanya, “Apakah Hudzaifah bin al-Yaman ikut mensolatkan jenazah tersebut ataukah tidak?”

Bila mereka menjawab “Ya! ” maka Umar pun ikut mensolatkan.

Namun bila mereka menjawab “Tidak! ” maka Saidina Umar R.A. pun tidak ikut menshalatkan jenazah tersebut karena khawatir bahwa ia (mayat tersebut) adalah termasuk orang munafik sehingga Hudzaifah tidak ikut mensolatkan.”

Ternyata orang-orang munafik sentiasa ada, malah bertambah terutamanya selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Islam terus dipecah-belahkan oleh orang-orang munafik ini dari zaman sahabat sehingga hari ini.

Rasulullah S.A.W telah menyampaikan banyak tanda-tanda orang munafiq sama ada dari Al-Quran mahupun hadithnya.

Huzaifah bin Al-Yaman sememangnya beruntung kerana mempunyai peluang untuk menerima secara terus ilmu dan rahsia orang-orang yang munafik dari Rasulullah S.A.W.

Sikap beliau sendiri yang suka bertanyakan bertanya kepada perkara-perkara jahat dan bahaya-bahayanya, berbanding sebahagian yang lain yang suka bertanya hanya hal-hal yang indah.

Bahaya orang munafik jelas diterangkan di dalam Al-Quran.

Allah SWT berfirman:

وَاِذَا قِيْلَ لَهُمْ تَعَالَوْا اِلٰى مَاۤ اَنْزَلَ اللّٰهُ وَاِلَى الرَّسُوْلِ رَاَيْتَ الْمُنٰفِقِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْكَ صُدُوْدًا

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah, nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.”
(QS. An-Nisa’ 4: Ayat 61)

صدقالله العظيم.

Adalah satu tugas berat untuk kita membersihkan diri dari sifat munafik. Kenali sifat-sifat munafik dan sentiasa memperbaiki diri untuk mengelak dari termasuk dalam golongan munafik.

Semoga bermanfaat.

Jabatan Siyasah Sejarah,
AKADEMI INSAN PRIHATIN

Sumber: https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1656455544448917

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: