News!!

Propaganda Eropah Mengenai Resolusi Larangan Import Minyak Sawit Membuahkan Hasil?

KOTA KINABALU: Masa depan industri minyak sawit Malaysia dalam risiko apabila ahli Parlimen Eropah menggiatkan usaha untuk meluluskan resolusi melarang Kesatuan Eropah (EU) mengimport minyak sawit bulan depan.

Naib Presiden Persidangan Ahli Parlimen Asia Pasifik tentang Alam Sekitar dan Pembangunan (APPCED), Marcus Mojigoh berkata, negara boleh kerugian sehingga RM10 bilion dalam bentuk eskport, bersamaan 15% daripada eskport keseluruhan, jika resolusi itu diluluskan.

Parlimen Eropah baru-baru ini meluluskan usul untuk memperkenalkan skim pensijilan tunggal untuk minyak sawit yang memasuki pasaran EU, selain dari menghapuskan penggunaan biodiesel berasaskan minyak sawit menjelang 2020.

Majoriti minyak sawit Malaysia yang dieskport ke EU digunakan untuk biodiesel.

Selepas India, EU merupakan pasaran eksport kedua terbesar Malaysia, mewakili 2,059,207 tan barangan minyak sawit pada 2016, menurut data Lembaga Minyak Sawit Malaysia. China berada di kedudukan ke-3.

Mojigoh menanggotai jawatankuasa Parlimen Malaysia yang bercakap di Parlimen Eropah di Brussels baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun percaya resolusi itu akan diluluskan walaupun delegasi sudah memberikan penjelasan panjang lebar mengenai industri minyak sawit Malaysia.

“Saya sangat berdukacita dan saya rasa tidak patut sama sekali kerana mereka bertegas mahu meneruskan langkah itu.

Ahli Parlimen Putatan itu berkata sekiranya EU bertegas meluluskan resolusi itu, yang beliau sifatkan sebagai “diskriminasi”, Malaysia terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka dan mengheret EU ke Mahkamah Dunia.

Bagaimanapun, beliau optimis beberapa ahli Parlimen Eropah boleh diyakinkan untuk melihat keadaan itu secara objektif jika diberi sedikit masa.

Beliau diberitahu beberapa negara dalam EU bersimpati terhadap negara pengeluar minyak sawit, namun negara lain, termasuk kuasa ekonomi, bertekad untuk memastikan resolusi itu diluluskan.

“Mereka tidak hadkan bantahan mereka kepada diodiesel sahaja tetapi juga minyak sawit yang digunakan untuk membuat aiskrim, biskut, roti, cokelat, mee dan barangan makanan lain.

“Niat mereka ialah menghapuskan minyak sawit sama sekali.

“Mereka juga menggunakan taktik menakut-nakutkan orang, kononnya minyak sawit tidak baik untuk kesihatan.

“Sekarang apabila dakwaan itu disangkal secara saintifik, mereka kata pengeluaran minyak sawit dalang utama pembasmian hutan dan perubahan iklim,” katanya.

Mojigoh percaya kuasa disebalik kempen terhadap minyak sawit tekad untuk mengenakan larangan total kerana mereka mahu mempromosikan minyak sayuran lain seperti minyak kacang soya dan minyak biji sesawi ke pasaran EU.

Sekarang ni, alternatif lain tidak mampu bersaing dengan minyak sawit kerana kos pengeluaran lebih tinggi berbanding minyak sawit.

Mojigoh bagaimanapun akui ada sedikit kebenaran pada dakwaan ladang minyak sawit di Malaysia menceroboh tanah adat Orang Asal, menyebabkan mereka kehilangan tempat tinggal dan kehilangan tanah sendiri, terutamanya di Sarawak.

“Saya beritahu mereka pada hakikatnya Malaysia bukan negara sempuran dan masih ada ruang untuk penambahbaikan.

“Saya menggesa mereka memaklumkan kami jika mereka ternampak sesuatu yang tidak betul. Kami amat hargai keprihatinan mereka,” katanya.

Sumber: FMT

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: