News!!

Profesion Kewartawanan Juga Terdedah Kepada Gangguan Seksual

Dalam apa juga bidang profesion yang diceburi oleh kaum wanita, mereka sebenarnya tidak terlepas dari masalah gangguan seksual. Perkara ini boleh dihindari sekiranya individu itu bijak mengurus diri agar tidak tededah kepada punca-punca sehingga boleh berlakunya gangguan seksual.

PETALING JAYA: Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) berkata pengamal media wanita perlu menjaga penampilan diri semasa bertugas, termasuk tidak berpakaian seksi, untuk menghindari gangguan seksual.

Presiden NUJ Mohd Taufek Razak bagaimanapun akui wartawan wanita berdepan masalah itu sejak sekian lama.

“NUJ ingin mencadangkan memandangkan gangguan seksual sudah menjadi sebahagian daripada cabaran wartawan wanita, mereka perlu membuat penampilan diri yang sesuai dan pendirian yang tegas ketika bertugas.

“Misalnya jangan berpakaian menjolok mata atau terlalu seksi, menolak untuk ditemuramah di tempat-tempat yang tidak sepatutnya seperti di kelab malam atau di rumah ahli politik,” katanya kepada portal berita Malaysiakini.

Beliau berkata sudah menjadi lumrah manusia yang lelaki sudah pasti tertarik dengan wanita manakala yang wanita sudah pasti mahu menarik perhatian lelaki.

Seorang mengatakan seorang ahli politik menghantar mesej lucah dan meraba pahanya semasa sesi temubual. Seorang lagi berkata seorang ahli Parlimen tidak berhenti menghantar mesej bertanyakan kehidupan peribadinya, dan mengajaknya makan malam walaupun sudah berkahwin.

Taufek berkata wartawan berkenaan harus membuat laporan polis dan kemukakan bukti.

“Masalahnya ada mangsa malu untuk membuat laporan polis,” katanya, dan menambah mereka mungkin serba salah kerana mahu menjaga hubungan baik dengan ahli politik berkenaan.

Sumber: FMT

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: