News!!

Prejudis Masyarakat New York Terhadap Islam Tidak Gugat Aqidah Umatnya

Wajib bersyukur kerana di Malaysia, kita boleh melaksanakan tanggung jawab sebagai seorang Muslim dalam keadaan aman dan tenang. Cuba bandingkan dengan saudara kita contohnya seperti di New York yang sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga kesan dari sifat prejudis warga New York terhadap Muslimah. Semoga kita ambil iktibar atas apa yang berlaku.

NEW YORK : Prejudis terhadap wanita bertudung di bandar New York merupakan antara cabaran utama bagi wanita Islam di negara itu.

Baru-baru ini, BBC melaporkan, tiga wanita Muslim dipaksa menanggalkan tudung ketika berada dalam tahanan polis untuk diambil gambar ‘mugshot’.

Dua daripada mereka ditahan pada 2015 manakala seorang lagi pada 2012.

Bandaraya New York kemudiannya diarahkan oleh Mahkamah Persekutuan Brooklyn untuk membayar AS$60,000 (RM235,809) kepada ketiga-tiga wanita Muslim tersebut.

Kes ini tercetus sejak 2012 apabila seorang gadis dalam tahanan enggan membuka tudungnya ketika diminta oleh pegawai polis bertugas, sebelum dipujuk mengambil gambar di ruang lebih privasi oleh polis wanita.

Namun, pihak polis memberi alasan sesi ambil gambar tersebut tidak dapat dijalankan di ruang tertutup kerana kamera tidak boleh dialihkan.

Kemudian, gadis tersebut terpaksa membuka tudungnya selama 20 minit di hadapan pegawai polis dan banduan di balai tersebut.

Gadis tersebut berasa dirinya ‘didedahkan, dianiayai dan trauma’ berikutan kejadian itu.

Sumber: Astro

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: