News!!

Perlukah Kita Menggali dan Menulis Semula Sejarah??

Mungkin sebahagian besar anak watan mengambil mudah dengan menerima bulat-bulat apa saja fakta sejarah yang telah tertulis dan dipelajari sebelum ini. Admin kongsikan artikel yang WAJIB kita baca untuk mengetahui hakikat sebenar “Sejarah Kita”.

Image may contain: text

KENAPA SEJARAH INI KAMI TULIS

Hari ini terlalu banyak fakta sejarah telah ditutup agar ummat tidak faham dan jelas mana satu yang benar, hingga lemahlah jatidiri dan aqidah ummat islam. Lahirlah generasi yang buta sejarah, tiada semangat, tidak kenal asal usul langsung tidak lagi berpegang kepada ajaran agama.

Di zaman milenium ini semua serba canggih. Apa sahaja informasi dengan mudah kita boleh dapatkan melalui media sosial. Tapi jangan tertipu, kerana segala informasi yang kita dapat belum tentu tepat jika sumbernya hanya dari internet.

Hakikatnya, banyak lambakan fakta sejarah Islam yang disembunyikan. Tahukah kita?

Inilah tugas kita, menulis kembali sejarah yang benar untuk kobarkan semangat kita untuk kembali mencari kebenaran lalu bangkit menjadi pendokong agama, bangsa dan negara.

Terlalu banyak sejarah pejuang Islam yang dijadikan ikon jahat dalam filem, buku teks dan ceritanya diputar belitkan. Banyak ilmu dan ciptaan umat Islam terdahulu dirompak dan telah diracun pemikiran kita dengan menceritakan musuh Islam yang diangkat sebagai tokoh ilmu pengetahuan.

Kerana kurangnya pengetahuan kita tentang sejarah, ditambah dengan sikap malas membaca dan tidak ambil tahu lahirlah bangsa yang ignorance menjadikan kita mudah ditipu dan disumbat dengan fakta yang diselewengkan. Kita telan mentah-mentah informasi dari media, tanpa ilmu kita mengikut sahaja walaupun faktanya salah.

Cuba tanya anak-anak kita tentang sejarah agama, bangsa dan negara, sejauh mana mereka kenal jati diri mereka sebagai seorang Muslim, sebagai seorang anak melayu yang tahu asal usul diri dan keturunannya.

Sejarah nenek moyang kita ditanam, dikambus dan ditutup dengan cukup bijak dan penuh propaganda. Pelbagai manipulasi melalui perancangan cukup rapi beratus-ratus tahun lamanya.

Sehingga apabila kita tersedar, semuanya sudah terlambat. Kita sudah DIKUNCI. Checkmate!

Adakah kita hanya nak duduk termenung dan menangisi sahaja apa yang sudah berlaku? Adakah kita tahu? Ambil tahu!

Melalui satu siri kajian, walaupun pelbagai kempen diadakan serta sukatan baru diperkenalkan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah namun masalah ANAK MUDA KITA MASIH BUTA SEJARAH..

Kesimpulan daripada kajian dan soal selidik tersebut mendapati:

– Remaja masa kini buta sejarah.

– Remaja masa kini tidak minat mengingati peristiwa lalu.

– Remaja masa kini tidak peduli soal-soal kenegaraan.

– Remaja masa kini tidak suka ilmu pengetahuan am.

– Remaja masa kini ambil mudah patriotisme.

– Remaja masa kini terlalu memandang ke depan.

– Remaja masa kini tidak dipupuk penghayatan, sebaliknya menghafal sejarah.

Bangkitlah, kenali semula agama kita. Buka sejarah dan pelajari ilmu darinya. Agar kita kembali dekat dan mengenal segala sesuatu yang berbau Islam. Agar kita juga tidak menganggap ianya sesuatu yang PELIK, ASING atau ANEH daripada pemikiran dan perjuangan Islam yang sebenar.

Saat ini apa yang telah Rasulullah SAW tinggalkan telah tenggelam kerana tidak ada yang mengangkatnya kembali dengan ilmu yang haq, tidak ada yang mahu bersatu untuk bersama-sama mencari solusi kerana kita diasak supaya berpecah belah.

Apakah kita rela jika GENERASI AKAN DATANG tidak lagi kenal Al-Quran, Iman dan Islam yang dibiarkan tenggelam dan hanya dijadikan khazanah yang asing?

Tidak lain tidak bukan, ini semua kerana generasi kita sudah tidak lagi rakus ilmu, bahkan menjauh dari agama-Nya.

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 1 person, text

Sumber:

Kocak minda,
Jabatan Siasah dan R&D
Pengkajian Sejarah AIP

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: