News!!

Perlu Rawatan Gigi, Wajib Maklum Pada Doktor Sekiranya Anda Pengidap Hipertensi!

BP (blood pressure) atau Melayunya, tekanan darah adalah terma yang digunakan untuk menyukat tekanan darah seseorang individu.

Seorang pesakit hadir ke klinik pergigian untuk mencabut gigi yang sakit/rosak/berlubang/bergoyang. Buat pengetahuan anda, bagi pesakit yang berumur 30 tahun dan ke atas, tekanan darah mereka wajib diambil sebelum pemeriksaan dilakukan. Tidak kira sama ada untuk pemeriksaan, tampalan, cucian, atau cabutan.

Tekanan darah yang optimum bagi seseorang individu adalah sistolik (120) dan diastolik (80) iaitu 120/80 (saya tidak akan menerangkan lebih lanjut mengenai apa itu sistolik dan diastolik).

Bagi pesakit yang mempunyai bacaan lebih dari 140/90, ini akan dianggap sebagai mempunyai tekanan darah yang tinggi.

Ala doktor, cabut je doktor. Saya dah biasa cabut gigi. Tiada masalah lah..

Biasa dengar perbualan ini? Ya?

Jawapan saya : Awak gila ke?

Mempunyai tekanan darah yang tinggi bukan perkara yang boleh dimain-mainkan. Bagi individu yang didiagnosa sebagai hipertensi, biasanya mereka akan dibekalkan dengan ubat-ubatan hipertensi. Apa pentingnya ubat hipertensi? Ubat hipertensi berperanan untuk mengawal tekanan darah seseorang ke julat yang optimum iaitu bawah dari 140/90. Sekiranya tekanan darah seseorang individu tidak berada di julat yang ideal, pelbagai komplikasi boleh berlaku.

Berbalik kepada pergigian, tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan pendarahan yang berlebihan sesudah cabutan. Ini seterusnya boleh mengakibatkan kepeningan, kelesuan dan seterusnya kepitaman akibat kehilangan darah yang banyak.

Selain dari pergigian, mempunyai tekanan darah yang tinggi adalah amat bahaya tidak kira sama ada anda di rumah atau di luar. Tekanan darah yang tinggi boleh mengakibatkan saluran darah ‘meletus’ or ‘rupture of blood vessel’ yang boleh mengakibatkan penggumpalan darah berlaku yang seterusnya boleh mengakibatkan angin ahmar. Bayangkan sekiranya anda sedang memandu kenderaan atau berjalan bersendirian di luar atau di dalam rumah dan perkara di atas berlaku.

Bukan berniat untuk menakutkan seseorang, saya akan memberi idealogi mereka adalah ibarat ‘Bom jangka yang menanti waktu untuk meletop’.

Hipertensi yang tidak didiagnosa (undiagnosed hypertension) dan hipertensi muda (young hypertension) semakin kerap berlaku. Diet dan gaya hidup adalah amat berkait rapat dalam menangani isu hipertensi ini.

Makanan yang bermasin dan disertakan kemalasan untuk beriadah adalah kombo yang sangat merbahaya. Sekiranya tidak dikawal dari peringkat awal, tidak mustahil anda boleh didiagnosa dengan darah tinggi pada usia yang muda.

Hipertensi adalah penyakit yang dapat dicegah.

Elakkan makan makanan yang bermasin.

Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Rajinkan diri beriadah di luar dengan keluarga dan rakan-rakan.

Nukilan,

Dr Hanif Mohd Suffian
Pegawai Pergigian Klinik Pergigian Kelana jaya

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: