News!!

Perang Salib, Sebuah Perjuangan Yang Berlandaskan Dendam?

Melaui artikel ini, pembaca bakal dikongsikan mengenai punca kebangkitan Kerajaan Kristian dan bagaimana kejayaan mereka menghancurkan kerajaan Islam dengan penuh tragis.

RECONQUISTA – SIRI 5: PERKEMBANGAN BANGSA TURK DAN TERCETUSNYA PERANG SALIB


Dalam siri yang lepas, Perang Salib menjadi satu tiupan semangat kepada kerajaan Kristian di Eropah termasuk Andalusia.

Perkembangan kerajaan Islam di Asia Tengah semakin mengancam kedudukan kerajaan Kristian Eropah terutama apabila kerajaan Islam mula meluaskan kuasa ke wilayah kekuasaan kerajaan Kristian.

Kerajaan Islam dari Afrika Utara telah menawan Andulasia, kawasan selatan Eropah di Semenanjung Iberia sejak 711 M. Kepulauan Sicily di selatan tengah yang berada dalam kekuasaan kerajaan Bizantin (Rom Timur) sebelumnya turut dikuasai oleh Islam sejak 831 M. Sehingga 1077M, Islam mula masuk dari arah Timur melalui Anatolia.

Di Asia Tengah pula, Kerajaan-kerajaan bukan Islam masih menguasai kawasan di Utara. Mereka ini merupakan bangsa Turk yang tinggal di Wilayah Turkestan, kawasan pergunungan utara dan dataran dari Laut Hitam sehingga ke Mongolia. Bangsa ini mengalami perkembangan di bawah kerajaan Islam lalu bangkit menjadi kuasa yang digeruni.

KERAJAAN-KERAJAAN AWAL BANGSA TURK

Bangsa Turk yang menduduki wilayah Turkestan terdiri dari pelbagai suku kaum. Kawasan Turkestan ini meliputi sebahagian Russia, Georgia, Azerbaijan, Turkmenistan, Afghanistan,Tajikistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Mongolia dan sebahagian China hari ini.

Kerajaan awal bangsa Turk merupakan kerajaan Khan atau Khagan. Mereka menganut agama kuno Tengirisma. Golongan Khan ini berasal dari Mongolia dan menubuhkan kerajaan sejak abad ke-4.

Kerajaan Turkic Khagan muncul sekitar abad ke-5 setelah kejatuhan kerajaan awal di Mongolia. Ia merupakan sebuah kerajaan di Turkestan yang muncul pada abad ke-6.

Pada abad ke-9, orang-orang Turk ini dikatakan menganut agama Yahudi untuk mengelakkan penguasaan oleh kerajaan Bizantin di Barat dan Kerajaan Islam Abbasiyah di bahagian Selatan.

PENGEMBARA SELJUK DAN KETURUNANNYA MENEMUI ISLAM

Seljuk, anak kepada Toraq merupakan ketua kepada salah satu suku dari bangsa Turk di bawah Pemerintahan Orghuz Turk. Orghuz merupakan wilayah di antara Laut Kaspia dan Laut Aral. Dia telah memimpin sukunya untuk keluar dari Orghuz dan membuka petempatan awal di utara Iran.

Image may contain: 1 person, text

Seljuk memeluk Islam pada Tahun 985 melalui Kerajaan Islam Parsi . Keturunan Seljuk berkembang di wilayah Kaukasia Albania (kawasan Azerbaijan hari ini), kawasan barat Laut Kaspia di utara Iran. Mereka banyak dipengaruhi kebudayaan Islam Parsi.

Keturunan Seljuk (Bani Seljuk) ini berkembang sehingga mempunyai kekuatan ekonomi dan jumlah tentera yang besar. Wilayah Kaukasia Albania dan sekitarnya diiktiraf sebagai sebuah Kerajaan sekitar tahun 1037 dan dipanggil Kerajaan Seljuk, sempena nama pemimpin dan bapa keturunan mereka.

Empayar Seljuk mencapai kegemilangan di bawah Sultan Malik Shah I (memerintah dari 1072-1092) dan menguasai kawasan Utara Syria, Palestine, Iran, Iraq, Barat Anatolia, dan sebahagian besar Turkestan.

PEMBENTUKAN KESULTANAN ROM

Sekitar tahun 1077, satu lagi cabang dari kaum Orguz Turk diketuai oleh Sulaiman Ibnu Qutulmish dari Bani Seljuk telah mengalahkan tentera Bizantin di Anatolia (kawasan Turki hari ini). Melalui penguasaan beberapa wilayah di Anatoli, ia berkembang menjadi sebuah kerajaan dipanggil Kesultanan Rom.

Kesultanan Rom pula di perintah secara berasingan dari Empayar Seljuk oleh Sultan Suleiman. Kesultanan Rom ini menguasai kawasan Anatolia dan sekitarnya yang merupakan sebahagian besar Negara Turki hari ini. Golongan ini juga menjadi pengasas Turki Uthmaniyyah yang bangkit selepas kejatuhan Kesultanan Rom.

Perkembangan Kesultanan Rom ini membimbangkan kerajaan Kristian Bizantin. Wilayah-wilayah Bizantin jatuh ke tangan Islam satu-persatu dan ketenteraan Bizantin terus dikalahkan. Raja Bizantin ketika itu Alexios I akhirnya menghubungi pihak Gereja di Rom untuk meminta bantuan.

PERANG SALIB – KEBANGKITAN SEMANGAT KRISTIAN MENENTANG ISLAM

Image may contain: one or more people and text

Paus Urban III yang mengetuai pihak Gereja waktu itu mengadakan satu persidangan yang dikenali sebagai “Council of Clermont” pada bulan November 1095. Hampir 300 paderi dari seluruh Eropah berkumpul untuk bersidang.

Hasil persidangan itu, Perang Salib pertama diisytiharkan dengan tujuan utama membebaskan Tanah Suci Jerusalem dari kekuasaan kerajaan Islam selain untuk menawan semula Anatolia.

PERANG SALIB PERTAMA

Image may contain: one or more people and text

Sekumpulan pejuang dari kalangan orang biasa dikumpulkan pada tahun 1096 untuk memulakan Perang Salib yang pertama. Kumpulan pertama ini diketuai oleh seorang paderi bernama Peter the Hermit.

Kumpulan ini memasuki petempatan bukan Kristian termasuk kawasan orang-orang Yahudi. Orang Yahudi dan Islam dipaksa memasuki Kristian atau dibunuh. Dilaporkan sejumlah 2000 hingga 10,000 orang Yahudi dan Islam telah dibunuh dalam kemaraan kumpulan ini.

Kumpulan dari kalangan orang biasa ini dikalahkan oleh Kesultanan Rom Seljuk pada Oktober, 1096. Walaupun tiada wilayah yang berjaya dikuasai, tetapi ia menjadi peniup semangat kepada kemaraan Kristian seterusnya.

PERANG SALIB KEDUA DAN KEJATUHAN JERUSALEM

Kumpulan kedua Tentera Salib merupakan pahlawan-pahlawan terlatih yang dikumpulkan oleh Pihak Gereja. Kumpulan ini dikumpulkan di Istanbul sebelum bergerak memasuki Anatolia pada Jun 1097M. Tentera terlatih dikumpulkan dari kerajaan-kerajaan Kristian di Perancis, Jerman, Belgium dan Belanda.

Image may contain: 1 person

Tentera Salib ini lengkap bersenjata dan bergerak dalam jumlah yang besar iaitu lebih 30,000 tentera dan 5000 tentera berkuda. Satu persatu wilayah di Anatolia ditewaskan dan ditawan bermula dengan Nicaea (1097), Antioch (1098) dan akhirnya tiba di Jerusalem pada tahun 1099.

Jerusalem ketika itu berada di dalam keadaan yang lemah apabila tentera Kerajaan Islam Seljuk baru saja dikalahkan oleh tentera Kerajaan Islam Fatimiyyah dari Afrika Utara. Tentera Salib dengan mudah mengalahkan tentera Islam Fatimiyyah di Jerusalem.

Melalui penguasaan Jerusalem, mereka telah mengisytiharkan kerajaan Kristian Jerusalem yang merangkumi wilayah Jerusalem, Tripoli, Antioch, dan Edessa. Kerajaan ini bertahan sehingga lebih kurang 200 tahun bermula dari 1099 dan berakhir pada 1291.

Pasukan pejuang Kristian di setiap wilayah mengangkat sumpah untuk mempertahankan wilayah-wilayah Kristian. Knights Templar dibentuk di Jerusalem pada 1119 untuk menjalankan tugas perlindungan Kerajaan Kristian Jerusalem.

KESAN PERANG SALIB DI ANDALUSIA

Pengisytiharan perang ke atas Kerajaan Islam di Timur Tengah oleh pihak Gereja turut disahut oleh gereja-gereja di Semenanjung Iberia untuk bangkit menentang Kerajaan Islam Andalusia.

Kumpulan pejuang Tentera Salib ditubuhkan oleh gereja-gereja dalam Kerajaan Kristian di Semenanjung Iberia untuk mengalahkan dan menghapuskan Islam di Eropah.

‘Order of Santiago’ merupakan pejuang Tentera Salib pertama Sepanyol. Kumpulan ini dilantik buat pertama kalinya dari Paus Celestine III untuk melindungi pengunjung-pengunjung Gereja St. James di Galicia, Sepanyol.

‘Order of Calatrava’ pula ditubuhkan pada tahun 1164 oleh Kerajaan Castile. Calatrava ialah sebuah Istana yang dirampas oleh Kerajaan Castile dari Kerajaan Islam pada tahun 1147. Kumpulan ini ditubuhkan dari kalangan paderi yang dilatih menjadi pahlawan untuk melindungi Istana Calatrava.

Kumpulan-kumpulan ini mengisytiharkan perang ke atas orang Islam dan membantu mana-mana kerajaan-kerajaan Kristian yang memerangi tentera Islam. Walaupun ditubuhkan dalam kerajaan Kristian yang berlainan, mereka tetap bersatu untuk memerangi Islam.

RUMUSAN SIRI 5: 

* Kerajaan Islam Seljuk menerima tentangan dari kerajaan Islam sendiri iaitu Kerajaan Fatimiyyah lalu membuka peluang kepada kemaraan Tentera Salib.

* Kerajaan Islam yang berkembang luas tidak didasari oleh kefahaman yang sama dan berpecah-belah. Ajaran suci Islam semakin dicemari oleh perbezaan fahaman dan pendapat.

* Tentera Salib diwujudkan atas dendam kepada kerajaan Islam dan bergerak dengan penuh kekejaman bukan sahaja kepada orang Islam malah juga orang Yahudi.

* Kemenangan Tentera Salib membangkitkan semangat kerajaan-kerajaan Kristian di Eropah dan meniupkan semangat bahawa Tentera Islam boleh dikalahkan.

Semoga Bermanfaat,

Sumber:

Jabatan Siyasah Sejarah
AKADEMI INSAN PRIHATIN
.

****** DIREKTORI******

.
Bagi anda yang baru bersama siri RECONQUISTA, boleh ikuti siri kajian sejarah kami melalui pautan berikut;

SIRI 1: KEBANGKITAN NEGARA-NEGARA KRISTIAN MENENTANG PEMERINTAHAN ISLAM DI EROPAH

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1581332511961221

SIRI 2: KEBANGKITAN KERAJAAN ISLAM ANDALUSIA MENCAPAI KEGEMILANGANNYA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1588486094579196

SIRI 3: KEJATUHAN KHALIFAH QURTUBAH DAN KEMUNCULAN KERAJAAN ISLAM AL-MUWAHHIDUN

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1594677723960033

SIRI 4: PERALIHAN KUASA ISLAM DI ANDALUSIA AKIBAT PEPERANGAN SAUDARA DALAM KERAJAAN ISLAM

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1623730887721383

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: