News!!

Pepatah Inggeris Ada Berkata : Do it Right At The First Time!

Banyak pepatah Inggeris yang sebenarnya relevan dalam kehidupan seharian kita. Bukan bermaksud untuk mengecilkan bahasa ibunda, tetapi apa yang nak diambil adalah pelajarannya.

Dalam episod “Pomen Bawah Pokok” kali ini, Abg Idham akan menunjukkan kaedah pengisian angin tayar secara ringkas dan yang paling penting dengan cara yang BETUL. Ianya sebenarnya tidaklah susah sangat dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang telah masuk kategori dewasa (kanak-kanak dilarang kerana ianya boleh mendatangkan kecelakaan).

Tak perlu risau, kerana setiap pam tayar yang ada di stesyen minyak mempunyai aras petunjuk yang boleh ditetapkan kadar PSI (pound per square inch) atau KPA (Kilopascal). Nampak mudahkan? Terus ikuti episod yang akan datang, Pomen Bawah Pokok akan menyingkap rahsia lanjut mengenai tayar kereta anda.

Kongsikan video ini pada orang yang tersayang terutama ISTERI anda dan sahabat, kerana sedikit maklumat ini mampu memanjangkan jangka hayat tayar kereta dan poket anda juga.

Akhir kata dari kami…KERETA SIHAT, DUIT SELAMAT!

Produksi: CandidSyndrome.com

Terbitan: Warna Asia

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: