News!!

Penyembelih Bosnia Merengkuk Di Penjara Seumur Hidup

Ratko Mladic lahir pada 12 Mac 1942 adalah etnik Serbia, pemimpin tentera dan didakwa sebagai penjenayah perang selama Perang Yugoslavia .Awalnya sebagai tentersa pangkat tinggi dalam Tentera Rakyat Yugoslavia. Dia menjadi Ketua Staf Tentera Republika Srpska (Tentera Bosnia Serbia) selama Perang Bosnia 1992-1995. Pada tahun 1995, beliau didakwa oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana dituduh melakukan pembunuhan , jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan .

Dia diburu hampir 16 tahun sehingga dia ditangkap oleh pasukan keselamatan Serbia pada 26 Mei 2011 di Lazarevo , Serbia .Surat perintah penangkapan antarabangsa dikeluarkan terhadap Mladic selepas Peraturan 61 dari ICTY. Negara Serbia dan Amerika Syarikat menawarkan € 5 juta jika Mladic berjaya ditangkap. Pada bulan Oktober 2010, Serbia meningkatkan hadiah dari € 5 juta kepada € 10 juta. Serbia meminta bantuan Interpol untuk memburu Mladic.Jika tertangkap barulah Serbia boleh menyertai dengan Kesatuan Eropah .

THE HAGUE: Hakim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu 22 November 2017telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap bekas komander tentera Serb Bosnia, Ratko Mladic, atas tuduhan pembunuhan beramai-ramai dan jenayah perang dalam konflik 2 dekad lalu.

Lelaki yang digelar “Penyembelih Bosnia” itu tidak hadir di kamar perbicaraan untuk mendengar keputusan itu, selepas diheret keluar kerana menjerit mengatakan hakim “menipu”.
Dia juga merancang untuk membuat rayuan.

Hakim di Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia (ICTY) mendapati Mladic bersalah atas 10 tuduhan termasuk penghapusan etnik, jenayah perang dan jenayah kemanusiaan seperti pembunuhan dan pengusiran. Dia dibebaskan daripada tuduhan pembunuhan beramai-ramai di kawasan bandar tertentu.

Kira-kira 100,000 orang terbunuh dan 2.2 juta diusir dalam peperangan 1992-1995 apabila berlaku persaingan etnik yang memusnahkan Yugoslavia.

Hakim berkata tentera puak Serb Bosnia yang “tidak berhati perut” di bawah arahan Mladic menjalani “hukuman mati” dan tidak menghormati kehidupan manusia.

“Atas sebab jenayah ini, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Mladic,” kata hakim Alphons Orie yang kemudiannya mendapat tepukan gemuruh daripada galeri awam.

Beliau menambah, jenayah itu adalah “antara yang paling kejam terhadap manusia”.

Sambil tersenyum, Mladic, 74, yang menyebabkan trauma di kalangan masyarakat Bosnia, menunjukkan isyarat “bagus” ketika dia masuk ke kamar perbicaraan di The Hague dengan memakai baju kelabu dan bertali leher.

“Mereka menipu, kamu menipu. Saya tidak sihat,” katanya sambil menjerit, ketika 2 pengawal keselamatan PBB membawanya ke bilik terdekat untuk mendengar keputusan.

Keputusan pada Rabu itu lama dinantikan oleh puluhan ribu mangsa di wilayah Balkan itu.

Puluhan orang berkumpul di luar mahkamah dengan memegang gambar orang tersayang yang terbunuh, termasuk gambar antara 7,000 orang yang hilang.

Ada di antara mereka yang menangis di galeri awam kerana hakim mengenangkan kembali adegan kejam pemerkosaan dan pembunuhan itu.

Di Srebrenica, terdapat air mata kegembiraan.

“Mladic akan mati di The Hague! Saya sangat gembira dengan keputusan pengadilan yang dibuat!” kata Nedziba Salihovic yang kehilangan suami, ayah dan anaknya dalam pembunuhan beramai-ramai Srebrenica pada 1995.

Mahkamah mendapati Mladic bersalah atas pembunuhan beramai-ramai di timur laut bandar itu, di mana tentera di bawah arahannya menyembelih hampir 8,000 lelaki dan kanak-kanak lelaki Islam.

Pembunuhan itu, di mana mangsa diarak, ditembak di bahagian belakang dan dibuang di kuburan terbuka, merupakan episod paling gelap dalam konflik terbabit dan digelar kekejaman paling buruk di bumi Eropah sejak Perang Dunia II.

Mladic “berhasrat menghapuskan umat Islam Bosnia di Srebrenica dengan membunuh lelaki dan kanak-kanak lelaki dan mengusir wanita, kanak-kanak dan warga emas secara paksa,” kata Orie.

Sumber: FMT

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: