News!!

Pentingnya Kawalan Emosi Sewaktu Mengandung

Protection and guidance - Expectant parents

Kami kongsikan sambungan mengenai tips kehamilan yang berkaitan dengan emosi ibu terhadap bayi. Sila ikuti kupasan lanjut dari penulis untuk mendapatkan tips yang sangat berguna ini.

TIPS KEHAMILAN: KESAN EMOSI IBU TERHADAP BAYI – PART 2

Saya dahulukan kupasan tentang kesan emosi ibu terhadap pertumbuhan bayi yang dikandung. Harapan agar lebih banyak kesan negatif dapat dicegah dan kesan positif dapat diraih pada bayi dari ibu-ibu yang sedang hamil saat ini.

Ibu-ibu harus tahu bahawa ‘Pemikiran Positif’ dalam banyak sudut telah disahkan boleh memberi kesan terhadap pembentukan tubuh, penyembuhan penyakit secara dalaman (semulajadi), dan juga memelihara anak yang lebih sihat semasa dalam kandungan.

Ini kerana ‘pemikiran’ wanita hamil mempunyai hubungan fizikal dengan bayi dalam kandungannya. Segala-galanya akan disalurkan kepada bayi melalui fungsi ‘neurohormone’, sama juga seperti kesan langsung alkohol dan nikotin.

EMOSI ditakrifkan sebagai keadaan ‘mental’ yang mengaitkan tindakbalas ‘fizikal’, kesan dari tindakbalas hormon dan molekul lain yang berkaitan dengan perubahan emosi itu sendiri.

Kerana itu, EMOSI juga boleh dikatakan sebagai “satu pemikiran’ yang dapat kita ‘rasa kesannya’ dalam diri kita.

Sebenarnya, Emosi wanita hamil ‘tercipta’ berdasarkan cara dia ‘melihat’ sesuatu benda atau isu. ‘Gaya fikiran’ itulah yang menjadi punca kepada pola ’emosi’nya. Seterusnya, emosi itu pula menjadi pencetus kepada tindakbalas fisiologi ‘neurohormone’ terhadap tubuh badannya.

Dari situlah akan berlaku tindakbalas seluruh sistem tubuh seperti berpeluh, tercungap, kejang, marah, menjerit, menangis, ketawa dan sebagainya. Semuanya berpunca dari emosi yang dipandu oleh ‘gaya fikiran’ kita sendiri, baik yang baik mahupun yang buruk. Kerana itu, emosi boleh dikawal dan dididik dengan ‘ilmu’.

KESAN BURUK EMOSI IBU HAMIL TERHADAP BAYI

Apabila seorang ibu hamil berasa cemas, tertekan, atau dalam keadaan ketakutan, maka hormon-hormon tekanan (stress) yang dilepaskan ke aliran darahnya secara fisiologi akan melalui plasenta (uri) untuk sampai kepada bayi.

Segala bahan kimia dalam aliran darah ibu akan turut dialirkan ke dalam rahim dan ia akan memberi kesan secara langsung kepada pertumbuhan bayi.

PEMIKIRAN NEGATIF sering menjadi punca utama kepada tindak balas tekanan (stress) yang sering terkait dengan rasa marah, takut dan bimbang. Tekanan ini pula akan mengaktifkan sistem endokrina bayi dan ia boleh mempengaruhi perkembangan OTAK & TUBUH JANIN.

Apabila melepasi plasenta (uri), hormon ibu yang mengalami tekanan kronik ini akan turut mengubah pola pengedaran aliran darah dalam janinnya. Ini akan mengakibatkan perubahan karaktor fisiologi atau fungsi biologi pada tubuh bayi. Akhirnya ia akan memberi kesan jangka panjang kepada perkembangan pertumbuhan bayi itu sendiri.

Kerana itu, ibu-ibu yang mengalami tekanan yang melampau dan berpanjangan lebih cenderung mengalami

>> Kelahiran bayi pramatang atau keguguran
>> Berat badan bayi di bawah paras normal,
>> Masalah tingkah laku anak di kemudian hari seperti hiperaktif, mudah marah, kolik (dikaitkan dengan kuat menangis) juga gejala tantrum.
>> Kurang imuniti dan mudah terkena jangkitan
>> dalam kes lebih teruk, ia malah boleh ke tahap melahirkan bayi yang cacat.

Kali ini saya cuba sampaikan secara umum dahulu kesan negatif ini. InsyaAllah dalam siri akan datang, saya akan cuba kongsikan lebih lanjut, termasuklah,

1. Hasil kajian secara saintifik yang mengaitkan kesan negatif hormon tertentu terhadap pertumbuhan mental dan fizikal bayi dari ibu yang mengalami stress berpanjangan.

2. Beberapa tips untuk mengatasi tekanan, termasuk amalan yang berpandukan alquran dan sunnah.

Kemudian saya akan cuba kongsikan pula,

1. Kesan baik dari emosi positif ibu terhadap pertumbuhan bayinya

2. Tips bagaimana untuk mencipta emosi positif, termasuk pedoman dari alquran dan sunnah.

3. Lain-lain isu terkait dengan kehamilan, termasuklah kesan terhadap bayi dari sudut pemakanan, psikologi dan syariat agama sepertimana yang telah saya senaraikan sebelum ini

https://www.facebook.com/DrMasjuki/posts/1386127221491624

Stay tuned,

Dr Hj Masjuki Mohd
Akademi Insan Pihatin

Sumber: https://web.facebook.com/DrMasjuki/posts/1387830651321281

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: