News!!

Penjelasan Berkenaan Niat Bersyarat Secara Ringkas. Bacaan Wajib Sebelum Kita Menunaikan Umrah.

 

Saya ambil peluang menjelaskan isu ini asbab dari pertanyaan di dalam group jemaah umrah. Alang-alang sudah mengarang jadi saya tulis di sini sebagai nota. Nanti jika ada sebarang persoalan semasa nak tunaikan umrah boleh kita rujuk semula.

Baik, dari segi ibadah umrah NIAT BERSYARAT asal hukumnya HARUS. Hanya kepada mereka yang mempunyai masalah atau keuzuran sahaja contohnya wanita yang didatangi haid, masalah kesihatan atau atas alasan uzur syarie yang dibenarkan.

PERLU DIINGATKAN DI SINI SEMUA YANG INGIN MELAKUKAN UMRAH WAJIB BERNIAT IHRAM KETIKA SAMPAI DI MIQAT.

Bagi jemaah wanita yang sedang kedatangan haid, dia pun kena berniat ihram bila sampai di Miqat nanti. Sekiranya tidak berniat ihram masa sampai di Miqat, dia berdosa dan perlu membayar dam.

Bagi kakak-kakak yang dijangka kedatangan haidnya agak panjang, bimbang tak suci sampai tarikh penerbangan balik nanti, dicadangkan supaya berniat ihram bersyarat ketika miqat supaya mudah untuk bertahallul. Maknanya halal dan bebas dari ihram.

Bagi jemaah wanita yang sudah putus haid, sebagai satu motivasi diri digalakkan untuk berniat juga. Bimbang atas faktor usia, keuzuran dan penyakit akan menjadi penghalang ketika kita melaksanakan urusan ibadah umrah kita.

IMG_20170606_153339-01

SITUASI SEMASA

Hari ini, berdasarkan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan telah membincangkan dan mengatakan BOLEH bagi sesiapa yang tidak ada sebarang masalah pun, HARUS untuk NIAT IHRAM BERSYARAT. Senang cakap, nak pergi nanti boleh niat ihram bersyarat terus.

Kalau tidak sebelum ini tak boleh. Hanya tertakluk pada siapa yang ada masalah sahaja. Tapi setelah mengambil kira KEADAAN MASA KINI, dengan situasi orang ramai dan berlaku KEADAAN YANG TIDAK DIJANGKA. Maksudnya kita tak pasti apa yang akan berlaku pada kita di masa depan, kalau tiba-tiba Mekah kena landa banjir ke, hujan lebat, ribu atau taufan sehingga memudaratkan kita. Maka DIBOLEHKAN untuk kita berniat ihram bersyarat.

Bagi yang nak niat ihram macam biasa, boleh. Tak ada masalah. Setakat ini berdasarkan pengalaman, alhamdulillah. Tidak ada sebarang ujian yang memudaratkan jemaah lagi. Tetapi bagi jemaah yang berpenyakit, ada masalah kesihatan, uzur dan sebagainya. Sebaiknya kita niat siap-siap sebagai peringatan.

Niatnya:

“AKU BERNIAT MENGERJAKAN UMRAH DAN BERIHRAM AKU DENGANNYA KERANA ALLAH TAALA DENGAN SYARAT SEKIRANYA AKU TERHALANG OLEH SESUATU MAKA KETIKA ITU AKU JADI HALAL.”

Ingat ya, niat ini LINTASAN HATI. Bukan di mulut ya. Itu LAFAZ bukan NIAT.

Saya bagi contoh satu senario sekiranya berlaku sesuatu kemalangan semasa dalam perjalanan kita mengerjakan umrah. Turun saja bas tiba-tiba pening kepala terjatuh muka terhantuk bucu ‘divider’ jalan. Habis berdarah penuh lencun kain ihram dan satu badan. Saya yang ada waktu tu tanya Abang/kakak, sebelum ni niat ihram macam mana?

Abang pun jawab, niat bersyarat.

Alhamdulillah. Kholas, mafi musykil! HALAL untuk bawa ke klinik untuk terima rawatan. Jemaah tadi terlepas dari larangan-larangan dalam ihram. Jemaah yang lain pun boleh sambung urusan umrah, yang sakit kita beri ruang pada petugas medic untuk buat kerja dia. Masa tu pesakit tadi dah tak pakai lagi ihram pun tak apa.

DSC09583

KESIMPULANNYA

Sebaiknya kita pasang niat umrah bersyarat untuk elakkan perkara yang akan menghalang urusan ibadah umrah kita. Masing-masing kena iqra’, baca kondisi kesihatan sendiri sebelum kita berniat ihram. ‘Common sense’ adalah fitrah kita melihat alam.

YANG DIBOLEHKAN:

1. Dalam keadaan berhaid jemaah wanita berniat ihram bersyarat. Jika sehingga tarikh penerbangan HAIDNYA MASIH TIDAK BERHENTI – maka dia TERLEPAS daripada pantang larang ihram TANPA PERLU MEMBAYAR DAM.

2. Dalam keaddan TIDAK BERHAID, jemaah wanita berniat ihram bersyarat. Ketika di Mekah nanti, jika sebelum sempat tawaf atau sewaktu sedang tawaf dia didatangi haid – maka secara AUTOMATIKNYA DIA DIKIRA BERTAHALUL. Maka dia terlepas daripada pantang larang ihram.

3. Niatkan sebagai peringatan untuk mengelakkan terjadi sebarang kemungkinan perkara-perkara yang menghalang ibadah umrah seperti malapetaka, bencana alam atau kemalangan maka dibolehkan untuk berniat bersyarat bagi melepaskan diri daripada pantang larang ihram.

YANG TIDAK DIBOLEHKAN:

Dalam keadaan TIDAK BERHAID DIA BERNIAT IHRAM BIASA (TIDAK BERSYARAT) kemudian ketika datang haid di melafazkan NIAT BERSYARAT. – Ini tak boleh. Niat mesti berlaku sebelum itu, bukan semasa datang haid.

Kepada yang pernah lalui pengalaman umrah boleh kongsikan kepada sahabat jemaah yang mungkin ‘first time’ nak pergi di ruang komen. Sesungguhnya kisah anda menjadi pelajaran kepada sahabat jemaah kita.

Share dan tag mak, kakak, ahli keluarga dan kawan-kawan yang nak pergi tunaikan umrah hujung tahun ni. Ini bacaan wajib sebelum nak sampai ke Kota Mekah. Semoga segala urusan ibadah umrah kita dipermudahkan Allah. Amin.

Ikhlas,

Shauqi Hasan
Mutawif Rarecation Umrah 2-23 Dis 2017.

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: