News!!

Penipuan Sejarah & Pemesongan Aqidah Umat Islam Nusantara, Siapakah Dalangnya?

Haji Abdul Gaffur alias Christian Snouck Horgronje [Foto-foto/wikipedia.org]

Rentetan dari artikel yang kami kongiskan sebelum ini mengenai kepentingan untuk membongkar dan menulis semula sejarah, kami kongsikan siri lanjutan maklumat mengenai sejarah kita yang perlu anda baca dan fahami. Anda boleh menilai sendiri bagaimana liciknya golongan penentang Islam ini menyusun strategi merosak anak bangsa. Sama-sama kita hayati.

Semalam kami telah keluarkan edisi pengenalan tentang kepentingan hasil kajian sejarah hari ini untuk ditulis semula. Kita wajib melurut semula bagaimana dakyah dan serangan musuh Islam ini telah dirancang dengan penuh strategik dan berhati-hati. Semuanya telah terkandung dalam sejarah kita tetapi perlu diperhalusi dan dirungkai satu persatu.

Untuk yang baru mengikuti penggalian kami boleh merujuk artikel pertama berkenaan apakah misi Jabatan Siyasah Sejarah melalui perkongsian sejarah di link berikut;

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1558905024203970

Image may contain: 1 person, text

Tahukah anda, seorang Orientalis Christian telah datang ke Acheh, berpura-pura memeluk Islam lalu merosakkan kefahaman dan meracuni sistem perundangan Islam di Acheh. Dia juga turut menjadi pengatur strategi dalam menjadikan penawanan Belanda sepenuhnya selepas kejatuhan kerajaan Aceh sekitar tahun 1891 sehingga 1903 bagi membantu Belanda menawan Indonesia.

Di Malaysia, namanya hanya disebutkan sekali di sepanjang pendidikan Sejarah yang diajarkan di Sekolah Menengah HANYA sebagai Sejarawan Belanda (Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 4, Bab 7 – Islam di Asia Tenggara). Padahal impak dan pengaruh individu ini terhadap kejatuhan Islam di Nusantara khususnya, dan seluruh dunia umumnya adalah tersangat besar. Adalah tidak wajar untuk menyembunyikan sejarahnya dalam kalangan masyarakat Islam di mana sahaja termasuk Malaysia.

SIRI 1: ORIENTALIS C SNOUCK HURGRONJE.

Orientalis ini bernama CHRISTIAN SNOUCK HURGRONJE, dilahirkan di Oosterhout, Belanda pada 8 Februari, 1857 dalam sebuah keluarga Kristian Protestan. Dia menuntut di Unversiti Leiden dan mendapat PhD pada 1880 setelah menghasilkan sebuah tesis berkaitan Ibadah Haji di Mekah yang bertajuk “Het Mekkaansche Feest” yang bermaksud “Sambutan di Mekah”. Kepakaran beliau di dalam bidang perbandingan agama membawa sehingga ke Kota Mekah untuk mendalami maksud sebenar menjadi seorang Muslim.

Image may contain: 1 person, beard and text

Snouck berpura-pura memeluk Islam di Jeddah pada Tahun 1884, menggunakan nama Islam sebagai Kiyai Haji Abdul Ghaffar/Ghafur semata-mata untuk memasuki Kota Mekah dan mengkaji kelemahan Umat Islam.

Pada masa yang sama, dia menjalinkan hubungan rapat dengan masyarakat Islam dari Nusantara seperti Raden Abu Bakar Djajadiningrat dan Hussain Mustapha. Beliau bukan sahaja mempelajari Bahasa Arab di sana, malah turut belajar berbahasa Melayu melalui Raden Abu Bakar, seorang Melayu Acheh.

Di Mekah, Snouck turut menuntut ilmu agama daripada beberapa Ulama seperti Abdullah Zawawi dari Maghribi dan Habib Abdoerahman Az-Zahir dari Hadramawt, Yaman.

Dia dicadangkan oleh seorang Jeneral Belanda bernama J.A. Kuijt yang mahukannya mengkaji idea-idea pemikiran Islam yang perlu ditangani untuk melemahkan umat Islam. Pengkajian Snuck mendapat pengiktirafan pihak Belanda yang mahu melemahkan akidah umat Islam bagi memudahkan Belanda menguasai sepenuhnya wilayah Acheh yang sedang mereka jajah ketika itu.

Image may contain: 1 person, text

Acheh adalah KUNCI kepada masyarakat Melayu Islam di Indonesia ketika itu. Dengan plot dan perancangan menyelinap masuk ke sana melalui misi agama, mereka yakin dapat memecah belahkan kekuatan masyarakatnya dengan strategi merosakkan aqidah mereka. Bila kunci sudah mereka kuasai,semuanya akan jadi lebih mudah.

Belanda telah memulakan peperangan dengan Kerajaan Islam Acheh dalam satu peperangan yang panjang bermula dari 1873 sehingga 1913. Dalam kebuntuan mengalahkan kerajaan Islam Acheh, J.A. Kruijt telah mencadangkan Snouck untuk untuk melakukan kajian di Tanah Arab dan kerajaan Belanda memberikan wang biaya sebanyak 1500 guilder kepada Snouck untuk kajiannya.

Peperangan di zaman ini bukan hanya melibatkan isu wilayah semata-mata, tetapi ia adalah satu propaganda untuk menguasai doktrin agama dengan misi menjatuhkan Islam hingga ke akar umbi.

Sejarah serangan Portugis selepas penaklukan kota Melaka pada 1511 telah merekodkan bagaimana mereka telah memusnah semua masjid-masjid di bawah kerajaan Melaka sehingga tidak ada langsung kesan sejarah Islam selepas itu sehingga kini.

Apa yang dilakukan oleh Belanda, melalui utusan mereka Snouck Hurgronje adalah satu misi untuk MEMASTIKAN ISLAM HILANG DI NUSANTARA.

Image may contain: 1 person, text

Secara SYARIAT, masyarakat Muslim masih menganuti agama Islam. Tetapi secara HAKIKAT mereka membuatkan nenek moyang kita bingung, sesat dan hilang kefahaman dari segi matlamat hidup beragama. Snouck dakwahkan agar Islam hanya melibatkan aktiviti ibadah semata-mata, al-quran hanya menjadi satu bentuk bacaan yang mengasyikkan tetapi langsung tidak difahami lagi makna dan aturan pelaksanaannya. Itulah antara misi Snouck untuk masuk ke kota Acheh.

KESIMPULAN

Selepas menghasilkan penulisan mengenai pengalamannya di Mekah dalam bukunya “Mekka” yang diterbitkan di Jerman sekitar tahun 1888-1889, Snouck Hurgronje menawarkan diri untuk menjadi perisik bagi Belanda dengan menjadikan Acheh sebagai tujuan utama.

Melalui Orientalis ini, strategi dan pelannya telah berjaya dilakukan sehingga mampu membuatkan Istana Kesultanan Acheh jatuh ke tangan Belanda. Ulama’ dan pemimpin agama ramai yang terbunuh. Umat Islam dipecah-pecahkan dan Belanda menjadi bertambah kuat di Indonesia.

Bagaimana Snouck mampu menawan hati pemimpin agama sehingga peringkat institusi Di Raja sehingga berjaya dirasuk supaya tunduk kepada Belanda?

Ini semua adalah melalui pengaruh dan pembawakan beliau sebagai seorang tokoh agamawan.

Dengan status MUALLAF berpewatakan LEBAI yang berserban, berjanggut dan mampu berhujah tentang agama dengan lancar dalam bahasa Arab menjadikan masyarakat seolah DISIHIR oleh seorang ilmuwan agama PALSU ini. Percaya atau tidak, Snouck telah berjaya mengeluarkan banyak fatwa sehingga masyarakat Acheh dan Indonesia secara amnya masih berpegang kepada hujah beliau hingga ke hari ini.

Snouck telah menulis fatwa fiqahnya sepanjang dua halaman dalam bahasa Arab. Teks fatwa ini masih disimpan rapi dan terpelihara di Perpustakaan Universiti Tübingen Jerman. Dalam teks fatwa itu, Snouck secara fasih memulakan dengan berhamdalah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Dengan ilmu dan pengaruh beliau diberikan gelaran Al-Syaikh Al-Allama Maulana Abdul Ghaffar Mufti Ad-Dhiyar Al-Djawiya.

Itulah satu gelaran yang CUKUP BESAR PENGARUHNYA sehingga layak mengeluarkan fatwa yang mampu meracuni akidah umat Islam di seluruh wilayah Acheh dan Jawa. Sosok tubuh munafik yang dijadikan sandaran di dalam segala urusan hukum hakam dan syariat agama dengan pelbagai strategi pemesongan aqidah di dalangi oleh beliau dapat kita lihat sendiri HASILNYA PADA HARI INI.

Teruskan bersama tulisan hasil penggalian Jabatan Siyasah Sejarah, Akademi Insan Prihatin (AIP) yang akan datang. Kami akan kongsikan kupasan secara bersiri melalui artikel-artikel pendek secara mendalam dan kritis terhadap sejarah C. Snouck Hurgronje dan rakan-rakan mubalighnya yang lain.

Inilah tanggungjawab kita untuk mengenali kelemahan masyarakat Islam itu sendiri mengikut pandangan Snouck. Mungkin, dengan mendalami pemikirannya, kita mampu mengubah dan melakukan pembaikan dalam masyarakat Islam hari ini bagi menghadapi pelbagai agenda serangan musuh Islam yang abadi.

Akan datang: Sejarah dan Kronologi Perjalanan Snouck memasuki Jeddah dan Mekah.

Sumber :

Kocak minda,
Jabatan Siyasah Sejarah
AKADEMI INSAN PRIHATIN

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: