News!!

Pening Kepala, Kereta Terbengkalai Kerana Alat Ganti Yang Diimport Tak Sampai-Sampai??

Situasi begini bukan saja berlaku pada kenderaan berstatus “veteran”, malahan ada juga kenderaan baru koyak plastik yang terpaksa ditidurkan berbulan-bulan kerana menunggu alat ganti yang diimport dari luar negara. Untuk mengatasi penderitaan anda dan kerana pernah mengalami situasi yang sama, segmen khas episod “Pomen Bawah Pokok Bersama Rakan-Rakan” kali ini, Abg Idham akan berkongsi lokasi “Syurga Alat Ganti Terpakai ” untuk pemilik jentera buatan tempatan, Asia dan juga Eropah.

Berlokasi di Sg. Tua, Batu Caves, Arca Mewah Auto Parts, Abang Jojo selaku pemilik premis ini menawarkan alat ganti terpakai pada harga yang SANGAT LUAR BIASA MURAH.!!

Apapun kami nasihatkan agar bijak memilih dan sentiasa teliti dalam pemilihan barang kerana ianya dijual didalam kondisi “sedia ada” bukan berstatus “koyak plastik”. Jangan lupa untuk mengikuti episod yang akan datang, kami akan kongsikan tips mengisi angin tayar kereta anda.

Kongsikanlah video ini kerana tindakan bijak anda mampu mengembalikan keceriaan rakan-rakan yang merindukan saat manis sewaktu memandu kenderaan kesayangan mereka yang kini masih lagi tidur.

Akhir kata dari kami…KERETA SIHAT, DUIT SELAMAT!

Maklumat Premis:

Arca Mewah Autoparts Sdn Bhd
Lot 46084, Jalan Besar Tanah Gantian Sg. Tua
68100, Batu Caves Selangor

Jojo: 0111-568 7375/ 0111-857 6316

Produksi: CandidSyndrome.com

Terbitan: Warna Asia

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: