News!!

Penaiktarafan Telaga Zam-Zam, Ujian Untuk Tetamu Allah

Kami kongsikan sedikit berita dari Tanah Suci Mekah mengenai kondisi semasa agar mereka yang berhasrat menunaikan Ibadah Umrah dapat membuat persediaan dari segi fizikal dan mental. Pastinya perkara ini akan memberikan sedikit kesulitan dan kami mendoakan agar semua para jemaah dipermudahkan urusan.

INFO PERKEMBANGAN SEMASA BUAT SEMUA BAKAL TETAMU ALLAH.

Mohon kerjasama semua untuk bersiap mental, rohani dan fizikal apabila sampai di Mekah nanti kerana maklumat terbaru yang kita terima bahawa kawasan tawaf di Masjidil Haram sedang dalam proses pembinaan untuk naiktaraf telaga zam-zam.

Ekoran daripada proses pembinaan tersebut maka kawasan tawaf menjadi sempit. Pihak Berkuasa Masjidil Haram telah membina kawasan tawaf (mataf) seperti dalam gambar di bawah. Pembinaan ini akan berlaku hingga ke bulan Ramadhan nanti.

Kawasan mataf atau kawasan tawaf itu hanya boleh dimasuki melalui PINTU MALIK FAHD atau Pintu 79. Hanya jamaah yang ingin melakukan tawaf umrah sahaja iaitu yang HANYA MEMAKAI IHRAM. Kawalan di pintu masuk akan dibuat oleh pihak berkuasa Masjidil Haram.

Untuk jemaah yang akan melakukan tawaf sunat dan tawaf wida’ TIDAK DIBENARKAN MASUK ke dataran tawaf dan hanya boleh melakukan tawaf DI TINGKAT 2. Namun untuk solat setiap waktu, semua pintu masjid boleh dimasuki.

Oleh yang demikian, mohon kerjasama semua tetamu Allah untuk bersabar dengan ujian ini dan semoga kita redha dengan ketentuan Allah ini yang pastinya terlalu banyak hikmah yang tersembunyi. Tentunya telah diatur Allah sebagai pelajaran dan pengalaman untuk kita sepanjang proses ibadah.

Mohon kerjasama semua jemaah untuk mengikut bimbingan dan panduan daripada mutawwif dan team leader yang akan memimpin semua tetamu Allah sepanjang di Haramain. Menjadi tugas dan tanggungjawab kami memimpin bagi keselesaan semua pihak.

Sentiasa berdoa agar Allah permudahkan semua urusan kita sepanjang bermusafir di Tanah Haram. Kepada jemaah yang sudah selamat sampai di Tanah Suci kami doakan semoga dilapangkan segala urusan ibadah umrah di sana.

Bagi yang masih mencari pakej untuk menunaikan ibadah umrah, boleh layari www.rarecation.com/umrah atau hubungi saya melalui whatsapp 019-253 6474 untuk mengetahui lebih lanjut umrah 2018. Insha Allah pada 13-24 Januari akan datang Rarecation bakal berangkat menunaikan umrah bersama Haji Saiful Nang dan jemaah anak yatim dan asnaf dari RPWP. Masih ada 15 kekosongan sahaja lagi.
.

Selamat Menunaikan Ibadah Umrah… “Memburu Maghfirah.. Meraih Mardhatillah…”
.
Ikhlas,

SHAUQI HASAN
Mutawaif Umrah Rarecation 1439H

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: