News!!

Pembongkaran Info Tayar Yang Sebenar, Malahan Ada Pengusaha Yang Tak Tahu??

Melihat kepada gambar di atas, kami yakin anda semua tahu bahawa ianya merujuk kepada beberapa maklumat seperti kelebaran tayar, ketinggian dinding tayar dan juga saiz rim yang sesuai. Persoalannya sekarang, adakah kaedah bacaan dan kefahaman mengenai maklumat tayar yang anda miliki TEPAT?

 

Di dalam Segmen Tips Khas kali ini, Abg Idham sekali lagi telah berjumpa dengan “Bomoh Tayar” iaitu En. Hairul Anuar selaku pemilik kedai tayar TERANG BENDERANG SDN BHD (TBSB). Setelah “disekolahkan” oleh Bomoh Tayar mengenai maklumat tayar yang sebenar, adalah menjadi tanggung jawab kami untuk memperbetulkan dan mengemaskini semula maklumat yang pernah dikongsikan sebelum ini.

Kami memohon maaf sekiranya berlaku kekeliruan. Semoga video ini memberi manfaat kepada anda dan sila kongsikan kepada yang tersayang agar mereka juga menjadi pengguna yang BIJAK seperti anda.

Akhir kata dari kami…KERETA SIHAT, DUIT PUN JIMAT!

Produksi: CandidSyndrome.com

Terbitan: Warna Asia

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: