News!!

Pangkat Tak Naik Jika Berat Badan Berlebihan-PDRM

Mengulas mengenai isu ini, dalam satu sudut nampak seperti satu diskriminasi. Tetapi  dalam sudut yang lain, untuk profession yang berkaitan dengan keselamatan negara dan selaku penjaga keamanan,  sentiasa berada dalam keadaan “FIT” adalah satu kemestian dan tiada kompromi.

Semua pegawai dan anggota polis berdepan kemungkinan tidak akan dipertimbangkan kenaikan pangkat jika mempunyai berat badan yang berlebihan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, setiap anggota serta pegawai perlu melepasi ujian Indeks Jisim Tubuh (BMI) bagi memastikan mereka mempunyai berat badan ideal.

Zulkifli berkata langkah itu bertujuan untuk menerapkan budaya hidup sihat di kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar dapat menjalankan tugas dengan baik dalam keadaan badan yang cergas.

Beliau ditemui pemberita semasa Program Kepolisan Berprofil Tinggi Kayuhan Basikal Cegah Jenayah sempena lawatan rasminya ke Perlis, selepas meninjau keadaan banjir di Pulau Pinang dan Kedah.

Katanya program itu selaras dengan objektif pengenalan program ‘Trim and Fit’ yang diperkenalkan pihaknya tahun lepas, bagi memastikan tahap kesihatan pegawai dan anggotanya menjadi lebih baik.

Sumber: Bernama

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: