News!!

Pada 2030, Warga Emas Malaysia Dijangka Berjumlah 5.6 Juta

Caring Hand on Senior Hand

Kadar umur bagi setiap individu adalah berbeza. Namun, kondisi alam sekitar yang baik adalah antara faktor penyumbang kepada jangka hayat yang panjang. Semoga pihak KKM terus berusaha untuk meningkatkan kualiti kesihatan negara dan bersiap sedia menghadapi situasi ini nanti.

Jumlah penduduk warga tua di Malaysia dijangka meningkat 15 peratus kepada 5.6 juta orang menjelang 2030, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata pertambahan golongan berkenaan berikutan perubahan kemudahan kesihatan yang semakin maju berbanding 50 tahun lepas, sekali gus meningkatkan jangka hayat seseorang untuk hidup lebih lama.

Justeru, beliau berkata kerajaan harus bersiap sedia menghadapi peningkatan populasi warga tua di negara ini, dengan menggalakkan pembangunan kediaman berkonsepkan pusat penjagaan kesihatan.

“Pada masa ini, jangka hayat golongan wanita meningkat kepada 67 tahun manakala golongan lelaki meningkat kepada 72 tahun. Jadi tidak mustahil pada masa akan datang permintaan kediaman jenis pusat penjagaan akan turut meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam  sidang media selepas melawat ‘Eden On The Park Nursing Care Residence’ di Kuching hari ini.

Dr Hilmi berkata penjagaan kesihatan haruslah mampan agar kesejahteraan hidup golongan warga tua berada pada tahap memuaskan pada masa akan datang.

“Konsep diperkenalkan di Eden On The Park ini salah satu contoh terbaik dengan menyediakan kemudahan kediaman penjagaan kesihatan inklusif seperti penjagaan perubatan dan harian yang menyeluruh.

“Bukan hanya menawarkan perkhidmatan dari segi penjagaan yang rapi, di sini juga menawarkan kediaman khas yang selamat dengan persekitaran tenang dan nyaman untuk warga tua menghabiskan waktu lapang mereka dengan aktiviti menyihatkan,” katanya.

Beliau seterusnya berharap lebih banyak kediaman berkonsepkan penjagaan kesihatan diwujudkan di seluruh negara memandangkan populasi warga tua di Malaysia kian meningkat.

Sebanyak 71 bilik lengkap dengan sistem kejururawatan 24 jam yang mewah dan selesa disediakan di premis berkenaan, selain terdapat perkhidmatan penjagaan sepanjang hari daripada penjaga terlatih dan jururawat, penjagaan pemakanan berkualiti, penjagaan rumah, dobi, aktiviti sosial dalaman dan lain-lain.

Sumber: Bernama

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: