News!!

Nusantara Mundur Kerana Islam?, Propaganda Barat Racuni Fikiran Umat

Meneruskan misi perkongsian mengenai sejarah peradaban Islam di Nusantara, kami konsikan siri seterusnya di mana penulis mula menyentuh mengenai gerakan para Orientalis yg sudah menjejakkan kaki dan pengaruh mereka di Tanah Melayu. Bacalah artikel ini agar anda mendapat manfaat.

SIRI 25: PROGRAM PENYEBARAN BUDAYA BARAT MELALUI PENDIDIKAN DAN TINDAK BALAS ULAMA’ MELAYU

Pada siri-siri sebelum ini telah dinampakkan pelbagai gerak langkah Snouck Hurgronje dan para orientalis barat yang lainnya dalam membawa idea-idea pembaharuan mereka ke Nusantara di Sumatera dan Pulau Jawa khususnya serta seluruh negara-negara Islam lainnya.
Snouck Hurgronje merupakan salah seorang yang dinamakan pembaharu dan pencetus gerakan orientalis moden yang sangat berpengaruh dalam pengkajian dan pembentukan fahaman baru mengenai Islam dan perlaksanaannya. Orientalis lain yang dikatakan sebaris dengannya ialah Ignac Goldziher dan Theodor Noldeke.
Arent Jan Wensinck, anak murid kepada Snouck Hurgronje cuba membawa idea radikal tersebut ke Mesir tetapi gagal. Walaupun begitu, ramai orientalis lainnya terlibat dalam pengkajian umum berkenaan Arab dan Islam di Mesir lalu dibawa pulang ke Eropah sebagai bahan rujukan.
GERAKAN ORIENTALIS BRITISH DI TANAH MELAYU
Gerakan orientalis pada awalnya dikuasai oleh Portugal, Sepanyol dan Belanda sebagai perintis kepada pengembaraan dan penjajahan bumi Islam. Namun setelah beberapa abad, British turut bangkit menjadi sebuah empayar besar dan memainkan peranan dalam Orientalisme.
Di Semenanjung Tanah Melayu sendiri, orientalis-orientalis British memainkan peranan besar dalam pembentukan pendidikan dan budaya barat di kalangan orang Melayu seperti Francis Light, Stamford Raffles, William O Sullivan, W.G. Shellabear, R.J. Wilkinson dan R.O. Winstedt.
Orientalis-orientalis barat di Tanah Melayu banyak memainkan peranan dalam membentuk sistem pendidikan, sekolah-sekolah dan pusat pengajian. Mereka turut menghasilkan buku-buku dan bahan pendidikan dalam tulisan rumi mengikut acuan mereka. Penasihat-penasihat British kepada Sultan turut mempengaruhi mereka untuk melakukan ‘mordenisasi barat’ dalam pelbagai perkara.
Penjajah Belanda di Indonesia dan British di Tanah Melayu masing-masing menjalankan program pendidikan barat mengikut acuan mereka sendiri di tanah jajahan mereka. Sistem pendidikan Islam di Nusantara diancam oleh pendidikan Barat ini.

Image may contain: one or more people and text
Para Ulama’ dan penggerak Islam bertindak balas melakukan banyak pembaharuan dalam sistem pendidikan Islam.
PEMBAHARUAN AGAMA OLEH GERAKAN ULAMA DI TANAH MELAYU DAN PULAU JAWA.
Apabila berbincang tentang ‘Tanah Melayu’, maka Tanah Melayu sebenarnya meliputi kawasan yang sangat luas dari Selatan Thai, Kemboja dan Vietnam, seluruh semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Sumatera, Kepulau Riau, Sarawak dan Barat Kalimantan (wilayah Samba), Sabah sehingga kepulauan Sulu meliputi Moro, Mindanao sehingga ke Manila di Filipina.
Orang-orang Jawa kebanyakannya tinggal di Pulau Jawa, Selatan Sumatera dan kepulauan sekitarnya seperti Madura. Orang-orang Bugis pula kebanyakannya tinggal di Kepulauan Sulawesi dan Timur Kalimantan. Sedangkan ‘Indonesia’ dan ‘Malaya’ atau ‘Malaysia’ merupakan label yang dibawa oleh penjajah dan dipisahkan berdasarkan sempadan tanah jajahan Belanda dan British.
Perlu difahami bahawa gerakan Islam yang berlaku untuk menghadapi Penjajah British dan Belanda merupakan satu gerakan ‘SERANTAU’ oleh seluruh suku-suku dan bangsa-bangsa yang memeluk Islam tidak kira Melayu, Jawa, Sunda, Bugis, Cham, Batak, Sulu malah termasuk juga bangsa luar seperti Arab, Afrika, Turki, India dan Cina.
Gerakan Ulama’ Melayu tertumpu di Daerah Minangkabau, Sumatera yang kemudiannya berkembang ke Pulau Jawa, Singapura, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan kawasan-kawasan barat semenanjung tanah Melayu sehingga ke Samba di Kalimantan Barat. Sementara satu jaluran lagi Ulama’ tertumpu di Selatan Thai, Kelantan, Terengganu sehingga ke Pahang dan Johor.
Gerakan Pembaharuan aliran pemikiran mordenisasi dalam pendidikan dan politik Islam dibawa pula dari tiga tempat pendidikan utama Ulama’ Islam iaitu Mekah, Mesir dan India. Tiga tokoh pembaharuan yang mencetuskan pemikiran-pemikiran baru dalam Islam ialah Syeikh Jamaluddin Al-Afghani (1838-1897), Syeikh Muhammad Abduh (1849-1905) dan Muhammad Rashid Redha (1865-1935).
DAERAH MINANGKABAU SEBAGAI PUSAT PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM MODERN
Salah satu penghalang kepada kemajuan Islam ialah terkuncinya amalan Islam melalui amalan nenek moyang yang lebih dikenali sebagai ‘Adat’. ‘Adat’ merupakan amalan yang diturunkan turun-temurun dan terus diamalkan walaupun telah menyimpang dari Islam sebenar dan hilang kefahamannya. Generasi baru mengikutnya secara ‘Taksub’ dan ‘Buta Tuli’.
Sepertimana diterangkan dalam pengkajian Snouck Hurgronje, Adat perlu dikekalkan untuk meneruskan orang-orang Islam kekal dalam amalan lamanya dan terus melakukan Islam yang mundur dan tidak berkembang. Lalu pendidikan barat dimasukkan untuk membawa kemajuan dan menutup kekurangan yang tidak didapat dalam Islam.
Masyarakat Melayu di Nusantara termasuk Acheh dan Minangkabau sangat dikuasai oleh fahaman Adat dan nenek-moyang. Telah banyak gerakan-gerakan pembaharuan oleh para Ulama’ muncul di Minangkabau terutamanya untuk memerangi pelbagai bentuk hukum Adat yang kurafat, tahyul dan bertentangan dengan Agama.

Image may contain: one or more people and text
Nama-nama tokoh terkenal muncul dari kalangan orang-orang Minangkabau seperti Syeikh Ahmad Khatib, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Muhammad Jamil Yambek, Haji Abdul Karim Amrullah (Haji Rasul), Haji Abdullah Ahmad dan Syeikh Ibrahim Musa.

Image may contain: text

.
Kebanyakan mereka banyak menuntut di Mekah dan membawa pemikiran-pemikiran Jamaluddin Al-Afghani, Muhammad Abduh dan Rashid Redha melalui penulisan tokoh-tokoh ini dalam majalah Al-Urwat Al-Wutsqa dan Tafsir Al-Manar.

.
Selain dari pendekatan baru dalam fatwa-fatwa dan perlaksanaan hukum, mereka turut membawa kaedah baru dalam sukatan pendidikan Islam, pengaturan sekolah agama, bahan-bahan bacaan baru, dan pembersihan fahaman-fahaman lama untuk memerangi fahaman adat dan meneutralkan fahaman sekular barat.
SYEIKH AHMAD KHATIB AL-MINANGKABAWI; SEORANG ULAMA DAN GURU
Nama sebenar beliau ialah Ahmad Khatib bin Abdul Latif Al-Minangkabawi, seorang Melayu Minangkabau yang lahir di Bukittinggi, Sumatera. Beliau lahir pada Tahun 1855 dalam sebuah keluarga yang kuat agama dan adatnya. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Sekolah Guru yang didirikan oleh Pemerintah Belanda.
Pada Tahun 1876, Ahmad Khatib pergi Mekah dan melanjutkan pengajian agamanya di sana. Sejak meninggalkan Bukittinggi untuk ke Mekah, beliau terus menetap di sana sehingga meninggal dunia pada 1916. Beliau turut dilantik menjadi Imam Tertinggi dalam Mazhab Syafi’I di Mekah.
Walaupun Ahmad Khatib tidak pernah kembali ke daerah asalnya, beliau menjalinkan hubungan dengan orang-orang dari kampung asalnya melalui pelajar-pelajar yang datang ke Mekah dan orang-orang yang mengerjakan haji. Mereka belajar dan menuntut dengan Ahmad Khatib lalu kembali ke kampung asal mereka untuk menjadi guru dan pengajar.
Daripada pelajar-pelajar ini juga, pelbagai permasalahan mengenai isu-isu semasa seperti hukum adat, soal penjajahan dan pembaharuan pendidikan diajukan kepada Ahmad Khatib untuk diselesaikan. Beliau sendiri banyak mengeluarkan pendapat dan pembaharuan dalam hal-hal adat Minangkabau, perbincangan agama Kristian, soal anti-penjajahan dan memperbaharui banyak lagi fatwa-fatwa untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.
Syeikh Ahmad Khatib merupakan seorang yang bersifat terbuka dalam pengajiannya. Beliau bukanlah pengikut atau penyebar idea-idea Muhammad Abduh, tetapi beliau tidak menghalang pelajar-pelajar untuk membaca penulisan dari Muhammad Abduh. Dalam satu sudut yang lain, beliau turut membetulkan fahaman-fahaman radikal yang dikeluarkan oleh Muhammad Abduh.
Syeikh Ahmad Khatib telah berpegang dengan salah satu nasihat Imam Syafie sendiri yang mendesak pada sesiapun umumnya untuk meninggalkan fatwanya apabila fatwa-fatwa ini ternyata berlawanan dengan Sunnah Nabi. Mengutip kata-kata Imam Syafie “Bila engkau dapati di dalam kitabku suatu penyimpangan dari Sunnah Nabi, ikutilah Sunnah Nabi itu dan tinggalkan pendapatku”.

Image may contain: 1 person, text
Melalui peringatan ini, maka para ulama’, pelajar dan pengamal fatwa tidak terikat kepada Taqlid buta dan fatwa-fatwa lama dibolehkan untuk dibincangkan semula sesuai dengan situasi semasa. Di samping merujuk kepada kitab-kitab imam Muktabar, cendekiawan Islam semakin cenderung kembali kepada pengajian asal melalui Al-Quran dan Sunnah untuk berijtihad dan mengeluarkan fatwa-fatwa baru sesuai dengan syarat dan kaedah yang ditetapkan.
PENUTUP
Pembaharuan-pembaharuan dalam pemikiran dan gerakan umat Islam di seluruh dunia tercetus berikutan kebangkitan kuasa-kuasa Eropah dan Barat menjatuhkan kerajaan-kerajaan Islam di seluruh dunia.
Melihat kemajuan negara Barat dan Eropah, para ilmuwan dan pejuang Islam melihat masyarakat Islam jauh terkebelakang dalam soal teknologi, sistem kehidupan dan kemajuan sehingga menimbulkan pelbagai persoalan tentang situasi ini.
Idea-idea pembaharuan mula disuarakan oleh pembaharu-pembaharu agama dalam pelbagai aspek. Sebahagiannya bersifat sederhana dan sebahagiannya pula bersifat terlalu radikal. Ada pula sebahagian yang menentang pembaharuan dan kekal dengan amalan lama mereka.
Ketika zaman kecelaruan itu, jelas pendidikan dan perlaksanaan Islam yang murni perlu dikembalikan dengan membuang amalan-amalan adat dan nenek moyang yang tidak berasas terutamanya amalan kurafat, tahyul dan mistik. Pemikiran-pemikiran yang menghalang kemajuan juga wajar ditinggalkan.
Kejatuhan Khalifah Islam Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924 merupakan kemuncak kejatuhan Islam sehingga negara-negara Islam terus tenggelam dalam sistem Sekular Barat. Namun begitu, sejarah yang telah berlaku sewajarnya mematangkan umat Islam kini dan mampu untuk bangkit semula.
Perkembangan pendidikan Islam yang kembali semula kepada Al-Quran dan As-Sunnah sebenar telah pun diperjuangkan sejak kejatuhan Islam. Sehingga kini, masyarakat masih diracuni oleh kefahaman adat nenek moyang dan kefahaman sekular Barat yang kuat. Masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk Islam kembali semula ke atas.
Semoga Bermanfaat.

Jabatan Siyasah Sejarah
AKADEMI INSAN PRIHATIN

** DIREKTORI **

Bagi anda yang baru bersama siri penggalian sejarah ini, WAJIB BACA hasil penggalian sebelum ini yang menjelaskan misi mengapa perkongsian sejarah ini ditulis melalui pautan berikut;

PENGENALAN : KENAPA HASIL KAJIAN SEJARAH INI PERLU DITULIS SEMULA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1558905024203970

SIRI 1: SIAPAKAH DALANGNYA?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1559867924107680

SIRI 2: STRATEGI SNOUCK HURGERONJE MEMASUKI MEKKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1560747314019741

SIRI 3: STRATEGI SNOUCK YANG MEMANFAATKAN FOTOGRAFI

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1561678307259975

SIRI 4 : PEMERHATIAN SNOUCK TENTANG ORANG ISLAM DAN MASYARAKAT MEKAH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1562845483809924

SIRI KE 5: PENGENALAN BEBERAPA ORIENTALIS DI SEKITAR SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1563688290392310

SIRI KE 6: HABIB ABDURRAHMAN AZ-ZAHIR – PENASIHAT SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1564621770298962

SIRI KE 7: PEMIKIRAN DAN IDEA SNOUCK KEPADA KERAJAAN KOLONIAL BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1565743330186806

SIRI KE 8: STRATEGI PECAH DAN PERINTAH (DEVIDE ET IMPERA) SNOUCK HURGRONJE.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1566524616775344

SIRI KE 9: PERANAN BAHASA DAN UNIVERSITI LEIDEN SEBAGAI TEMPAT BERMULANYA ORIENTALISM DI BELANDA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1567293980031741

SIRI KE 10: MISI SNOUCK HURGRONJE DI BETAWI SERTA KERJASAMA DARI RAKAN BELANDA DAN PEMIMPIN TEMPATAN

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1569055403188932

SIRI KE 11: SNOUCK HURGRONJE DI ACEH DAN PEMERHATIANNYA DALAM HAL-EHWAL MASYARAKATNYA

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1570052026422603

SIRI KE 12: KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM MASYARAKAT ACEH DI MATA SNOUCK

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1571012949659844

SIRI KE 13: AJARAN MISTIK DAN TAHYUL YANG MEROSAKKAN MASYARAKAT ISLAM ACEH.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1571730762921396

SIRI KE 14: ‘MUHAMMADANISME’ – PENDAPAT SNOUCK HURGRONJE YANG BERJAYA MEROSAKKAN AQIDAH UMAT ISLAM

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1572834986144307

SIRI KE 15: KENAPA PENJAJAH TAKUT PADA GERAKAN PAN-ISLAMISM DAN APA HUBUNGANNYA DENGAN IBADAH HAJI?

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1574077099353429

SIRI KE 16: BAGAIMANA SNOUCK MELIHAT PELAKSANAAN AL-QURAN DALAM MASYARAKAT ISLAM NUSANTARA.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1576291249132014

SIRI KE 17: SAYID USMAN – MUFTI DI BETAWI DAN SENJATA BELANDA MELAWAN GERAKAN JIHAD.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1583931228368016

SIRI 18: PENGLIBATAN SNOUCK HURGRONJE DALAM GERAKAN KETENTERAAN DI ACEH

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1590068861087586

SIRI 19: NASIHAT-NASIHAT SNOUCK HURGRONJE DALAM HAL-EHWAL AGAMA (BAHAGIAN I) – NIKAH KAHWIN DAN PENGAWALAN MASJID

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1615880345173104

SIRI 20: NASIHAT-NASIHAT SNOUCK HURGRONJE DALAM HAL-EHWAL AGAMA (BAHAGIAN II) – PENGGANTIAN SISTEM WARISAN ISLAM DENGAN WARISAN ADAT DAN PENCELAAN TERHADAP POLIGAMI

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1627965183964620

SIRI 21: NASIHAT-NASIHAT SNOUCK HURGRONJE DALAM HAL-EHWAL AGAMA (BAHAGIAN III) – ASOSIASI PENDIDIKAN DAN PENGATURAN GURU ISLAM.

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1640248992736239

SIRI 22: SNOUCK HURGRONJE KEMBALI KE LEIDEN DAN PERANANNYA DALAM BIDANG PENDIDIKAN

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1663387847089020

SIRI 23: PERANAN SNOUCK HURGRONJE DI INSTITUT PENGKAJIAN BELANDA – KITLV

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1678270245600780

SIRI 24 – ARENT JAN WENSINCK: PENYAMBUNG LIDAH SNOUCK HURGRONJE

https://www.facebook.com/akademiprihatin/posts/1693188394108965

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: